Tuesday, April 23, 2013

Memahami Ujian Kehamilan: ujian air kencing dan darah

okay.. saje nak share camne nak tau kita petnen ke tak as this month is my last 3months berpantang after keguguran tempoh hari.. so, after this bila mental dan fizikal elly betul-betul dah STRONG untuk conceive semula.. and selepas next appoitment dengan doktor iaitu awal bulan May nanti, mana lah tau doktor kata ok if awak nak pregnant balik.. *at last.. T-T* so this is something to share with! first of all, ada 2 jenis ujian kehamilan sebenarnya.. iaitu melalui ujian sampel air kencing (urin) atau sampel darah. kedua-dua ujian ni akan kesan kehadiran hormon hCG dalam badan wanita yang hamil... 

actually elly suka share pasal kehamilan as dah makin bertambah bilangan ahli keluarga, sepupu, dan anak saudara kami yang telah berkahwin, dan bakal berkahwin juga.. and another reason is, as a women and wife.. being pregnant is something we always craving for after married! same with husband too i think *lol* walau apapun keinginan kita, perlu diingat bahawa tubuh badan kita, zahir mahupun batin.. perlu betul-betul bersedia menerima kehadiran 'insan baru' ini! maklum lah.. elly dah 4 kali mengandung, tapi cuma seorang anak yang lahir dan membesar dengan sihat dan bijak! am I that lucky? some will figure that yes u are but for me.. even all my tears drop sampai keluar air mata darah sekalipun, takkan dapat explain what is enthroned in my heart!

so, dalam usaha elly mengembalikan kekuatan dan persediaan diri sekiranya ingin mengandung lagi di samping meneruskan usaha menghabiskan pengajian phD elly yang pastinya akan memberi banyak TEKANAN dan CABARAN maka elly terjumpa jurnal camne nak tau kita hamil dengan menggunakan salah satu daripada dua ujian kehamilan ni kat dalam majalah Pa&Ma.. jom, kita share! *wink..wink..*


WAKTU SESUAI UJI KEHAMILAN

Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.

Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.



Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.

Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh hamil.

Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.

Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.

Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.

Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.

source: majalah Pa&Ma

Friday, April 19, 2013

MY GWIYOMI

salam semua..


a few days before timeline fb elly penuh dgn gwiyomi.. hehe sangat comel! membuat hati terpikat dan elly tros tonton gwiyomi kat youtube! so, jom kita lupakan kejap usaha elly memerah otak bagi menambahbaik teori yang elly gunakan dalam penulisan tesis elly wakaka.. if elly tak salah, ni lagu asal gwiyomi beserta subtitles in english.. enjoy!!!



haha comel je adik kite tu kan? ok, yg ni plak penyanyi asal yang cipta gwiyomi.. eh? penyanyi asal gwiyomi ke.. dia yg cipta lirik gwiyomi? ouuuh whatever lah.. just enjoy je kay!


and then... bwh ni plak something yang dah byk buang masa elly utk arini..but, i can tell you.. it's cute and i'm worth it! muahahahaaaa may i present u all.. gwiyomi english version yehaaaaa~~~!!! 



~~ ^-^* 



Saturday, April 13, 2013

BULI: they are everywhere!

Salam pagi Jumaat yang dimuliakan..

Ntah kenapa pagi ni elly gatal bukak facebook.. niat asal nak sambung tulis paperwork.. tapi ter'click' mozilla lah pulak and tros masuk facebook huhu.. actually last week dah ada post pasal IjatSyapiq ni tapi elly malas la nak amek port plak.. tapi, sebab harini kat homepage paling atas facebook elly dah keluar plak story member post pasal budak tomoi yang buli kawan dia ni dah kena tangkap polis 3 hari yang lepas, bila scroll timeline facebook.. post pasal bebudak ni berduyun-duyun dari atas ke bawah! daripada gambar latest bebudak pembuli ni dah kena tangkap polis, sampai lah video lama daripada PDRM elly belek.. hah! kan dah terrrrr tengok plak video IjatSyapiq yg da glamer da skrg ni! hadoi.. nyesal tengok! sian kat budak yang dia belasah tu.. da la kecik.. eeee harus ku tunjal kepala IjatSyapiq.. and membebel lapan hari tanpa penat! lebih kesian kat mak ayah dia.. haiiissshhh nyesal tengok arghhh..

