Ok, camne plak prosedurnya?
ERPOC ni merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit yang mengalami keguguran hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama macam D&C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim. ok, x payah korek and cungkil la ye..
Tapi, kenapa keguguran elly tempoh hari doktor tak suggest ERPOC ni je? huhuuu.. actually bila da tau prosedur ERPOC ni yang tak payah nak cungkil bagai, rasa macam lebih selamat dan yang penting TAK SAKIT berbanding D&C yang elly buat masa keguguran anak sulung pada tahun 2009 dahulu..
So, doktor pon explain la actually kandungan di bawah 10minggu je yg boleh dicuci menggunakan ERPOC. Tapi, bagi kandungan antara 11 hingga 15minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan. kuret? huwaaa elly gugur kandungan da masuk 12minggu... patut lah pergi semua pakar pun doktor suggest D&C.. auucchhhh! sib bek elly tak bat D&C, just ambil antibiotik and tunggu kandungan gugur sendiri.. tapi, bila dikenang semula.. berminggu-minggu menahan kesakitan.. *nitik air mata lelaju*
Malah, kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan. Nauzubillah...
Ok, statement kat bawah ni elly dapat drpd laman web kesihatan berkaitan prosedur ERPOC ni.. just nak share with those yang pernah alami keguguran.. Nauzubillah! mintak dijauhkan berlaku lagi.. untuk pengetahuan umum sahaja, ye..
Adakah ERPOC menyakitkan?
Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).
Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D&C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?
Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi. Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal. Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D&C kerana ia jarang melibatkan luka besar.
Benarkah alat kuret tajam?
Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam. (eh, alat ni la yang doktor pelatih kat HSI tu masukkan dalam miss 'V' elly masa follow-up lepas keguguran kat HSI tempoh hari.. adakah?)
Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?
Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D&C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi. (ok, doktor bg elly pil antibiotik.. tapi bukan ubat turun darah la kan? just antibiotik.. adakah itu penyebab darah elly turun berpanjangan?) =>kena tanya doktor next appointment la nie, kan?
Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.
Risiko D&C atau ERPOC?
Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya. (ok, ini lah yang doktor kat HSI inform elly jika elly pilih D&C, tp sbb elly tak nak.. so dia bg elly amek antibiotik tu..)
Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini. Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding. Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku. Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC.
(uishhh.. betul lah yang doktor pelatih masukkan besi cam sudu hujung dia ke dalam miss 'V' elly aritu after berjaya menyendal pintu serviks elly.. eisshhhh tapi tu bkn D&C la rasa.. sebab masa gugur anak sulung dulu buat gak D&C, tp ada prosedur nye.. doktor tolak masuk bilik lain, and yang mulut itik nak bukak serviks, then tiub2 bagai disumbat! tapi yang penting masa buat D&C dulu bukan buat dalam bilik saringan bersalin je la... D&C tak ble buat masa kita kat bilik saringan je kan? lgpun doktor tu ckp just nak keluarkan darah beku jek.. *tapi sakit nye innalillah rasa!* hadoi.. confius la darah keluar non-stop lama sgt ni.. even dah stop 2,3 hari then after 'bersama' hubby, darah keluar jugak sampai arini tapi ciput jek.. why? why?)
ok, sekarang dah confius semula pasal pendarahan berulang ni.. elly tak buat any kaedah 'cuci' pangkal rahim selepas mengalami keguguran tempoh hari.. just ambil antibiotik and then cebisan janin yang tertinggal keluar sendiri diikuti dengan darah nifas yang panas and rasa nyeri.. stop after 2 weeks then tak sampai seminggu kuar plak darah haid (maybe) sampai almost sebulan.. yang penting time tu darah tak de la plak bau hanyir.. so, maybe daraf nifas sambung balik la tu and bkn darah haid because sepanjang tempoh lebih sebulan tu darah elly lambat kering if calit kat tangan and takde bau thehehee sebab seingat elly, if kita period, darah kita berbau hanyir kan? hurm.. maybe lain orang lain kot..
ok, then darah da stop 3 hari la jugak, kesian kat my hubby coz kena 'berpuasa' selama 2 bln.. tapi after 'bersama'.. aiseyyh keluar lik darah seciput seciput.. ngape ek? nak period plak ke? darah kalini agak la berbau hanyir dan cepat kering.. so, dah period lak ke? cane nak beza darah kita ni benornye? hadoi pening la tengok darah.. huwaaaaaa.........
No comments:
Post a Comment