Thursday, May 16, 2013

STRESS LAAAHHHHH~~~!!!!!!

awal pagi lepas hantar irfan ke sekolah, seperti biasa elly breakfast dulu then sambung kemas mana yang patut sebelum mengadap komputer.. tapi, pagi ni sedang elly breakfast, tetiba seorang kawan yang juga 'senasib' dengan elly iaitu di bawah penyeliaan professor yang sama telah menghubungi elly bersama tangisan! hadui.. motivasi diri elly yang sedia kala down ni terus 'mati' mendengar keluhan rakan... malang sungguh nasib kami! 

sejurus telefon diletakkan.. elly terus buka email, nak check apa respon supervisor elly malam tadi as dia nak elly jumpa dia hari Jumaat sebab progress report yang elly hantar last week menurut supervisor elly, tidak mencapai tahap PhD... tapi oleh kerana Jumaat pagi elly dah ada appoitment, maka elly minta postpone ke petang Jumaat. Akan tetapi, email beliau tengah malam tadi meminta elly berjumpa pagi ini! dan yang paling menyedihkan sekali.. ayat seorang yang berpangkat professor yang juga pendidik kepada pelajarnya  kali ini mengandungi kenyataan "ini kira sudah teruk"!!! haaaiii... buduh sangat ke elly ni sampai tak reti nak bina ayat untuk objektif research elly tu? apa lah yang elly tulis sampai seorang professor yang bijak pun tak faham setiap pernyataan elly? bahasa apakah yang telah elly gunakan di dalam penulisan tesis tersebut? huwaaaa nak menangis lagi je rasa! sesungguhnya elly bukan pelajar bahasa yang boleh menulis ayat berjiwa-jiwa dan bertaraf dunia seperti yang supervisor elly minta! ye, betul.. ayat elly memang ayat budak sekolah.. maka, sila lah beri elly tunjuk ajar! bukan kritikan seperti itu! isk.. isk.. isk.. *nitik-nitik air mata*


bertambah jatuh menjunam-junam self-motivation elly selepas baca email dia.. terus elly tak balas! nak tarik diri! boleh tak? tapi elly under biasiswa UTM.. boleh ke elly quit sekarang? terasa menyesal yang amat sungguh sebab dulu elly gatal-gatal daftar nak sambung belajar PhD kat UTM.. pulak tu, terima tawaran biasiswa jugak..  eissshhhh... dah lah bodoh! bertambah bodoh rasa sebab dah buat keputusan yang sangat tidak membanggakan tu! terbuang sudah masa elly 2 tahun ni kerana menulis sesuatu yang menurut supervisor elly boleh dibuang ke dalam tong sampah sahaja! arrgghhhh...


tahun pertama pengajian, elly sebenarnya buat tajuk lain.. tajuk yang elly betul-betul nak study.. iaitu mengenai international students di Malaysia! camne nak manage mereka ni supaya mereka selesa belajar kat negara orang.. yup! itu lah tajuk yang elly nak sumbang ke dalam dunia pendidikan.. supaya kita dapat tarik lebih ramai pelajar asing selain menambah ekonomi negara tanpa mengganggu keselesaan pelajar tempatan di institusi pengajian tinggi negara. tapi, pada masa tu elly 'stuck' kat maklumat dan fakta-fakta serta statistik yang diperlukan untuk penulisan elly.. tapi, elly tetap menunggu jawapan daripada pihak kementerian.. hingga akhirnya, pada tahun kedua pengajian.. supervisor elly jugak yang minta elly tukar tajuk kepada tajuk sekarang.. berkenaan academic advising! memang pada mulanya elly berkeras sebab elly tak tahu pape mengenai advising.. tapi, setelah supervisor meyakinkan elly bahawa jika elly tukar ke academic advising, dia boleh guide elly as dia sendiri sedang buat tajuk yang sama.. maka, elly pun bersetuju! dan dengan kebodohan yang sedia ada.. walau telah banyak jurnal yang elly baca.. dah banyak paperwork berkaitan academic advising elly baca.. yes! elly faham.. elly dah baca dah! sampai muntah hijau elly study pasal academic advising! apa yang elly kena buat sebenarnya ni? tolong lah beri panduan sepertimana yang prof janjikan.. bukan kritikan tanpa jawapan!

