awal pagi lepas hantar irfan ke sekolah, seperti biasa elly breakfast dulu then sambung kemas mana yang patut sebelum mengadap komputer.. tapi, pagi ni sedang elly breakfast, tetiba seorang kawan yang juga 'senasib' dengan elly iaitu di bawah penyeliaan professor yang sama telah menghubungi elly bersama tangisan! hadui.. motivasi diri elly yang sedia kala down ni terus 'mati' mendengar keluhan rakan... malang sungguh nasib kami!
sejurus telefon diletakkan.. elly terus buka email, nak check apa respon supervisor elly malam tadi as dia nak elly jumpa dia hari Jumaat sebab progress report yang elly hantar last week menurut supervisor elly, tidak mencapai tahap PhD... tapi oleh kerana Jumaat pagi elly dah ada appoitment, maka elly minta postpone ke petang Jumaat. Akan tetapi, email beliau tengah malam tadi meminta elly berjumpa pagi ini! dan yang paling menyedihkan sekali.. ayat seorang yang berpangkat professor yang juga pendidik kepada pelajarnya kali ini mengandungi kenyataan "ini kira sudah teruk"!!! haaaiii... buduh sangat ke elly ni sampai tak reti nak bina ayat untuk objektif research elly tu? apa lah yang elly tulis sampai seorang professor yang bijak pun tak faham setiap pernyataan elly? bahasa apakah yang telah elly gunakan di dalam penulisan tesis tersebut? huwaaaa nak menangis lagi je rasa! sesungguhnya elly bukan pelajar bahasa yang boleh menulis ayat berjiwa-jiwa dan bertaraf dunia seperti yang supervisor elly minta! ye, betul.. ayat elly memang ayat budak sekolah.. maka, sila lah beri elly tunjuk ajar! bukan kritikan seperti itu! isk.. isk.. isk.. *nitik-nitik air mata*
bertambah jatuh menjunam-junam self-motivation elly selepas baca email dia.. terus elly tak balas! nak tarik diri! boleh tak? tapi elly under biasiswa UTM.. boleh ke elly quit sekarang? terasa menyesal yang amat sungguh sebab dulu elly gatal-gatal daftar nak sambung belajar PhD kat UTM.. pulak tu, terima tawaran biasiswa jugak.. eissshhhh... dah lah bodoh! bertambah bodoh rasa sebab dah buat keputusan yang sangat tidak membanggakan tu! terbuang sudah masa elly 2 tahun ni kerana menulis sesuatu yang menurut supervisor elly boleh dibuang ke dalam tong sampah sahaja! arrgghhhh...
tahun pertama pengajian, elly sebenarnya buat tajuk lain.. tajuk yang elly betul-betul nak study.. iaitu mengenai international students di Malaysia! camne nak manage mereka ni supaya mereka selesa belajar kat negara orang.. yup! itu lah tajuk yang elly nak sumbang ke dalam dunia pendidikan.. supaya kita dapat tarik lebih ramai pelajar asing selain menambah ekonomi negara tanpa mengganggu keselesaan pelajar tempatan di institusi pengajian tinggi negara. tapi, pada masa tu elly 'stuck' kat maklumat dan fakta-fakta serta statistik yang diperlukan untuk penulisan elly.. tapi, elly tetap menunggu jawapan daripada pihak kementerian.. hingga akhirnya, pada tahun kedua pengajian.. supervisor elly jugak yang minta elly tukar tajuk kepada tajuk sekarang.. berkenaan academic advising! memang pada mulanya elly berkeras sebab elly tak tahu pape mengenai advising.. tapi, setelah supervisor meyakinkan elly bahawa jika elly tukar ke academic advising, dia boleh guide elly as dia sendiri sedang buat tajuk yang sama.. maka, elly pun bersetuju! dan dengan kebodohan yang sedia ada.. walau telah banyak jurnal yang elly baca.. dah banyak paperwork berkaitan academic advising elly baca.. yes! elly faham.. elly dah baca dah! sampai muntah hijau elly study pasal academic advising! apa yang elly kena buat sebenarnya ni? tolong lah beri panduan sepertimana yang prof janjikan.. bukan kritikan tanpa jawapan!
elly bukan nak solve masalah dunia.. elly just nak solve problem satu tajuk kecil je ni! objektif yang macam mana yang supervisor elly nak pun elly tak tahu! bila elly tanya pendapat, meminta pandangan.. perlu kah saya memasukkan itu, perlu kah saya lakukan begini kerana elly TIDAK TAHU.. tapi jawapan yang diberi adalah "sebagai pelajar PhD anda tidak seharusnya bertanya saya soalan bertahap rendah seperti ini". ye lah.. elly ni kan lembab dan bodoh.. if dah pandai sangat menulis rasanya tidak lah elly meminta penyeliaan sesiapa untuk membantu penulisan elly kan? then nak buat camne ni? elly QUIT JE LAH!!!! boleh camni? boleh selesai ke masalah yang ada sekarang?
tensioooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment