Sunday, August 17, 2014

DOA MUSTAJAB UNTUK ANAK



Assalammualaikum, w.b.t…...

Entry kalini elly nak story pasal doa untuk anak….. sebagai ibu, kita semua mesti inginkan anak yang CEMERLANG di dunia dan di akhirat. Memang menjadi lumrah setiap ibu bapa yang waras akal fikirannya pasti mengimpikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sesungguhnya, doa ibu bapa untuk anak-anaknya sangat mustajab dan makbul. Justeru ayah dan ibu sekelian yang membaca entry elly ni, meh ler kita rebut setiap saat yang ada untuk mendoakan kebaikan anak-anak yang kita sayangi. 

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan bahawa terdapat tiga golongan yang jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu:
 ~ orang dizalimi,
~ orang musafir dan
~ doa ibu bapa kepada anaknya.  

Dari itu, gunakanlah kemuliaan yang ALLAH swt kurniakan buat setiap pasangan bagi mendoakan permata hati mereka pada setiap detik dan waktu……...



Apa yang elly sendiri percaya dan faham adalah berdoa bukan terbatas di atas tikar sejadah sahaja. Sebenarnya, apa yang kita RASA, CAKAP, FIKIR dan LIHAT juga merupakan doa! Sebabtu elly sentiasa ingatkan diri sendiri dan berhati-hati ketika bercakap terutamanya ketika sedang marah! Wa’ima untuk memikirkan perkara dan kesan negative yang bakal menimpa pun elly cuba elakkan dan selalu beristighfar…..

Astaghfirullahal’Azim….. memang terkadang apabila badan terasa letih dan penat, mungkin ada terfikir dan terrr mengeluarkan perkataan yang tak sedap didengar dan sesungguhnya memang kita sebagai ibu TAK NAK perkara tu jadi pada anak kita. Tapi, bila eli sedar….. cepat2 minta maaf kat Hanif Irfan. Yelah, bukan tak pernah elly marah dan cubit dia sampai lebam even salah yang dia buat tu tak seberapa….. maklum lah sejak Hanif Irfan dah bersekolah dari pagi ke petang dan bercampur pula dengan pelbagai ragam didikan serta pendidikan sahsiah yang berbeza pendekatan ni, ada juga terkadang tingkah laku yang diikutnya tak sedap kita lihat! Namun, bak kata nenek Irfan, “macam tu pun nak dicubitnya dia”… bila dah tengok dia nangis tu, “Allahuakbar! Apa aku dah buat tadi?!” Haaaaa….. bukan tak pernah elly dalam situasi macam tu kannnn so cepat2 minta maaf kat dia dan explain semula kat dia kenapa ibu marah sangat kat Hanif Irfan tadi, remind dia apa yang dia dah buat dan kenapa dia telah dimarahi. Dan, Alhamdulillah memang Allah Maha Besar lagi Maha Pengampun, bila Hanif Irfan tanpa sengaja terlanggar ibu atau dia rasa telah membuatkan seseorang bersedih, cepat2 dia akan minta maaf. Tapi kadang-kala ego si anak kecik tu, atau mungkin keyakinan diri yang tinggi bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan, maka dia pula yang akan meminta rakannya minta maaf dengan dia dalam nada tegas, katanya “say sorry!” Huhuhu….. sememangnya anak-anak ni adalah acuan kita sendiri!  ^_^*


Ok, kat sini elly nak senaraikan antara waktu BERDOA yang mustajab bagi membolehkan kita bersama-sama amalkan…
  • antara azan dan qamat
  • ketika hujan turun
  • pada sepertiga akhir malam
  • hari jumaat
  • waktu dalam sujud ketika solat
  • sepuluh hari pertama dalam bulan ZulHijjah
  • ketika musafir
  • ketika sedang berpuasa atau berbuka
  • atau pada bila bila masa sahaja di waktu siang maupun malam
(Rujuk Kitab Mukhtasar Al-Nasihah; Halaman 170)


Selain tu, kat cni elly nak share doa yang elly dapat yang mungkin boleh dijadikan doa amalan buat anak-anak kita:



* Letakkan tangan diubun-ubun anak dan baca*

Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL

Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL

Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.

Selagi kita belum menutup mata, selagi itulah kita harus terus berdoa untuk anak-anak kerana selain membesarkan, membimbing dan memberikan ilmu, doa atau apa yang kita FIKIR, LIHAT, RASA,CAKAP juga menjadi  penyebab kejayaan anak-anak. Berilah mereka HAK ISTIMEWA sebagai ANAK kita.  Berilah mereka rasa, betapa bertuahnya mereka mempunyai ibu bapa yang sering mendoakan mereka di dunia ini.

Percayalah! Hanya dengan DOA kita mampu memelihara mereka daripada pelbagai musibah.  Berdoa dan yakinlah bahawa ALLAH sentiasa mendengar dan makbulkan doa-doa kita terhadap mereka…..

Chiao!