Thursday, April 4, 2013

hormon yang tidak stabil..

seringkali berlaku ketidakstabilan hormon pada wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan..  kalau ikut ungkapan orang-orang tua kita, 'benda' baru dapat.. *kekeke* maka, badan kita mungkin 'terkejut' dengan perkara baru dalam hidup.. *wink..wink..*


berikut adalah pengalaman seorang rakan elly yang baru je beberapa bulan mendirikan rumahtangga, ceritanya begini:

ditakdirkan pada hari pernikahan, beliau datang period.. apo nak buek, kena la si suami tunggu sampai da bersih kan? thehehee dulu elly pun period jugak masa hari akad nikah, tapi x ingat la pulak period sama cam before married or beza.. tp sama je kot.. ok, lain org, lain badan ye.. balik pada cerita sahabat elly ni..

setelah beberapa minggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri.. kesihatannya menjadi tidak berapa stabil, breast mengeras dan selera makan bertambah.. dipendekkan cerita, setelah sebulan berlalu dan setelah selesai semua majlis kedua belah pihak, beliau memberitahu elly bahawa telah tidak datang period melebihi 40 hari.. hah?! pregnant! itu lah perkara pertama yang akan singgah dalam kepala otak kita yang genius ni kan? dan, dengan confidentnya menyangka yang beliau telah hamil.. riang hati tidak terkata! ye lah.. boleh jadi bunting pelamin la tu kan? elly pun tumpang happy pada mulanya..

malah ketika diberitahu, elly menasihati beliau untuk membuat ujian UPT air kencing atau urin.. kerana, kita perlu memastikan keadaan kandungan kita. itu yang mustahak.. maklom ler, sejak elly da lalui 4 kali pengalaman mengandung, walau cuma seorang yang berjaya dilahirkan dengan selamat dan sihat.. tapi, setiapkali doktor sahkan ujian urin kita positif doktor akan segera scan rahim kita untuk memastikan kedudukan kandungan berada di dalam rahim.. kenapa? sebab penting.. ditakuti.. dikhuatiri.. keadaan boleh memberi mudarat kepada bakal ibu...

maka, merancang lah sahabat elly dan suaminya untuk ke klinik berjumpa pakar puan setelah pulang semula ke Kuala Lumpur.. sebab mereka berdua kerja kat KL.. anak depa jadi org KL la noo...

tapi, pada malam beliau memberitahu elly berita gembira tersebut.. sekali lagi elly dihubungi.. beliau berkata telah keluar darah yang berketul-ketul namun tidak menyakitkan! adusss... kenapa tak terus ke doktor? panik elly time tu.. so, dengan menggunakan pengalaman yang ada (chewah!) elly pun share lah dengan sahabat ni.. if kita pregnant, ujian air kencing akan ada dua line.. even missed abortion sekalipun, still urin kita masih akan dapat dua garis tu.. sometimes, even selepas dua minggu berlaku pendarahan atau dalam erti kata lain keguguran pun ujian urin kita masih boleh jadi positif! tapi, elly pn x ble nk kata ketul-ketul darah tu apa sebab tak tengok.. PLUS.. i'm not doctor! huhu...

keesokkan harinya, beliau hubungi elly semula dalam nada yang ceria... memula nak jawab phone dia berdebar rasa jantung, risau berita yang tidak menyenangkan.. tapi, setelah mendengar jeritannya di hujung talian.. elly terus bertanya keadaan malam tadi.. hehehe *gelak dulu ye..*

sahabat memberitahu bahawa doktor sahkan yang sebenarnya beliau tidak hamil, walaupun berkali beliau mengatakan beliau yakin telah hamil. ye lah, sebelum berkahwin.. beliau datang period secara regular setiap bulan..sejurus selepas mendirikan rumahtangga, langsung tak datang period dah! apalagi kalau bukan hamil? tapi, memang ujian urin yang negatif membuktikan beliau tidak hamil, dan apa yang penting adalah beliau tidak mengalami keguguran.. syukur alhamdulillah!

tapi, macamana boleh sampai 40 hari x datang period tu? kekekekeee..

doktor beliau memberitahu itu adalah perubahan hormon yang biasa berlaku selepas kahwin, jadi ia sebenarnya adalah normal. maka, tidak perlu lah mereka suami isteri risau lagi.. ye lah.. ada "benda baru" yang suami "beri" kepada si isteri.. terlebih "exercise" la tu kan? kakakakaaa.. puas sahabat menghubungi seluruh keluarga kedua belah pihak memberitahu keadaan sebenar! mujur tidak dicanang satu dunia lagi kegembiraan mereka! hehaha.. berdekah-dekah kami ketawa di talian sampai mengalir air mata elly.. aduhai.. suspen je kan?

sebenarnya, apa yang elly tahu mengenai hormon wanita.. chewah dah macam pakar puan la pulak kekeke..

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid. 

Mengalami rasa loya, muntah dan pening juga tidak membuktikan yang seseorang itu hamil selagi ujian UPT air kencing tidak menunjukkan dua garis iaitu positif! Ada wanita yang rasa seolah-olah hamil kerana mengalami gejala muntah, pening, malah payudara membengkak tetapi hampa apabila mendapati sebenarnya tidak hamil.. dan ada wanita (iaitu elly sendiri) seringkali tidak mengalami apa-apa rasa namun mendapati mereka telah hamil! Maka.. untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah TEKANAN akibat kekecewaan, usahlah kita melayani perasaan bahawa kita telah hamil selagi ia tidak disahkan oleh doktor sendiri.. doktor kat klinik tau! bukan Dr elly.. huhu da perasan Dr la pulak elly ni kan.. hahahahahaaa...

p/s: proposal tak siap lagi.. masih nak melayan blogger ni tak sudah.. sesungguhnya menulis di blogger lebih mudah daripada menulis kertas kerja.. *pitam*

1 comment:

  1. agreed! saya juga dulu first kahwin after first period, dah 50 days lewat haid.. memang feeling pregnant juga hahaha!! selera makan bertmbah, kepala pening, and some other weird feelings termasuklah back pain. tapi bila bulan kedua period, and jumpa doktor.. doktor sahkan bukan keguguran as my placenta tak bengkak and keadaan rahim normal....hehehe kelakar, kan? just common things among some women.. hormon newly wed yg x stabil jer kekeke..

    ReplyDelete