Allahurabbi...
harini rasa nak menangis....
menangis sepuasnya..
hati ni dah pun terlalu kecewa..
dalam sungguh luka di hati..
berkecai-kecai...
semakin parah..
elly nak menangis sepuasnya!!!
hancur berkecai jiwa dan raga
berkeping-keping terhempas ke lantai
sakitnya hati ni!
sunyinya hidup ku ini!
Ya, Allah!!!
besar sungguh ujian KAU beri
kenapa kami sering ditinggalkan?
patung kah aku?
batu kah aku?
siapakah aku sebenarnya?
di manakah kami di hatinya?
Allahurabbi...
kuatkan lah semangat ku yang lemah ini..
Saturday, November 29, 2014
Tuesday, November 25, 2014
Dugaan Seorang Wanita Bergelar Isteri
Sekian lama
elly tak menulis di sini…… dah bersarang gajah dah blog elly ni hurmmm… hari ini
jauh di sudut hati terdetik ingin menulis lagi, bukan kerana telah terguris dan
ingin mencari kedamaian di sini..tidak! (chewah dah macam novelis plak
hakaka!)
Ok, back to
real time…entry kalini elly buat tajuk dugaan seorang isteri, sebab lately ni
and actually from 2013 hingga tahun ini (2014) pelbagai dugaan menimpa namun elly
seakan ‘jiwa kosong’, redha dan pasrah menerima setiap dugaan Allah….bukan apa,
sebab setiap dugaan yang menimpa, seolah disusuli pula dengan hikmah yang lebih
baik…..pada elly lah…… Yup, kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan
semua insan kat dunia ni. Jiwa insan yang bergelar manusia sentiasa inginkan
ketenangan abadi dalam kehidupan. Namun sesungguhnya langit itu tidak selamanya
cerah, sometimes mendung pasti akan datang mewarnai perjalanan hari-hari
kita....macam sekarang ni lah kan……musim tengkujuh, banjir pulak di sana sini..
camtu la jugak dalam kehidupan kita ni, setiap penderitaan, dugaan dan
kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang
jernih.
Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di
sebalik dugaan bagi insan yang tabah. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada
suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT. kepada seseorang lalu diambil kembali
nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan
sabar, melainkan Allah mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.
Begitu lah
dugaan yang datang bersilih ganti dalam kehidupan setiap umat manusia…. elly
sedar, masih ramai lagi kat luar sana especially seorang wanita bergelar isteri
yang juga menanti cahaya mata. Ya, tak pernah elly lupa memanjatkan kesyukuran
di atas rezeki kemewahan yang melimpah ruah yang telah Allah beri dengan penuh
kasih sayangNYA buat kami sekeluarga….. akan tetapi, lumrah manusia, bila masih
single, sebok bertanya sampai bila nak sensorang je?bila nak hidup berdua...?
*ramah la konsepnya… dahtu bila dah kahwin, mereka tanya plak… eh, bila nak
bertiga?......dan bila dah bertiga…. Haaaiiiisssshhhh mulut yang ramah tanpa
sedar dan sesal kan hati manusia yang lain pun bertanya juga, bila nak tambah
lagi? Dan lagi? Dan lagi…. begitulah lumrah kejadian yang menimpa hidupku dan
mereka jua… kekekekeeee… sungguh bertuah hidup di bumi Malaysia yang mana
rakyatnya sangat lah ‘care to each other’… hurrrmmmm *lagi?*
Boleh tak
kalau elly nak jawab, “bukan kah Allah yang bagi rezeki? kita dah berusaha…..
bukan takde buat pape dok makan tido je…. eh siapalah kita nak pertikai apa
yang Allah bagi?” atau pakai sticker kat atas dahi sesiap “Sila Tanya Allah
mengapa DIA tak beri kami tambah zuriat lagi”….. boleh?! *hennsss..hennnssss…..
sabar ye, Elly!*
Astaghfirullahal’Azim….
sesungguhnya pengalaman keguguran berulang bukan sesuatu yang ingin elly banggakan…..
Ya, mereka mungkin wanita yang Allah pilih, dikurniakan badan yang kuat, rahim
yang kuat dan subur…….hingga mereka berkata, “campak je benih tu kat mana2 pun
mesti akan tumbuh pulau” Allahuakbar! Sampai ke detik ni ayat tu masih
terngiang segar kat cuping telinga elly rupenye… Allah! Allah!
