Tuesday, August 8, 2017

Our Autopass to Singapore ^-^*

Assalammu'alaikum...

Helloooooooo hahahahaa dah bersarang gajah blog elly ni. Busy kerja agaknya sampai tak punya masa menulis lagi di sini. Chewah! Saja lah nak mem'fail'kan trip yang kami tak pernah jangka dan rancang pada April, 22 tempoh hari (i am writing this on 1st August). hahahahaaa... *do we care?*

Awalnya kami tak merancang percutian, tapi ntah camne boleh dapat tiket untuk 3D2N di Genting Hotel Jurong, Singapore! Haaa apa lagi.. ke Singapore lah kita bersama anak-anak ye! Tak dinafikan, percutian yang singkat namun penuh dengan aktiviti santai bersama anak-anak kami. Encik suami pula bertekad nak drive kereta sendiri, risaukan anak-anak yang masih kecil katanya jika terpaksa charter bus or grab car.


Namun, permulaan percutian kami tidak seindah yang dirancang pada permulaannya. Nak dijadikan cerita, kami masuk lalu Tuas, atau yang orang selalu kata second-link tu. Hahaaaa situ lah! Maklumlah, tahun tahun sebelum ni kami tak pernah bawa kereta sendiri melawat Negara jiran sebelah kami ni, saja lah try test cuba grab experience drive kereta sendiri. Picture ni kami ambil masa masuk imigresen Malaysia. Masa di imigresen Malaysia ni, mereka just check passport kita tanpa stamping. Kastam Malaysia pun takde check barangan yang kita nak bawa ke Singapore. Uihh senang! Then, selepas tu baru masuk ke imigresen Singapore. Masa masuk je kat checkpoint imigresen Singapore, kita sebenarnya dah jejakkan kaki ke Singapore tau! hihihii nak bagitau jugak eyhhhhhh....

Masa kat imigresen Singapore, turunkan semua cermin tingkap dan husband serah passport, kad pengenalan, kad putih (IMM27E) yang dah siap isi tu. Kalau belum isi pun takpe, isi je la sesambil layan anak-anak dalam kereta tu hahaha punca jammed kat imigresen Singapore keh keh. Lepas tu, pegawai di kaunter akan panggil nama setiap seorang di passport, dan check muka kami dari tingkap kereta. Then, sahkan! Keratan kad putih tu dia bagi semula pada kita. Jangan hilangkan, ye! Sebab kad putih ni perlu diserahkan semula bila kita nak keluar dari Singapore nanti.

Selepas selesai dengan kaunter imigresen tadi, husband ada juga tanya mana nak buat Autopass. Pegawai tu tunjuk 'kat sana'. Husband pun drive lah 'ke sana' tu sambil kami meninjau-ninjau kaunter yang berkemungkinan boleh buat Autopass tu, sampai lah kami melepasi imigresen. Eh? dah terlepas pulakkkkk... jauh kami u-turn. Haaaaaaa... kat situ lah segala masalah bermula! Nak keluar terus balik Malaysia pun tak boleh. Berpusing-pusing kami berdekatan imigresen tu mencari tempat untuk bertanya arahan serta panduan, namun semuanya amat menghampakan. Kami habiskan masa selama lebih kurang 3 jam bertanya di semua tempat yang ternyata mengecewakan. Layanan yang diberi memang Gred C! Akhirnya, suami bertekad masuk semula ke imigresen untuk balik ke Malaysia, dan beritahu pegawai di kaunter akan kegagalan kami mendapatkan Autopass *sambil lap air peluh yang penuh di dahi*. Alhamdulillah, pegawai di situ membantu kami dengan baik. Rupa-rupanya kami terlepas Blok B tempat untuk buat Autopass tu. Just for information, Blok B tu betul betul boleh nampak dekat tepi sebelah kanan kita selepas kaunter imigresen tu. Dekaaaattt sangat huh huh. Tak perlu pun sampai keluar dari imigresen tu. Hmmmm jadi nya, beberapa pegawai kastam keluar dari dalam pejabat dan 'escort' Encik Suami saya ke Blok B yang pada masa dan ketika itu kami di bahagian yang lain (sebab tadi dah nak keluar semula ke Malaysia tu), sehingga lah segala urusan selesai. Syukurrrrrrrr.... dapat bercuti di Singapore. phewwwwww!



Selepas check in, mandi manda and bersiap-siap untuk jalan jalan cari makan pula lah kita yeaaayyyhhh~~~ selain jalan jalan cari makan, dipendekkan cerita, 4 main places yang kami pergi yang mana tiket kami dah beli sesiap daripada www.klook.com. harga memang murah dan berbaloi-baloi. Macam macam offer ada hihii

 Jurong Bird Park


 Science Centre & Omni Theatre

Kids Stop


Alhamdulillah, pengalaman yang menarik buat kami. Parking memang takde masalah. Journey with own car pun best. Jalan-jalan cari makan area Jurong East pun best. Safe and healthy environment sepanjang perjalanan kami. Seronok!!!! 

Ok, tu je nak share! Sebenarnya focus on how we handle to get our Autopass by own car tu je. Trip kami kalini memang tak banyak snap pics, as Encik Suami harap kami enjoy the best moments there rather than stop at one point just to take pictures with childrens (of coz they can't wait to run here and there). So, kita reduce stress kat anak-anak. Biar mereka really having fun hihihiii alhamdulillah it's worth it! really really really worth it! Semoga Allah mewahkan lagi rezeki kami dapat bawa anak anak syurga kami travel around the globe. Ha Ha Ha 'The Globe'. Besar impian ibu! 😜 

Ok, till we meet again next time. Bubbye! 

Mmmmuuuaaaaahhhhhhxxxx..