Ntah kenapa pagi ni elly gatal bukak facebook.. niat asal nak sambung tulis paperwork.. tapi ter'click' mozilla lah pulak and tros masuk facebook huhu.. actually last week dah ada post pasal IjatSyapiq ni tapi elly malas la nak amek port plak.. tapi, sebab harini kat homepage paling atas facebook elly dah keluar plak story member post pasal budak tomoi yang buli kawan dia ni dah kena tangkap polis 3 hari yang lepas, bila scroll timeline facebook.. post pasal bebudak ni berduyun-duyun dari atas ke bawah! daripada gambar latest bebudak pembuli ni dah kena tangkap polis, sampai lah video lama daripada PDRM elly belek.. hah! kan dah terrrrr tengok plak video IjatSyapiq yg da glamer da skrg ni! hadoi.. nyesal tengok! sian kat budak yang dia belasah tu.. da la kecik.. eeee harus ku tunjal kepala IjatSyapiq.. and membebel lapan hari tanpa penat! lebih kesian kat mak ayah dia.. haiiissshhh nyesal tengok arghhh..
Teringat last time masa buat master dulu, ada seorang kenalan yang juga guru di sebuah sekolah menengah.. buat kajian mengenai buli ni, dan punca berlaku kejadian buli! sebenarnya buli ni dah lama.. malah semakin menjadi-jadi pula.. eeeisshh risau lah! anak kami bujang seorang tu.. kami lebih risau dia menjadi mangsa buli kuikuikui.. maklum ler, even sekarang ni pun kalau dia bercampur dengan sepupu sepapat sendiri.. memang manjang dia je yang melalak.. baik sepupu lelaki, mahupun yang perempuan.. manjang kalah! wa'ima berebut mainan sekalipun dengan sepupu perempuan.. dia sahaja yang menangis! sangat lah kannnn... kawan tu tak papepon kekekee tp sebenarnya melihat keadaan irfan, lega sket hati elly! iye lah.. biarlah dia yang menangis, dari dia buat kawan dia menangis.. *pitam*
Namun, apa yang penting.. camne nak stop kan kejadian buli ni? zaman semakin berubah.. teknologi semakin canggih.. gejala buli nampaknya tak juga reda.. sebenarnya, yang kita nampak sekarang buli dalam kalangan remaja sekolah.. tapi hakikatnya, buli ada di mana-mana!
By the way, bagi elly.. gejala buli ni satu hal.. tapi, masyarakat Malaysia yang memang terkenal dengan keprihatinan sekarang ni.. kurangkan lah penyebaran maklumat negatif camni.. bukan sahaja pasal buli kat sekolah, malah gejala buli dalam dunia politik! bila elly scroll lagi facebook, baru elly sedar.. bahawa dunia social network ni memang penuh dengan manusia yang suka judgemental, suka menghukum, mencaci, dan memaki. apatah lagi bila pilihanraya ni dah dekat.. ada sahaja post yang berbaur negative! itu satu hal.. tak kurang yang memaki hamun budak-budak samseng tu, seolah SyapiqIjat dan dua rakannya adalah criminal yang massacre lapan ribu manusia, dan mereka adalah juri dalam mahkamah! camtu jugak lah dalam dunia politik sekarang.. terlalu ramai hakim yang membuat elly muak nak tengok dah!
Elly ni pun, sosial life kurang.. maklom lah dah jadi ibu + housewife + student ni.. tengok berita pun dah payah. Bukan takde masa.. ada.. cuma, sometimes lebih kepada 'malas nak layan'... elly prefer tengok movie or layan irfan tengok mickey mouse clubhouse berulang kali. bukan apa.. letih! letih tengok dan dengar.. ye, apatah lagi dah nak dekat PRU13 ni kan? buli dalam dunia politik ni lebih syahdu daripada buli fizikal yang kita nampak kat video youtube tu.. kadang-kala, buli secara psikologi ni lebih sakit sebenarnya! and kita yang 'melihat' kejadian buli tersebut berlaku.. penat! buat masa skrg, elly tak memihak pada mana-mana keadaan.. bukan tak berterima kasih pada Dato' Sri Mohd Najib yang telah bersusah payah bagi elly baucer buku yang amat bernilai buat kami.. ye, terima kasih! tapi, elly letak keyakinan dalam diri bahawa apa yang diberi oleh PM bukanlah 'sogokan' untuk membutakan mata hati kami.. malah ia lebih kepada keikhlasan daripada pemimpin negara Malaysia untuk berkongsi kekayaan negara! so, tengok lah esok siapa yang elly nak undi kan? nak nilai pun, dah tak tahu mana jauhari mana manikam kekeke.. alaaa senang kata dah penat dah! before pilihanraya sok, elly buat la solat isytikharah tujuh malam berturut-turut dulu kekeke.. sekarang ni, elly nak fokus pada paperwork elly je!
chiao!
No comments:
Post a Comment