Elly
sentiasa positif dengan perancangan Allah buat kami sekeluarga…..bukan lah
bermakna jiwa ni dah benar-benar kosong…..bukan! Namun elly percaya…...
“Allah tidak
membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” (2:286)
……dan kerana
itu elly percaya, berkemungkinan, kami belum bersedia membesarkan seorang lagi
zuriat selain Muhammad Hanif Irfan yang comel dan bijaksana itu *puji anak sendiri
kay…* dan sekiranya Allah penuhi permintaan kami untuk menambah zuriat lagi,
belum tentu kami dapat menjalankan tanggungjawab mendidik amanah yang diberi
dengan adil dan saksama. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita
tidak mampu, bukan?
“Allah
menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” (2: 185)
Maka, bila
mana kita tak dapat sesuatu yang sangat… sangat… sangat… kita harap…* elly repeat
sangat tu byk kali sbb elly seorang wanita yg ada banyak keinginan
kekekekeee*…. ok, boleh jadi kami dah bersedia dari segi material untuk memberi
dan membelikan apa sahaja untuk Hanif Irfan (walaupun bukan semua keinginan nya
kami penuhi, apatah lagi ayah Hanif Irfan seorang yang sangat tegas ^-^*), tapi
dari segi kemantapan iman dan hubungan dengan Allah…mungkin belum cukup mantap?
Mungkin……mungkin….. jika tambah seorang lagi zuriat, elly akan sentiasa merungut
sebab susah nak bershopping? *hiks* ……mungkin juga…… mungkin…… jika tambah lagi
zuriat kami, maka bertambah peninglah kepala suami tercinta memenuhi keinginan
si ibu untuk menyediakan itu dan ini buat dua tiga orang anak-anak kami? Dan
berkemungkinan juga……kami belum cukup kuat dalam memberi didikan agama
sedalamnya untuk anak-anak kami benar-benar dapat memahami agama Islam….. kerana
itulah keinginan elly yang paling utama…..
Orang kata….
elly dengar jek, mereka ada kata…. Kalau ada anak pun tapi anak buat hal, buat
perangai… baik tak payah ada anak. Kalau ada anak yang boleh mendoakan ibu
bapa, Alhamdulillah! Tapi kalau anak keras kepala, degil tak dengar kata susah
juga. Yelah, ada ibu bapa yang dah cukup sempurna, beriman, berakhlak…… tapi
anak pula bermasalah. Namun, anak yang baik tidak menjamin akan mendoakan kedua
ibu bapanya, begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah!
Mungkin anak yang sering buat perangai itulah nanti yang selalu mendoakan ibu
bapanya atau sebaliknya….. tetapi elly pasti, semua orang inginkan anak, agar
anak-anak mereka itu nanti dapat menjadi saham buat mereka di alam kubur kelak.
Wallah’alam… semoga anak bujang kami, Muhammad hanif Irfan tergolong dalam
kalangan anak yang soleh, bertambah bijak, taat kepada Allah dan tidak pernah
meninggalkan solatnya…………. Aaamiiinnnnn…!!!
Comel kan budak bijak ni? ngeeeeee……..
Ok, meh nak
share petikan yang elly pernah baca dlm salah satu buku motivasi:
Seorang
pesakit bertanya kepada seorang doktor psikoterapi tentang kegellisahan hidup.
Doktor Muslim tersebut berkata kepada pesakit tadi: 'Ketahuilah bahawa Allah
s.w.t. telah menciptakan makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau
desahan nafas pun, kecuali dengan izin Allah. Jika demikian, mengapa harus
risau dan gelisah? Sungguh Allah telah menuliskan takdir setiap makhluk 50 ribu
tahun sebelum Dia menciptakannya.
Al-Mutanabbi
memberi pandangannya tentang hal ini:
Di
mata orang yang berjiwa kerdil
Persoalan
kecil terasa besar
Di
mata orang yang berjiwa besar
Persoalan
besar terasa
kecil
Quotes from ~ La Tahzan Jangan bersedih | Setelah Kesulitan
Pasti Ada Kemudahan [ Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Warni ]
Chiao!
Subscribe to:
Posts (Atom)