Monday, August 17, 2015

Our 7th Anniversary

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammua'alaikum, dunia~~~~!!!

Bersempena mengingati usia perkahwinan kami yang telah mencecah usia 7 tahun ni, dan sementelah blog elly pulak dah bersarang lebah dan cengkerik ini.. maka, bermulalah episod mengarang cerita baru hekekekeke.. Alhamdulillah, walaupun sebok dengan tugasan harian, kerjaya, rumah baru, bakal baby baru, akhirnya kami tak lupa hari penting penuh sejarah dalam hidup kami, hiks! benornya, sungguh laaaaa hampir lupa mak aihhhh.... tp syukur, pagi2 sampai opis ada member tanya, "harini berapa haribulan?" dan dengan laju selambanya elly jawab "17/8.." pastu tetiba terpinga2 sendiri.... "eh? macam best je tarikh ni..." hekekekekkekee! hampir uols..... ^-^*

Ya, Allah! ilhamkan lah kami supaya tetap bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami, kedua ibu bapa kami, dan seluruh keturunan kami dan supaya kami tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh... aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn...



*********************************************************************************
.......Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya? Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, "pergilah kami kepadanya dan nyatakanlah bahawa kami mengasihinua." Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah.

Lebih-lebih lagi dalam rumahtanggga. Seorang suami atau isteri harus menyatakan kasih sayang kepada pasangannya. Sayangnya ramai antara kita yang telah melakukan kesilapan. Kesilapan kita bukan kerana kita tidak menyayangi suami atau isteri, tetapi kerana kita tidak atau semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk kata-kata. Setelah usia perkahwinan semakin meningkat, kalimat-kalimat cinta sudah semakin kurang kedengaran dalam perhubungan. 

Ramai beranggapan mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dulu. Walhal, pernyataan sayang dalam bentuk perkataan perlu dijadikan kelaziman tanpa mengira usia perkahwinan. Kalimah sayang, cinta ataupun yang seumpamanya perlu selalu diluahkan seiring rasa sayang yang juga sepatutnya bertahan dan terus bertambah dalam perkahwinan. Usahlah terlalu lokek dengan kata-kata yang membelai, memujuk, bersimpati, menyayangi isteri atau suami. 

Pengaruh kata-kata sangat besar dalam kerukunan rumahtangga. Jika sebutir kalimat yang buruk boleh membawa kehancuran, begitu juga sebaliknya, kalimah yang baik boleh membawa kebahagiaan dalam rumahtangga. Jangan sekali-kali beranggapan bahawa cukup rasa sayang yang bersemi di hati, tidak perlu diluahkan lagi. Sebaliknya carilah masa yang sesuai dan ketika yang baik untuk meluahkannya..... 


- Sedutan dari buku Satu Rasa Dua Hati tulisan Pahrol Mohd Juoi - 

*********************************************************************************