elly bukan nak solve masalah dunia.. elly just nak solve problem satu tajuk kecil je ni! objektif yang macam mana yang supervisor elly nak pun elly tak tahu! bila elly tanya pendapat, meminta pandangan.. perlu kah saya memasukkan itu, perlu kah saya lakukan begini kerana elly TIDAK TAHU.. tapi jawapan yang diberi adalah "sebagai pelajar PhD anda tidak seharusnya bertanya saya soalan bertahap rendah seperti ini". ye lah.. elly ni kan lembab dan bodoh.. if dah pandai sangat menulis rasanya tidak lah elly meminta penyeliaan sesiapa untuk membantu penulisan elly kan? then nak buat camne ni? elly QUIT JE LAH!!!! boleh camni? boleh selesai ke masalah yang ada sekarang? 

tensioooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tuesday, May 14, 2013

KESAN WAKTU SUBUR

Salam semua pembaca yang budiman..

harini elly nak story, berkenaan malam semalam last check-up dengan doktor after keguguran pada Februari awal tahun ini.. so dah habis dah pantang 3 bulan seperti yang disarankan oleh doktor pakar puan! since Februari sampai May ni rasa macam dah setahun berlalu.. tapi sebenarnya baru 3 bulan kekeke! however..... akhirnya!!!!!!!! hahaha sangat lah kannnn..

ok, semalam doktor ada scan keadaan rahim dan mendapati dinding rahim sedikit tebal dan tidak berapa baik.. itu lah ayat yang terpacul dari mulut doktor tu masa tengah scan elly. then, cecepat elly tarik tangan nurse bila doktor beredar and tanya, "nurse,  rahim tebal tu apa maknanya?" iye lah.. selepas tiga bulan melalui tempoh berpantang, walaupun jauh dalam hati elly masih fobia dengan keguguran yang lalu namun keinginan untuk menambah zuriat lagi turut terbuku dalam diri. tambah pula irfan dah pandai sebut, "nak adik".. tak tahu siapa yang ajar dia huhuhu... terperanjat jugak kami! dia minta masa tengah breakfast plak tuh! ajak makan, nak adik pulak yang dijawabnya.. then ayah cakap "ok, nanti ayah dengan ibu bagi irfan adik.. tapi makan dulu" dalam nada bergurau. since that, terdetik dalam hati elly.. mungkin tak salah mencuba sekali lagi.. so, curious lah bila doktor cakap 'keadaan rahim sedikit tebal' tu kan? apa maksudnya?

nurse yang baik hati tu pun jawab.. sepatutnya dalam keadaan sekarang dinding rahim awak dah nipis, as hormon estrogen awak agak tinggi.. tapi, dinding rahim awak menebal mungkin darah dah berkumpul kat dinding rahim dan ia menebal untuk persediaan awak mengandung!!!........ owwwhhhh????!!

eh, kejap! actually elly tak faham apa yang nurse tu cakap malam tadi. tapi ni la yang elly simpulkan.. but still tak faham! aduh, buduh je rasa.. huwaaaaaaa~~!!!

and then, bila dah duduk depan doktor, terdengar la perbualan en hubby yang sedang bertanya keadaan isteri dia ni! yang elly dapat tangkap, doktor bagitau rahim isteri tak berapa cantik, tapi telur yang matang ada.. bermakna jika hendak cuba hamil, boleh insyaallah.. ok, yang tu faham! hehe excited la kan doktor cakap da ble conceive dengan hubby.. by ignoring statement doktor yang menyatakan rahim tak berapa cantik tuh! yahuuu irfan bleh dapat adik tahun depan muahahahaa cuma... keterangan doktor yang selanjutnya berbunyi begini...

