Thursday, March 7, 2013

tumpah darah dalam pantang

salam sayang semua...

Tiba-tiba terdetik hati kenapa setelah 25 hari berpantang, elly mengalami pertumpahan darah... sedangkan hari ini juga hari ke-9 elly period.. *period ke?* entah lah! belum sampai seminggu darah nifas berhenti, keluar darah semula hingga ke hari ini. so, elly assume darah period je.. hurm..

Menyelusuri sejarah ingatan, teringat akan peristiwa ketika elly mengalami keguguran tempoh hari. Betapa peritnya hati. Betapa pedihnya jiwa. Bukan mudah menerima kenyataan, harapan yang ditanam dari awal kelahiran...tidak menjadi...harapan itu hanya tinggal harapan.


Tetapi dalam kekalutan emosi, Elly terus mendapatkan khidmat nasihat dari Perdana Specialist Maternity Centre tentang penjagaan rapi untuk orang di dalam pantang keguguran dan feedback yang Elly terima sungguh MENAKUTKAN:



"Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."




Mangga muda... kakak-kakak ipar Elly mostly semua suka mangga muda ni. teringat pada mereka.. eh, siapa pula yang tak suka mangga muda ni ye? hurm, cuba rentap mangga muda ni. best kan.....? tapi cuba bayangkan yang direntap itu adalah janin yang keguguran dan yang tangkai dan pohon itu adalah rahim kita. sakit tak?

Mereka sering akan menasihatkan Elly untuk bersabar.. atau kata lain, "takde rezeki".. and then yang paling manis, "takpe, nanti boleh cuba lagi.." entah apa perasaan wanita yang mengalami gugur badai atau istilah lainnya keguguran berulang.. mujur Elly dah ada Irfan.. bukan Elly menolak qada' dan qadar Allah.. iye, mungkin ada hikmah nya! tapi.. tak boleh kah biarkan Elly terus menangis? kerana hanya Allah yang tahu sakit yang wanita seperti Elly tanggung.. biarkan Elly membawa diri.. biar Elly pujuk hati sendiri.. sebab mereka tak tahu apa yang sedang hati Elly tanggung! bukan sekali.. bukan dua kali!!! mereka takkan faham.. kerana mereka tidak pernah mengalami.. biarlah hanya mereka yang pernah melalui kesakitan ini yang tahu...

Dan, hari ini Elly tumpah darah.. owh ye! lupa pula sedang demam.. hehe masih lagi nak berblogging, kan? saja nak share pada yang sudi membaca entri kalini.. yup! berpantang keguguran ni memang tak boleh dibuat main-main.. ye lah! badan kita ni nak pakai sampai ke hujung nyawa, kan? bukan untuk 30 hari dalam pantang ni je.. tapi if boleh 30 tahun lagi.. malah nak lebih dari itu.. T-T

Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:
  • Tua wajahnya sebelum usia
  • Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
  • Susah untuk mengandung lagi
  • Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser (untuk tahap yang kronik)
  • Akan mudah gugur lagi
  • Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
  • Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangis. Sekejap marah.
  • Mudah letih
  • Badan senang lenguh2 seperti di lutut, tumit,pinggang, ari-ari.
Bila difikirkan semula.. baiklah kita berpantang betul-betul untuk 30 hari ni kan? tapi pantang 30 hari ni untuk keguguran yang berlaku 2 miggu - 3 bulan usia kehamilan.. kalau boleh.. 44 hari la ye berpantang! haishhh...

No comments:

Post a Comment