Tuesday, November 25, 2014

Dugaan Seorang Wanita Bergelar Isteri


Sekian lama elly tak menulis di sini…… dah bersarang gajah dah blog elly ni hurmmm… hari ini jauh di sudut hati terdetik ingin menulis lagi, bukan kerana telah terguris dan ingin mencari kedamaian di sini..tidak! (chewah dah macam novelis plak hakaka!) 

Ok, back to real time…entry kalini elly buat tajuk dugaan seorang isteri, sebab lately ni and actually from 2013 hingga tahun ini (2014) pelbagai dugaan menimpa namun elly seakan ‘jiwa kosong’, redha dan pasrah menerima setiap dugaan Allah….bukan apa, sebab setiap dugaan yang menimpa, seolah disusuli pula dengan hikmah yang lebih baik…..pada elly lah…… Yup, kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan semua insan kat dunia ni. Jiwa insan yang bergelar manusia sentiasa inginkan ketenangan abadi dalam kehidupan. Namun sesungguhnya langit itu tidak selamanya cerah, sometimes mendung pasti akan datang mewarnai perjalanan hari-hari kita....macam sekarang ni lah kan……musim tengkujuh, banjir pulak di sana sini.. camtu la jugak dalam kehidupan kita ni, setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.

Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang tabah. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT. kepada seseorang lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.

Begitu lah dugaan yang datang bersilih ganti dalam kehidupan setiap umat manusia…. elly sedar, masih ramai lagi kat luar sana especially seorang wanita bergelar isteri yang juga menanti cahaya mata. Ya, tak pernah elly lupa memanjatkan kesyukuran di atas rezeki kemewahan yang melimpah ruah yang telah Allah beri dengan penuh kasih sayangNYA buat kami sekeluarga….. akan tetapi, lumrah manusia, bila masih single, sebok bertanya sampai bila nak sensorang je?bila nak hidup berdua...? *ramah la konsepnya… dahtu bila dah kahwin, mereka tanya plak… eh, bila nak bertiga?......dan bila dah bertiga…. Haaaiiiisssshhhh mulut yang ramah tanpa sedar dan sesal kan hati manusia yang lain pun bertanya juga, bila nak tambah lagi? Dan lagi? Dan lagi…. begitulah lumrah kejadian yang menimpa hidupku dan mereka jua… kekekekeeee… sungguh bertuah hidup di bumi Malaysia yang mana rakyatnya sangat lah ‘care to each other’… hurrrmmmm *lagi?*

Boleh tak kalau elly nak jawab, “bukan kah Allah yang bagi rezeki? kita dah berusaha….. bukan takde buat pape dok makan tido je…. eh siapalah kita nak pertikai apa yang Allah bagi?” atau pakai sticker kat atas dahi sesiap “Sila Tanya Allah mengapa DIA tak beri kami tambah zuriat lagi”….. boleh?! *hennsss..hennnssss….. sabar ye, Elly!*

Astaghfirullahal’Azim…. sesungguhnya pengalaman keguguran berulang bukan sesuatu yang ingin elly banggakan….. Ya, mereka mungkin wanita yang Allah pilih, dikurniakan badan yang kuat, rahim yang kuat dan subur…….hingga mereka berkata, “campak je benih tu kat mana2 pun mesti akan tumbuh pulau” Allahuakbar! Sampai ke detik ni ayat tu masih terngiang segar kat cuping telinga elly rupenye… Allah! Allah!

Elly sentiasa positif dengan perancangan Allah buat kami sekeluarga…..bukan lah bermakna jiwa ni dah benar-benar kosong…..bukan! Namun elly percaya…...

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.” (2:286)

……dan kerana itu elly percaya, berkemungkinan, kami belum bersedia membesarkan seorang lagi zuriat selain Muhammad Hanif Irfan yang comel dan bijaksana itu *puji anak sendiri kay…* dan sekiranya Allah penuhi permintaan kami untuk menambah zuriat lagi, belum tentu kami dapat menjalankan tanggungjawab mendidik amanah yang diberi dengan adil dan saksama. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu, bukan?

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” (2: 185)

Maka, bila mana kita tak dapat sesuatu yang sangat… sangat… sangat… kita harap…* elly repeat sangat tu byk kali sbb elly seorang wanita yg ada banyak keinginan kekekekeee*…. ok, boleh jadi kami dah bersedia dari segi material untuk memberi dan membelikan apa sahaja untuk Hanif Irfan (walaupun bukan semua keinginan nya kami penuhi, apatah lagi ayah Hanif Irfan seorang yang sangat tegas ^-^*), tapi dari segi kemantapan iman dan hubungan dengan Allah…mungkin belum cukup mantap? Mungkin……mungkin….. jika tambah seorang lagi zuriat, elly akan sentiasa merungut sebab susah nak bershopping? *hiks* ……mungkin juga…… mungkin…… jika tambah lagi zuriat kami, maka bertambah peninglah kepala suami tercinta memenuhi keinginan si ibu untuk menyediakan itu dan ini buat dua tiga orang anak-anak kami? Dan berkemungkinan juga……kami belum cukup kuat dalam memberi didikan agama sedalamnya untuk anak-anak kami benar-benar dapat memahami agama Islam….. kerana itulah keinginan elly yang paling utama…..

Orang kata…. elly dengar jek, mereka ada kata…. Kalau ada anak pun tapi anak buat hal, buat perangai… baik tak payah ada anak. Kalau ada anak yang boleh mendoakan ibu bapa, Alhamdulillah! Tapi kalau anak keras kepala, degil tak dengar kata susah juga. Yelah, ada ibu bapa yang dah cukup sempurna, beriman, berakhlak…… tapi anak pula bermasalah. Namun, anak yang baik tidak menjamin akan mendoakan kedua ibu bapanya, begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah! Mungkin anak yang sering buat perangai itulah nanti yang selalu mendoakan ibu bapanya atau sebaliknya….. tetapi elly pasti, semua orang inginkan anak, agar anak-anak mereka itu nanti dapat menjadi saham buat mereka di alam kubur kelak. Wallah’alam… semoga anak bujang kami, Muhammad hanif Irfan tergolong dalam kalangan anak yang soleh, bertambah bijak, taat kepada Allah dan tidak pernah meninggalkan solatnya…………. Aaamiiinnnnn…!!!


Comel kan budak bijak ni? ngeeeeee……..





Ok, meh nak share petikan yang elly pernah baca dlm salah satu buku motivasi:

Seorang pesakit bertanya kepada seorang doktor psikoterapi tentang kegellisahan hidup. Doktor Muslim tersebut berkata kepada pesakit tadi: 'Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau desahan nafas pun, kecuali dengan izin Allah. Jika demikian, mengapa harus risau dan gelisah? Sungguh Allah telah menuliskan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakannya.

Al-Mutanabbi memberi pandangannya tentang hal ini:

Di mata orang yang berjiwa kerdil
Persoalan kecil terasa besar
Di mata orang yang berjiwa besar
Persoalan besar terasa kecil                                         

Quotes from ~ La Tahzan Jangan bersedih  | Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan [ Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Warni ]

Chiao!
 

No comments:

Post a Comment