harini elly nak story, berkenaan malam semalam last check-up dengan doktor after keguguran pada Februari awal tahun ini.. so dah habis dah pantang 3 bulan seperti yang disarankan oleh doktor pakar puan! since Februari sampai May ni rasa macam dah setahun berlalu.. tapi sebenarnya baru 3 bulan kekeke! however..... akhirnya!!!!!!!! hahaha sangat lah kannnn..
ok, semalam doktor ada scan keadaan rahim dan mendapati dinding rahim sedikit tebal dan tidak berapa baik.. itu lah ayat yang terpacul dari mulut doktor tu masa tengah scan elly. then, cecepat elly tarik tangan nurse bila doktor beredar and tanya, "nurse, rahim tebal tu apa maknanya?" iye lah.. selepas tiga bulan melalui tempoh berpantang, walaupun jauh dalam hati elly masih fobia dengan keguguran yang lalu namun keinginan untuk menambah zuriat lagi turut terbuku dalam diri. tambah pula irfan dah pandai sebut, "nak adik".. tak tahu siapa yang ajar dia huhuhu... terperanjat jugak kami! dia minta masa tengah breakfast plak tuh! ajak makan, nak adik pulak yang dijawabnya.. then ayah cakap "ok, nanti ayah dengan ibu bagi irfan adik.. tapi makan dulu" dalam nada bergurau. since that, terdetik dalam hati elly.. mungkin tak salah mencuba sekali lagi.. so, curious lah bila doktor cakap 'keadaan rahim sedikit tebal' tu kan? apa maksudnya?
nurse yang baik hati tu pun jawab.. sepatutnya dalam keadaan sekarang dinding rahim awak dah nipis, as hormon estrogen awak agak tinggi.. tapi, dinding rahim awak menebal mungkin darah dah berkumpul kat dinding rahim dan ia menebal untuk persediaan awak mengandung!!!........ owwwhhhh????!!!
eh, kejap! actually elly tak faham apa yang nurse tu cakap malam tadi. tapi ni la yang elly simpulkan.. but still tak faham! aduh, buduh je rasa.. huwaaaaaaa~~!!!
and then, bila dah duduk depan doktor, terdengar la perbualan en hubby yang sedang bertanya keadaan isteri dia ni! yang elly dapat tangkap, doktor bagitau rahim isteri tak berapa cantik, tapi telur yang matang ada.. bermakna jika hendak cuba hamil, boleh insyaallah.. ok, yang tu faham! hehe excited la kan doktor cakap da ble conceive dengan hubby.. by ignoring statement doktor yang menyatakan rahim tak berapa cantik tuh! yahuuu irfan bleh dapat adik tahun depan muahahahaa cuma... keterangan doktor yang selanjutnya berbunyi begini...
di dalam kitaran haid wanita, terdapat beberapa fasa sebenarnya! ~~~~~~~ hahaha dah masuk tahun ke-5 usia perkahwinan baru nak belajar and nak ambil tahu bila hari subur, padahal setiap tahun pregnant tapi tak tahu camne ble lekat.. serious jahil!!! dush! dush!
tapi, cer tengok charta pai kaler pink yang cantik ni?senang je nak faham.. btol tak? kekekeke...
ok, sambung cerita.. doktor story lah cemana kitaran haid elly and camne nak tahu bila exactly hari subur elly. oleh kerana kitaran haid elly 28 hari, maka menurut doktor, hari ke-14 lah sepatutnya ovulasi akan berlaku. telur yang matang ni akan terkeluar dari induknya (folikel) ke tiub falopio disebabkan peningkatan mendadak hormon LH.. lonjakan hormon LH ni kita akan tahu dengan peningkatan estrogen iaitu suhu basal tubuh (body basal temperature) dalam masa 12-24 jam sahaja! ok, LH ni setelah google, maksud dia Luteinizing Hormone. malam tadi doktor sebut tak masuk kepala.. LH je dengar, tapi tak tahu menatang apa huhuhu tapi memang time ni la best time to conceive.. selain daripada itu, penghasilan servical mucus (lendir servicks) juga menandakan kita sedang mengalami hari subur.. sehari juga tau! yang ni ada juga elly perasan, tapi tak pernah ambil port.. nampaknya selepas ni kena alert lah ye!
and bila doktor tunjuk kalendar and bagitau hari apa suppose to conceive (aisshhh merah muka kami).. alamak, hari ini! muahahahaha hadoi.. 'hari ini' tu means semalam lah ye... hahahahaha hadoi..
and semalam, balik daripada klinik tu dah kul10 malam.. so sampai rumah terus tidurkan irfan dulu.. hehehe irfan tidur sekatil dengan kami, pernah minta ayah dia tidurkan irfan kat katil sendiri as irfan ada katil sendiri sebenarnya, dah beli mahal-mahal tapi tak guna.. tapi ayah cakap irfan tidur lasak, nanti jatuh katil susah!
so.. oleh kerana balik berjalan tu kena tidurkan irfan dahulu.. maka kami berdua pun terlena lah dalam kegelapan yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur yang samar-samar sampai ke pagi... huwaaaaaaaaaaaaa nak menangis boleh tak?
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
tapi, takpe lah.. semua tu ketentuan Allah, bukan? kita hanya merancang dan berusaha.. DIA jua yang akan menentukan segalanya. selama ni pun kami tak tahu bila hari subur elly.. dapat jugak mengandung setiap tahun walaupun majoritinya tidak berjaya hingga ke akhirnya! tak pe lah.. jika telah tertulis ada rezeki buat kami, maka akan ada lah jua.. kun faya kun.. selagi suami ada bersama, pada bila-bila bulan kami masih boleh mencuba.. apa nak dikejarkan sangat? rileks lah... (chewah, pujuk diri sendiri nampaknya ngehehehee)
chiao!
No comments:
Post a Comment