di dalam kitaran haid wanita, terdapat beberapa fasa sebenarnya! ~~~~~~~ hahaha dah masuk tahun ke-5 usia perkahwinan baru nak belajar and nak ambil tahu bila hari subur, padahal setiap tahun pregnant tapi tak tahu camne ble lekat.. serious jahil!!! dush! dush!

tapi, cer tengok charta pai kaler pink yang cantik ni?senang je nak faham.. btol tak? kekekeke...




ok, sambung cerita.. doktor story lah cemana kitaran haid elly and camne nak tahu bila exactly hari subur elly. oleh kerana kitaran haid elly 28 hari, maka menurut doktor, hari ke-14 lah sepatutnya ovulasi akan berlaku. telur yang matang ni akan terkeluar dari induknya (folikel) ke tiub falopio disebabkan peningkatan mendadak hormon LH.. lonjakan hormon LH ni kita akan tahu dengan peningkatan estrogen iaitu suhu basal tubuh (body basal temperature)  dalam masa 12-24 jam sahaja!  ok, LH ni setelah google, maksud dia Luteinizing Hormone. malam tadi doktor sebut tak masuk kepala.. LH je dengar, tapi tak tahu menatang apa huhuhu tapi memang time ni la best time to conceive.. selain daripada itu, penghasilan servical mucus (lendir servicks) juga menandakan kita sedang mengalami hari subur.. sehari juga tau! yang ni ada juga elly perasan, tapi tak pernah ambil port.. nampaknya selepas ni kena alert lah ye! 

and bila doktor tunjuk kalendar and bagitau hari apa suppose to conceive (aisshhh merah muka kami).. alamak, hari ini! muahahahaha hadoi.. 'hari ini' tu means semalam lah ye... hahahahaha hadoi.. 

and semalam, balik daripada klinik tu dah kul10 malam.. so sampai rumah terus tidurkan irfan dulu.. hehehe irfan tidur sekatil dengan kami, pernah minta ayah dia tidurkan irfan kat katil sendiri as irfan ada katil sendiri sebenarnya, dah beli mahal-mahal tapi tak guna.. tapi ayah cakap irfan tidur lasak, nanti jatuh katil susah!

so.. oleh kerana balik berjalan tu kena tidurkan irfan dahulu.. maka kami berdua pun terlena lah dalam kegelapan yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur yang samar-samar sampai ke pagi... huwaaaaaaaaaaaaa nak menangis boleh tak? 


grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......

tapi, takpe lah.. semua tu ketentuan Allah, bukan? kita hanya merancang dan berusaha.. DIA jua yang akan menentukan segalanya. selama ni pun kami tak tahu bila hari subur elly.. dapat jugak mengandung setiap tahun walaupun majoritinya tidak berjaya hingga ke akhirnya! tak pe lah.. jika telah tertulis ada rezeki buat kami, maka akan ada lah jua.. kun faya kun.. selagi suami ada bersama, pada bila-bila bulan kami masih boleh mencuba.. apa nak dikejarkan sangat? rileks lah... (chewah, pujuk diri sendiri nampaknya ngehehehee)

chiao!


Friday, May 10, 2013

Dance With My Father

goosebumps!!!!!!!! incredible voice... beautiful guitar.. 
howaaaaheeeyyyaaahhhh!!!!
i can't learn to sing like this! with a sincere heart, i wish this kid will get discovered.. 


...now let's compare with muslim kids from Malaysia.. *wink..wink..*

bacaan surah yassin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid...

such a melodious, mellifluous voice....
may Allah bless him and his family! so..sooo... nice recitation, masya Allah! 

dan ada lagi from adik muhammad al-hafiz, bacaan surah alwaqiah yang elly selalu dengar.... 
by hearing his recitation every night always made my heart melted and i feel tranquill!!! 

truly a natural talent~~!!!! 


p/s: mudah-mudahan Muhammad Hanif Irfan boleh mengaji semerdu ini untuk ibu.. *nitik-nitik air mata*