Salam semua,
Termasuk hari ini.. dah hari ke-41 elly berpantang selepas keguguran tempoh hari.. jika diikutkan.. suppose elly berpantang 30 hari jek! tapi ni dah terbabas la pulak.. kesian encik hubby huhu *kesian elly jugak.. ngeee* apa boleh buat, darah masih keluar lagi.. so, elly pon google la kenapa masih tak berhenti..
lagipun, dah jumpa doktor banyak kali dah.. dari yang pakar puan.. sampai la pakar O&G.. eh, pakar puan la jugak tuh! hadoooiiii sengallll... dan kesemua doktor yang consult kami bagitau ini perkara biasa... "awak kan keguguran.." hadui, lemah jiwa dan semangat... lelama kering jugak darah dalam badan ni huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~!!!!
namun, apa yang pasti.. harini darah yang keluar dikira darah istihadah! eh, ye ke start arini? or sepuluh hari yang lepas? *pitam* and of course la kena sembahyang kan? *grin* tapi tak perlu lah nak mandi wajib before solat.. cukup sekadar membersihkan diri dan ehemmm.. ehem.. confident suci, solat lah..
letih la.. tak tau dah bape kali elly mandi wajib sepanjang tempoh berpantang ni huhu... sangat lah suka mandi, kannnnn....
tapi sebenarnya elly pun confius dah benornye betul ke kiraan tempoh berpantang elly.. sebab ikutkan masa ketulan janin keluar iaitu pada 10/2/2013.. dan beberapa hari kemudian (14/2/2013) baru nak pergi scan, doktor dapati masih ada cebisan yang tertinggal, tapi elly tak buat D&C terus! uishhh... bila ke pakar ni, sebut jek gugur.. kalau tak beratus bayaran nyer memang tak sah, kan? perghhhh melayang duit encik hubby! nasib baik bukan duit elly yang kena keluar.. daripada bat bayar charge consultation kita yang dah gugur ni, baik lah elly capai tudung gojes fareeda sehelai dua! nyata jelita... hehahahahahaaaa *ketawa evil*
ok, pada mulanya nak buat D&C, tapi sebab pusing kat semua pakar kos yang dikenakan terlalu lah mahal macam nak bersalin.. paling murah pun RM800 kami jumpa.. tapi hubby kata baik kita pergi goverment.. sebab duit dia dah melayang dekat RM500 minggu sebelumnya, kan? so, akhirnya decide tak nak D&C.. lagipun fobia dah buat D&C kat hospital kerajaan huhu! keputusan elly tak nak buat D&C lagi kalini pun setelah doktor pakar di HSI sendiri yang sahkan boleh kalau tak D&C tapi if seminggu lepas tu tak keluar bersih maka perlu D&C lah..
so, penghujung bulan Februari tu jugak dalam 20hb berapa ntah kami pergi ke pakar di Skudai pulak... tak nak ke HSI lagi dah sebab takut rahim tak bersih, nanti doktor kata "ok, sekarang awak masuk wad kita cuci ye?" eee serammmm.. tu yang ke pakar pulak ngeee.. so, masa scan ada lagi sikit jek kata doktor! tapi doktor pun cakap takpe lah tak perlu cuci.. *hooraayyyyy* wa'ima tak perlu cuci... encik hubby melayang lagi RM300 muahahahahaaa
and then, 7/3/2013 pergi lagi ke pakar yang sama... scan and doktor kata dah bersih dah rahim! tu pon sebab dah tumpah darah melambak kat rumah muehehehee maka.. tak pasti bila sebenarnya cebisan janin keluar habis dari rahim.. sebab..
Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan
penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya
dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika
sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal
sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang
keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu
keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas
hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum
itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu
tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.
dah tu.. cemane benornye ni ek? selama ni elly amek 10/2/2013 hari elly gugur.. tapi bila baca balik statement ni, upenye darah nifas tu start rahim kosong.. abeh cemane nak kira ni ek? *pitam*
tapi, takpelah.. mungkin sebab tu jugak lah sampai harini elly masih keluar darah lagi.. *pitam semula*
No comments:
Post a Comment