Friday, February 20, 2015

is it really matter if a woman can't get pregnant easily?

"kitorang ni memang keturunan yang subur, elly…” tersentak. Namun terpaksa jua elly gagahkan wajah ni untuk terus bermanis muka. Berdenyut-denyut kepala menahan sebak dan sengsara. Hina sangatkah elly ni? elly ni wanita yang tidak suburkah?  “Aku tak macam ko, rahim aku ni tebal… buat lah camne sekalipun. kuat! Baby ni nak jugak duduk dalam perut aku ni...

Sememangnya, hinakah wanita yang sukar mengandung ini? Hinakah elly menjadi wanita yang sering keguguran? Ada sebuah hadis, “Nikahilah wanita-wanita yang al-wadud dan al-walud. Sesungguhnya aku berbangga dengan para Nabi dengan jumlah umatku yang ramai” –riwayat Ahmad.

Al-wadud yang dimaksudkan baginda adalah penyayang kepada suaminya, manakala al-walud pula bermaksud subur.

Elly selalu menghayati hadis ini. Elly selalu mendalami maksud hadis ini. Elly yakin, tiada satu dalil pun menceritakan bahawa wanita yang sukar hamil itu hina, apatah lagi menghina wanita yang tidak pernah melahirkan anak. Kerana hina atau mulia seseorang hanyalah dengan tahap taqwanya sahaja!

Ntah lah, tak tahu nak mengadu pada siapa isi hati yang terbuku. Tapi, cuba kita lihat dengan kaca mata seorang hamba, apa tujuan Allah jadikan wanita itu tidak mampu hamil? Atau apa tujuan Allah menguji wanita yang mampu hamil itu, kehilangan anak di dalam kandungannya? Ya, Allah! Kenapa manusia suka mencari kekurangan orang, jika merasakan diri mereka sempurna? Bukankah rezeki itu datangnya dari Allah?

Jadi, rasanya sangat jelas bahawa dalam Islam, martabat wanita itu tetap mulia asal saja dia beriman serta taat kepada Allah dan suami. Benar, Rasulullah S.A.W. berbangga dengan umatnya yang ramai, tapi dapatkan kita memberi jaminan bahawa anak cucu kita kelak ialah sebahagian dari umatnya? Atau mungkin sahaja mereka perosak agama ini?

Elly sedar mereka tidak berniat menghina….namun jelas sekali, elly terasa diri terhina dengan gurauan sebgitu. Berat sungguh mulut elly untuk meminta mereka tidak lagi bergurau dengan kekurangan elly. Perlukah kelemahan elly dijadikan perbandingan? Apa agaknya perasaan mereka jika mereka melalui apa yang elly lalui? Tidakkah mereka tahu rezeki anak, dan rezeki kesihatan tubuh badan ini Allah yang beri? Sesungguhnya tiadalah daya elly menolak takdir Allah untuk kami…


Regards,
hati yang diuji lagi.