Teringat last time masa buat master dulu, ada seorang kenalan yang juga guru di sebuah sekolah menengah.. buat kajian mengenai buli ni, dan punca berlaku kejadian buli! sebenarnya buli ni dah lama.. malah semakin menjadi-jadi pula.. eeeisshh risau lah! anak kami bujang seorang tu.. kami lebih risau dia menjadi mangsa buli kuikuikui.. maklum ler, even sekarang ni pun kalau dia bercampur dengan sepupu sepapat sendiri.. memang manjang dia je yang melalak.. baik sepupu lelaki, mahupun yang perempuan.. manjang kalah! wa'ima berebut mainan sekalipun dengan sepupu perempuan.. dia sahaja yang menangis! sangat lah kannnn... kawan tu tak papepon kekekee tp sebenarnya melihat keadaan irfan, lega sket hati elly! iye lah.. biarlah dia yang menangis, dari dia buat kawan dia menangis.. *pitam* 

Namun, apa yang penting.. camne nak stop kan kejadian buli ni? zaman semakin berubah.. teknologi semakin canggih.. gejala buli nampaknya tak juga reda.. sebenarnya, yang kita nampak sekarang buli dalam kalangan remaja sekolah.. tapi hakikatnya, buli ada di mana-mana!

By the way, bagi elly.. gejala buli ni satu hal.. tapi, masyarakat Malaysia yang memang terkenal dengan keprihatinan sekarang ni.. kurangkan lah penyebaran maklumat negatif camni.. bukan sahaja pasal buli kat sekolah, malah gejala buli dalam dunia politik! bila elly scroll lagi facebook, baru elly sedar.. bahawa dunia social network ni memang penuh dengan manusia yang suka judgemental, suka menghukum, mencaci, dan memaki. apatah lagi bila pilihanraya ni dah dekat.. ada sahaja post yang berbaur negative! itu satu hal.. tak kurang yang memaki hamun budak-budak samseng tu, seolah SyapiqIjat dan dua rakannya adalah criminal yang massacre lapan ribu manusia, dan mereka adalah juri dalam mahkamah! camtu jugak lah dalam dunia politik sekarang.. terlalu ramai hakim yang membuat elly muak nak tengok dah!

Elly ni pun, sosial life kurang.. maklom lah dah jadi ibu + housewife + student ni.. tengok berita pun dah payah. Bukan takde masa.. ada.. cuma, sometimes lebih kepada 'malas nak layan'... elly prefer tengok movie or layan irfan tengok mickey mouse clubhouse berulang kali. bukan apa.. letih! letih tengok dan dengar.. ye,  apatah lagi dah nak dekat PRU13 ni kan? buli dalam dunia politik ni lebih syahdu daripada buli fizikal yang kita nampak kat video youtube tu.. kadang-kala, buli secara psikologi ni lebih sakit sebenarnya! and kita yang 'melihat' kejadian buli tersebut berlaku.. penat! buat masa skrg, elly tak memihak pada mana-mana keadaan.. bukan tak berterima kasih pada Dato' Sri Mohd Najib yang telah bersusah payah bagi elly baucer buku yang amat bernilai buat kami.. ye, terima kasih! tapi, elly letak keyakinan dalam diri bahawa apa yang diberi oleh PM bukanlah 'sogokan' untuk membutakan mata hati kami.. malah ia lebih kepada keikhlasan daripada pemimpin negara Malaysia untuk berkongsi kekayaan negara! so, tengok lah esok siapa yang elly nak undi kan? nak nilai pun, dah tak tahu mana jauhari mana manikam kekeke.. alaaa senang kata dah penat dah! before pilihanraya sok, elly buat la solat isytikharah tujuh malam berturut-turut dulu kekeke.. sekarang ni, elly nak fokus pada paperwork elly je! 


 chiao!




Thursday, April 4, 2013

hormon yang tidak stabil..

seringkali berlaku ketidakstabilan hormon pada wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan..  kalau ikut ungkapan orang-orang tua kita, 'benda' baru dapat.. *kekeke* maka, badan kita mungkin 'terkejut' dengan perkara baru dalam hidup.. *wink..wink..*


berikut adalah pengalaman seorang rakan elly yang baru je beberapa bulan mendirikan rumahtangga, ceritanya begini:

ditakdirkan pada hari pernikahan, beliau datang period.. apo nak buek, kena la si suami tunggu sampai da bersih kan? thehehee dulu elly pun period jugak masa hari akad nikah, tapi x ingat la pulak period sama cam before married or beza.. tp sama je kot.. ok, lain org, lain badan ye.. balik pada cerita sahabat elly ni..

setelah beberapa minggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri.. kesihatannya menjadi tidak berapa stabil, breast mengeras dan selera makan bertambah.. dipendekkan cerita, setelah sebulan berlalu dan setelah selesai semua majlis kedua belah pihak, beliau memberitahu elly bahawa telah tidak datang period melebihi 40 hari.. hah?! pregnant! itu lah perkara pertama yang akan singgah dalam kepala otak kita yang genius ni kan? dan, dengan confidentnya menyangka yang beliau telah hamil.. riang hati tidak terkata! ye lah.. boleh jadi bunting pelamin la tu kan? elly pun tumpang happy pada mulanya..

