As’salammualaikum w.b.t.
Ok, entry kali ni elly nak bercerita tentang rezeki. Yup! Before that
nak inform bahawasanya elly sebenarnya suka compare diri sendiri dengan orang
lain… tapi compare bukan untuk mencari kelemahan sendiri lah! Positive mental
attitude namanya hehehe compare untuk belajar sesuatu kelebihan and follow that
step. That’s why elly suka follow rapat-rapat dengan mereka yang berjaya di
mata elly. Oleh itu, rezeki bagi mengatakan seseorang itu ‘berjaya’ memperolehi
rezeki itu memang adalah tidak sama. Rezeki Allah ni ada banyak… dunia
kita ni pun luas…. Btol x? Ada orang di beri jodoh awal, ada yang di beri
kekayaan yang melimpah ruah, ada orang yang di beri pekerjaan yang baik dan ada
juga yang di beri kesihatan dan umur yang panjang. Kita pula selalu PERLU bekerja
keras untuk mencari rezeki. Namun, sekiranya rezeki itu lambat maka janganlah
kita bersangka buruk pada Allah S.W.T. Sebaliknya yakin lah bahawa.......................
"Rezeki Itu Jaminan ALLAH."
Rezeki Allah itu terbahagi kepada
dua jenis, iaitu satu rezeki yang umum dan satu lagi rezeki yang khas.
Rezeki
umum diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-hambaNYA. Samada
muslim, bukan muslim, manusia, haiwan, yang baik, yang jahat dan seterusnya.
Pada
asasnya sesiapa yang berusaha dan mengikuti percaturan alam yang telah Allah
tetapkan, sesungguhnya beliau akan memperolehi rezeki. Seorang muslim yang
tidur di rumahnya tidak akan memperolehi ikan dari laut, sebaliknya seorang
bukan muslim yang turun ke laut dengan kelengkapan dan ilmu tentang penangkapan
ikan akan memperolehinya. Demikian juga sayur-sayuran tidak akan tumbuh hanya
kerana seseorang itu bersolat tanpa usaha, tetapi yang berusaha menanam
walaupun tidak bersolat akan tumbuhlah sayur-sayurannya.
Di
samping alam itu sendiri mempunyai pelbagai percaturan yang lain, iaitu seperti
hujan, panas, ribut, musuh, kawan dan pelbagai lagi… maka segala usaha untuk
mendapatkan rezeki hanya akan terhasil jika Allah izinkan. Samada yang DIA
izinkan, DIA redha ataupun tidak, itu persoalan yang lain. Firman Allah:
(maksudnya)
“…dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Rezeki
bahagian kedua ialah rezeki khusus untuk hamba-hambaNYA yang terpilih. Allah kurniakan
rezeki iman, kebahagiaan jiwa, hikmah, ketenangan roh dan seumpamanya. Ini
semua tidak diperolehi dengan usaha kebendaan, tetapi dengan kurniaan Allah.
DIA maha mengetahui siapakah hamba-hambaNYA yang layak dikurniakan itu semua.
Maka, jangan
hairan jika Nabi Musa a.s lebih bahagia dari Firaun yang berkuasa dan
memburunya. Jangan hairan jika Firaun itu lebih derita jiwa dari kesakitan
golongan yang ditindasnya. Demikian juga segala golongan yang zalim yang
menindas golongan yang soleh…
Jangan
sangka orang yang penuh bangga dengan kekayaan hartanya lebih menikmati
kemanisan dan keindahan hidup dibandingkan hamba Allah yang tidak berharta,
tetapi sentiasa sujud penuh syukur kepadaNYA.
^_^*
Justeru
itu, Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada istilah
di dalam Islam, bertawakkal tanpa berusaha! Nabi s.a.w menyebut:
“Jika kamu bertawakkal kepada
Allah dengan benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA
merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang
dalam keadaan kenyang”
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi
dll, sahih).
Oleh itu……….
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
(….ini adalah ehsan pakcik
google kekekekeee…)
Justeru, Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal. Hanya DIA Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui…………
"Dan ALLAH
memberi rezeki kepada orang-orang yang di kehendakki Nya tanpa batas" Surah
Al-Baqarah ayat 212
"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang di kehendakki Nya tanpa hisab" Surah Ali Imran ayat 37.
Maka, sentiasalah bersyukur dengan rezeki kita pada hari ini, dan yakinlah bahawa rezeki itu jaminan dari Allah…
Chiao!