Malam ni elly tak dapat lelapkan mata.. darah, alhamdulillah nampaknya dah kering sungguh! tapi tetiba ngilu kat belakang pinggang ni mencengkam balik setelah sekian lama ia menyepikan diri huhu.. tu yang terfikir nak berkongsi sesuatu.. ini pengalaman peribadi, ye.. takde kena mengena dengan orang lain..
Kalau nak dihitung elly telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali... dan hanya sekali pengalaman bersalin secara normal... alhamdulillah dapat anak sebijak muhammad hanif irfan! ok, itu kesah lain.. kita cerita pengalaman sakit keguguran ni.. selalunye keguguran yang elly alami berlaku dalam tempoh 4 minggu hingga 11 minggu semasa kehamilan...
Pengalaman mengandung dan keguguran yang lalu banyak memberikan inspirasi kepada elly untuk melalui kandungan baru.. apatah lagi, keguguran yang berlaku pada akhir Disember 2011 masih menghantui fikiran.. mana tidak nya, time tu elly lewat period tak sampai seminggu pun.. tup-tup pagi bersejarah tu membuktikan elly sebenarnya mengandung! itu pun dapat dikesan setelah elly mengalami keguguran.. *huwaaaaaaaa*
ye, masih ingat lagi hari tersebut! seperti biasa ke tempat kerja bersama anak buah yang duduk serumah pada waktu itu, dan telah ditakdirkan.. ketika melalui bonggol di kawasan perumahan.. elly yang duduk kat seat belakang terhentak dan of course lah terperanjat! cuma tak sempat nak melatah jek! jantung berdegup laju time tu.. memang saat-saat yang tak dapat dilupakan.. rasa macam baru je lepas kena sergah dengan hantu.. eeee nauzubillah!
dah tu.. sampai je kat ofis, perut elly mula terasa sakit.. senak! bila mengajar, tak boleh nak berdiri.. jalan pun terpaksa membongkok sedikit, seperti ada sesuatu yang tersekat kat bawah perut! kawan-kawan sekerja suspek keguguran dah benornye, tapi elly masih berkeras tak nak ke hospital.. mungkin sakit nak period lah kan? yelah, lewat datang period pun kan? maybe la senggugut.. elly tak pernah senggugut.. tapi, sebab fikir dah lambat period.. so dia nak keluar tu sakit lah! eyh.. senggugut la jugak tu kan?
then.. petang balik kerja seperti biasa tunggu anak buah ambil di McD, Senai.. baru je punggung nak duduk kat kerusi McD.. tetiba rasa ada sesuatu nak terkeluar sangat dah macam kat hujung tanduk dah rasa.. bergegas elly berlari ke toilet meninggalkan laptop dan handbag di meja makan McD.. *nasib baik keluar toilet ada lagi kat situ.. alhamdulillah rezeki* kat dalam toilet, belum sempat mencangkung... plop! ketulan darah sebesar duit 50 sen jatuh ke lantai!
tapi, lepas tu takde la pulak darah merembes keluar dengan banyak nye.. ada lah elly pakai pad.. cuma pinggang rasa sengal.. perut sakit memulas-mulas! tapi.. masih tak pergi ke hospital lagi.. siap bleh pergi ambil irfan lagi kat rumah pengasuh.... terbongkok-bongkok jalan pon ada hati nak merayap, kan? dahsyat sunggoh!
akibat fobia anak sulung buat D&C sakit.. elly berkeras dengan suami nak tunggu dulu.. tak tahu berapa botol air masak elly minum malam tu.. mujur ada ramai orang kat rumah.. ada anak buah, suami.. diorang lah yang melayan irfan yang baru berumur 1 tahun masa tu! maka, dapat lah elly berbaring sambil menahan kesakitan.. sob.. sob.. dan, keesokan pagi.. setelah subuh menyinsing.. (chewah) tetiba elly terasa seperti ada sesuatu nak terkeluar.. sekali lagi! mujur tandas tak jauh dari katil.. sakit kat ari-ari memang amat berbisa... kemudian, terasa sesuatu yang panas terjatuh! aik? lagi sekali? eyh.. tak.. yang tu darah semata merembes keluar dengan banyaknye.. bila bangun, penuh mangkuk tandas dengan darah.. apa yang penting, perut dah rasa lega dah time tu..
bila dah camtu.. baru lah ajak hubby ke klinik berdekatan rumah.. kami tak ke pakar plak time tu.. huhu hujung bulan.. maka, kami ke klinik harian biasa jek! doktor sahkan elly mengalami keguguran.. yang paling penting.. rahim dah kosong! so tak perlu cuci dah! elly dapat mc 5 hari.. maka, berehat kat rumah je lah.. hari-hari elly bercuti tu, anak buah la yang hantar dan ambil irfan kat rumah pengasuh! terima kasih atas jasa baik mereka.. eh, mereka rupanya.. hehe cerita cam sorang je kan? ok, dua orang anak buah.. actually dorang ni sepupu.. and couple lagi time tu.. tapi awal tahun 2013 ni dah kahwin dah ye.. alhamdulillah.. hehehe! itu cerita tahun 2011..
keguguran yang berlaku pada Februari 2013 plak! hah.. kalini memang dah tahu kandungan elly terancam.. tapi, entah kenapa.. kami pergi bercuti ke Lotus Desaru, Kota Tinggi.. elly memang dah sakit perut berhari-hari.. hampir setiap malam mengadu sakit belakang! ye, kalini sakit dari depan and bawak ke belakang pinggang! bukan satu malam.. bukan dua malam.. malah, perjalanan ke rumah kakak suami di Pasir Gudang sudah cukup menyakitkan pinggang belakang elly! semalaman tak dapat lelapkan mata.. pusing kiri salah.. pusing kanan salah.. semua serba tak kena!
keesokkan hari setelah bersiap-siap... kami pon bertolak ke kampung di Sungai Mas, singgah dulu katenye! hehe suami orang kampung Sungai Mas.. dekat je Desaru tu dengan rumah dia.. family day ofis dia.. takpe lah.. kita enjoy..
tapi, hari pula hujan.. berat hati sebenarnya nak bercuti ke Lotus Desaru.. tapi memandangkan itu adalah pertama kali elly akan bermalam di situ.. pergi lah jugak.. huhu nama je orang Johor, menantu kepada orang Sungai Mas.. baru first time nak tido kat Lotus Desaru ni? haishhh.. sedih betol! tapi.. itulah hakikatnya... thehehehee... ok.. dari Sungai Mas, kami ke Bandar Mas pulak.. rumah kak long suami! lepak dulu.. petang baru kami gerak dari rumah kak long.. sesampai di resort.. dan setelah berpenat lelah mengangkat barang, perut elly kembali senak! belakang pinggang pun sakit semula dah.. tapi time tu boleh layan lagi.. bleh lagi panjat tangga.. tolong hubby mandikan irfan.. siap boleh dukung irfan lagi! bila hubby dah turun untuk ber'barbeque' dengan kawan-kawan ofis dia tu.. elly tinggal kat bilik dengan kak ida sekeluarga.. melayan kerenah irfan bermain! eh, camne family kak ida boleh ada ni? ofis day ke family day? hehe ofis day.. tapi ajak family kak ida sekali join... dapat apartment kan besar.. apa salah.. hiks!
nak dijadikan cerita.. sejam elly rasa dah macam satu malam tunggu hubby tak naik-naik ke resort.. sakit perut bukan kepalang.. walau ada kakak-kakak ipar, segan nak mengadu *huhu sengal plak rase!* tapi, elly rasa raut muka elly ni tak boleh sembunyi sakit yang ditanggung.. atau mungkin hati terlalu gembira dapat bermalam di resort?
ok, dipendekkan cerita.. setelah semalaman tak dapat lelapkan mata.. keesokkan paginya, bila nak buang air tu.. tup-tup ada ketulan darah kat pantiliner.. tapi, sebab tak sakit lagi seperti apa yang elly lalui di hari-hari sebelumnya.. maka, elly bedal je lah buat tak tahu.. cuma sengal je kat ari-ari..
camni lah lebih kurang gambar nye.. tapi tak lah besar macam kat gambar ni.. ni gambar fokus.. huhu seram pulak ye tengok gambar? sebenarnya gumpalan darah tu sebesar biji kacang hijau jek.. lagipun, elly takde la rasa sakit yang sesakitnya tu.. masih boleh tahan lagi la coz just rasa sengal dan mencucuk di ari-ari je.. so masih boleh cam bese jek lah pagi tu.. bertahan lagi.. just bersihkan diri, ganti pantiliner baru and g breakfast dengan hubby.. sangat lah tak nak menangis time tu, kan? tak boleh terima hakikat lah tu... *pitam*
hah.. bila dah naik kereta untuk balik tu baru lah perut memulas-mulas, and sakit terasa mencucuk-cucuk kat ari-ari! time tu darah keluar mencurah-curah sampai suami terpaksa berhenti kat petronas untuk beli pad! subhanallah sakitnya tak terperi.. mungkin ditambah dengan gegaran dalam kereta? maka nya terpaksa lah kami singgah semula di rumah kak long kat Bnadar Mas dan melupakan niat untuk terus balik ke rumah kami di Kulai.. so, itulah hari-hari bersejarah yang amat pahit untuk elly telan..
so, bagi elly.. sakit bersalin pun ada ceritanya.. walaupun masa sakit bersalin irfan.. x perlu berhari-hari cam pengalaman elly sakit keguguran ni.. kul3 pagi sakit.. pas subuh.. dah lega dah dapat teran irfan.. tapi, nak kata tak sakit bersalin tu... mustahil lah kan?
cuma, ye lah.. sakit tu berbeza konteks dan istilahnya.. mungkin sakit keguguran ni lebih kepada sakit nya jiwa kita.. soul.. dan yang penting.. tak sama macam sakit lepas bersalin tu.. amat berbeza! entah lah tak tau camne nak describe.. hanya mereka yang pernah lalui je lah yang tahu!
tak pelah.. biarlah semua ni jadi sejarah hitam dalam hidup elly.. lain orang, lain ceritanya... ye tak?
Salam elly, sy pun pernah keguguran. Bila baca cerita elly ni, memang saya faham sangat. Sakit bersalin memang intense, tapi waktu tu je, sekejap. Sakit masa keguguran, Masya Allah, sakit, perit, menangis, sambil menahan rasa sebak bakal kehilangan kandungan, memang siapa yg merasai je faham. Tapi pengalaman mengajar dan membuat kita lebih matang, kan? :)
ReplyDeletew'slm.. first of all thanks for the comment! betul kata Nurvv, pengalaman memang mematangkan kita.. apa yang telah dilalui, apa yang terpaksa kita harungi itu, meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri.. ^-^*
ReplyDeleteSalaam ely.nak Tanya.msa kluar yg MCM Dlm gambar Tu Ada janin X?ke Kantung kosong?Dan bagaimana awak uruskan ia?
ReplyDelete