malah ketika diberitahu, elly menasihati beliau untuk membuat ujian UPT air kencing atau urin.. kerana, kita perlu memastikan keadaan kandungan kita. itu yang mustahak.. maklom ler, sejak elly da lalui 4 kali pengalaman mengandung, walau cuma seorang yang berjaya dilahirkan dengan selamat dan sihat.. tapi, setiapkali doktor sahkan ujian urin kita positif doktor akan segera scan rahim kita untuk memastikan kedudukan kandungan berada di dalam rahim.. kenapa? sebab penting.. ditakuti.. dikhuatiri.. keadaan boleh memberi mudarat kepada bakal ibu...

maka, merancang lah sahabat elly dan suaminya untuk ke klinik berjumpa pakar puan setelah pulang semula ke Kuala Lumpur.. sebab mereka berdua kerja kat KL.. anak depa jadi org KL la noo...

tapi, pada malam beliau memberitahu elly berita gembira tersebut.. sekali lagi elly dihubungi.. beliau berkata telah keluar darah yang berketul-ketul namun tidak menyakitkan! adusss... kenapa tak terus ke doktor? panik elly time tu.. so, dengan menggunakan pengalaman yang ada (chewah!) elly pun share lah dengan sahabat ni.. if kita pregnant, ujian air kencing akan ada dua line.. even missed abortion sekalipun, still urin kita masih akan dapat dua garis tu.. sometimes, even selepas dua minggu berlaku pendarahan atau dalam erti kata lain keguguran pun ujian urin kita masih boleh jadi positif! tapi, elly pn x ble nk kata ketul-ketul darah tu apa sebab tak tengok.. PLUS.. i'm not doctor! huhu...

keesokkan harinya, beliau hubungi elly semula dalam nada yang ceria... memula nak jawab phone dia berdebar rasa jantung, risau berita yang tidak menyenangkan.. tapi, setelah mendengar jeritannya di hujung talian.. elly terus bertanya keadaan malam tadi.. hehehe *gelak dulu ye..*

sahabat memberitahu bahawa doktor sahkan yang sebenarnya beliau tidak hamil, walaupun berkali beliau mengatakan beliau yakin telah hamil. ye lah, sebelum berkahwin.. beliau datang period secara regular setiap bulan..sejurus selepas mendirikan rumahtangga, langsung tak datang period dah! apalagi kalau bukan hamil? tapi, memang ujian urin yang negatif membuktikan beliau tidak hamil, dan apa yang penting adalah beliau tidak mengalami keguguran.. syukur alhamdulillah!

tapi, macamana boleh sampai 40 hari x datang period tu? kekekekeee..

doktor beliau memberitahu itu adalah perubahan hormon yang biasa berlaku selepas kahwin, jadi ia sebenarnya adalah normal. maka, tidak perlu lah mereka suami isteri risau lagi.. ye lah.. ada "benda baru" yang suami "beri" kepada si isteri.. terlebih "exercise" la tu kan? kakakakaaa.. puas sahabat menghubungi seluruh keluarga kedua belah pihak memberitahu keadaan sebenar! mujur tidak dicanang satu dunia lagi kegembiraan mereka! hehaha.. berdekah-dekah kami ketawa di talian sampai mengalir air mata elly.. aduhai.. suspen je kan?

sebenarnya, apa yang elly tahu mengenai hormon wanita.. chewah dah macam pakar puan la pulak kekeke..

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid. 

Mengalami rasa loya, muntah dan pening juga tidak membuktikan yang seseorang itu hamil selagi ujian UPT air kencing tidak menunjukkan dua garis iaitu positif! Ada wanita yang rasa seolah-olah hamil kerana mengalami gejala muntah, pening, malah payudara membengkak tetapi hampa apabila mendapati sebenarnya tidak hamil.. dan ada wanita (iaitu elly sendiri) seringkali tidak mengalami apa-apa rasa namun mendapati mereka telah hamil! Maka.. untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah TEKANAN akibat kekecewaan, usahlah kita melayani perasaan bahawa kita telah hamil selagi ia tidak disahkan oleh doktor sendiri.. doktor kat klinik tau! bukan Dr elly.. huhu da perasan Dr la pulak elly ni kan.. hahahahahaaa...

p/s: proposal tak siap lagi.. masih nak melayan blogger ni tak sudah.. sesungguhnya menulis di blogger lebih mudah daripada menulis kertas kerja.. *pitam*

kaedah 'pencucian' pangkal rahim

Apakah ERPOC? Pernahkah kita mengenal istilah ini? Even elly pun sebenarnya baru tahu istilah ni.. itupun setelah beberapa kali berulang alik ke pelbagai hospital pakar Puan di seluruh negeri Johor Darul Ta'zim ni berikutan masalah pendarahan elly yang tak pernah putus setelah hampir dua bulan keguguran berlaku. Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Actually, dulu doktor guna alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan cebisan kandungan yang tertinggal, tp sekarang doktor akan guna alat yang macam vakum yang lebih selamat. Tapi, kat sesetengah hospital, kaedah ni still disebut D&C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.
Ok, camne plak prosedurnya?
ERPOC ni merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit yang mengalami keguguran hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama macam D&C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim. ok, x payah korek and cungkil la ye.. 
Tapi, kenapa keguguran elly tempoh hari doktor tak suggest ERPOC ni je? huhuuu.. actually bila da tau prosedur ERPOC ni yang tak payah nak cungkil bagai, rasa macam lebih selamat dan yang penting TAK SAKIT berbanding D&C yang elly buat masa keguguran anak sulung pada tahun 2009 dahulu..
So, doktor pon explain la actually kandungan di bawah 10minggu je yg boleh dicuci menggunakan ERPOC. Tapi, bagi kandungan antara 11 hingga 15minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan. kuret? huwaaa elly gugur kandungan da masuk 12minggu... patut lah pergi semua pakar pun doktor suggest D&C.. auucchhhh! sib bek elly tak bat D&C, just ambil antibiotik and tunggu kandungan gugur sendiri.. tapi, bila dikenang semula.. berminggu-minggu menahan kesakitan.. *nitik air mata lelaju*
Malah, kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan. Nauzubillah...
Ok, statement kat bawah ni elly dapat drpd laman web kesihatan berkaitan prosedur ERPOC ni.. just nak share with those yang pernah alami keguguran.. Nauzubillah! mintak dijauhkan berlaku lagi.. untuk pengetahuan umum sahaja, ye..

Adakah ERPOC menyakitkan?
Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).
Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D&C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?
Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi. Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal. Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D&C kerana ia jarang melibatkan luka besar.
Benarkah alat kuret tajam?
Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam. (eh, alat ni la yang doktor pelatih kat HSI tu masukkan dalam miss 'V' elly masa follow-up lepas keguguran kat HSI tempoh hari.. adakah?)
Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?
Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D&C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi. (ok, doktor bg elly pil antibiotik.. tapi bukan ubat turun darah la kan? just antibiotik.. adakah itu penyebab darah elly turun berpanjangan?) =>kena tanya doktor next appointment la nie, kan?
Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.
Risiko D&C atau ERPOC?
Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya. (ok, ini lah yang doktor kat HSI inform elly jika elly pilih D&C, tp sbb elly tak nak.. so dia bg elly amek antibiotik tu..)
Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini. Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding. Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku. Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC. 
(uishhh.. betul lah yang doktor pelatih masukkan besi cam sudu hujung dia ke dalam miss 'V' elly aritu after berjaya menyendal pintu serviks elly.. eisshhhh tapi tu bkn D&C la rasa.. sebab masa gugur anak sulung dulu buat gak D&C, tp ada prosedur nye.. doktor tolak masuk bilik lain, and yang mulut itik nak bukak serviks, then tiub2 bagai disumbat! tapi yang penting masa buat D&C dulu bukan buat dalam bilik saringan bersalin je la... D&C tak ble buat masa kita kat bilik saringan je kan? lgpun doktor tu ckp just nak keluarkan darah beku jek.. *tapi sakit nye innalillah rasa!* hadoi.. confius la darah keluar non-stop lama sgt ni.. even dah stop 2,3 hari then after 'bersama' hubby, darah keluar jugak sampai arini tapi ciput jek.. why? why?)
ok, sekarang dah confius semula pasal pendarahan berulang ni.. elly tak buat any kaedah 'cuci' pangkal rahim selepas mengalami keguguran tempoh hari.. just ambil antibiotik and then cebisan janin yang tertinggal keluar sendiri diikuti dengan darah nifas yang panas and rasa nyeri.. stop after 2 weeks then tak sampai seminggu kuar plak darah haid (maybe) sampai almost sebulan.. yang penting time tu darah tak de la plak bau hanyir.. so, maybe daraf nifas sambung balik la tu and bkn darah haid because sepanjang tempoh lebih sebulan tu darah elly lambat kering if calit kat tangan and takde bau thehehee sebab seingat elly, if kita period, darah kita berbau hanyir kan? hurm.. maybe lain orang lain kot.. 
ok,  then darah da stop 3 hari la jugak, kesian kat my hubby coz kena 'berpuasa' selama 2 bln.. tapi after 'bersama'.. aiseyyh keluar lik darah seciput seciput.. ngape ek? nak period plak ke? darah kalini agak la berbau hanyir dan cepat kering..  so, dah period lak ke? cane nak beza darah kita ni benornye? hadoi pening la tengok darah.. huwaaaaaa.........