Wednesday, February 27, 2013

KEGUGURAN DAN PANTANG LARANG

Keguguran Dan Berpantang 

 
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.


Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.


Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.


Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.


Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.


Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.


Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.



Pantang Larang Keguguran

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.


Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.


Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.




Sumber daripada: www.sissyira.com
P/S: terima kasih Syira Qahira!


Tuesday, February 19, 2013

Confinement..

dah seminggu elly berpantang.. tanpa tangisan bayi.. tanpa haruman bayi.. tanpa suara rengekkan bayi.. selera makan langsung takde.. tak pasti hilang selera kerana kecewa.. atau mmang tak berselera nak makan.. maklom lah.. bukan sedap pon lauk yang disediakan.. huhu.. sadis! tapi, sepanjang berpantang lepas bersalinkan irfan dulu, sedap je lauk pauk yang mak masakkan.. kalini.. entah lah! takde pon jauh beza.. setiap lauk, mesti ada kunyit, mesti ada halia.. setiap sayur, mesti ada bawang putih yang elly kena ratah habiskan.. untuk buang angin katanye.. untuk pulihkan luka dalam.. dan bermacam lagi fungsi makanan tersebut.. elly telan jek.. tapi, selang lebih kurang setengah jam.. bluweeekkkkk!!!

darah nifas nampaknya dah tak de arini.. lebam rasa tuutttt asyik kne pakai pad or pantyliners! bukan setakat seminggu ni je.. start sebulan terakhir pregnant aritu.. coz bleeding! lega rasa tak perlu pakai lagi semua mendalah tu.. tapi, perut masih kena berbengkung.. malam masih bertungku.. arghhh!!! rimas.. sedih.. sebak.. tak tahu lah besar mana dosa yang elly dah lakukan, sampai begini azab elly tanggung! eh, azab ke? hubby kata, mungkin ada hikmah gugur kalini.. mungkin Allah menjanjikan rezeki yang lebih baik buat kita.. mungkin.. perlu sentiasa bersangka baik denganAllah, kan? ye, mungkin..

elly redha.. mungkin.. tapi elly rasa bukan redha.. malah pasrah.. sebab hati dah kosong.. cuma air mata je kadang tak henti berlinangan.. betul-betul macam orang putus asa, kan? cuba ketawa bila saudara-mara call.. cuba senyum.. cuba bertenang... ely dah cuba.. tapi fikiran jadi makin keliru.. otak penat memikirkan nasib diri.. hati jadi makin tak kena.. sebak.. berat.. tak tertanggung rasa.. owh.. mungkin itu lah punca elly hilang selera makan? mungkin ke semua tu sebab elly muntah setiapkali lepas makan? meroyan ke? bentan ke? ntah la.. takde jawapan.. 

masa kat HSI aritu, lepas kena dera dengan doktor-doktor pelatih.. hampir 2 jam tggu hubby datang jemput..  ada seorang makcik, bawak anak dia dengan kerusi roda.. gaya memang dah nak meneran sangat dah.. pucat muka! terus nurse ambil and bawak ke bilik bersalin. nurse yang kat kaunter tanya makcik tu.. "ayah nye mana?" makcik tu diam.. nurse tanya lagi.. "anak luar nikah, ye?" meminta makcik berterus-terang.. simpati dengan makcik tu..

elly duduk kat kerusi menunggu.. pasang telinga jek! setiap butir perbualan makcik dengan nurse elly dengar.. sebak hati! terfikir.. elly ni, dah kahwin.. mengandung, gembira.. gembira sekejap je! Allah ambil semula kegembiraan elly.. bakal zuriat kami.. tapi, anak makcik tu.. tak bersuami.. tak perlu rawatan doktor.. cuma bayar seringgit jek.. nak bersalin dah! sekejap je lagi dapat peluk baby.. kalau lah bayi dalam perut dia tu ada dalam perut elly waktu itu.. mesti elly pun sedang bertarung melahirkan seorang lagi umat Muhammad S.A.W... bukan bertarung menahan sakit diseksa doktor-doktor pelatih yang sikit pun takde rasa simpati untuk berlembut pada elly.. sikit pun tak hirau tangisan elly.. yang doktor tu tau.. "sabar ye, puan.. maaf ye, puan.. sikit lagi ye, puan" sedih, kan?

bila makcik tu duduk kat kerusi sebelah elly, nak je mulut ni berbunyi "makcik, kalau taknak jaga cucu tu.. bagi kat saya jelah ye" tapi mulut ni kaku.. hanya mampu balas senyuman makcik tu.. sepatah makcik tanya, sepatah elly jawab.. air mata tak henti berlinangan.. elly sedih sangat.. tunggu hubby tak muncul-muncul.. sebak hati tak lepas-lepas sebab tak dapat bgtau dia apa yang berlaku tadi.. macam-macam perasaan dalam hati.. kalaulah elly kuat, dan bersuara pada makcik tu waktu tu.. apa akan jadi? apa akan jadi kalau makcik tu benar-benar serah bayi tu pada elly? apa akan jadi? kalau.. hurm..




comel nye baby.. wangi nye baby... mesti elly happy sangat! dapat peluk baby.. dapat tidur dengan lena.. dapat cium harum bau dia.. makan pon mesti berselera macam masa dalam pantang bersalinkan irfan dulu..  tapi sayang.. semua tu cuma imaginasi elly je.. semua tu cuma kalau je.. semua tu takkan berlaku.. yang pasti, elly pn sedang berpantang.. dan pening kepala sekarang ni! urgh! rasa macam nak muntah lagi..



Friday, February 15, 2013

Patah hati

berkali-kali cuba pujuk hati.. syukur dah ada irfan.. syukur lah ada bujang ni.. syukur! tapi, tetap air mata ni tak berhenti nak mengalir, tetap jugak nak syahdu.. tetap jugak nak menangis! macam tak habis-habis air mata ni! kenapa Ya, Allah! kenapa elly kena tanggung semua ni?

astaghfirullahalazim... mengucap lagi.. pujuk hati lagi.. Allah lebih tahu! DIA nye prancangan lebih baik drpd kita, hamba NYA.. betul kan? tapi, tetap hati nak menangis..

buat sekian kalinya.. elly berpantang lagi kat rumah ni.. tanpa haruman bayi yang baru lahir, tanpa stokin yang ciut miut.. tanpa tangisan bayi minta susu.. cuma suara irfan je.. ibu, nak susu panas!

elly tahu.. malah elly bersyukur Allah kurniakan irfan.. anak yang bijak, sihat, aktif.. baru 2 tahun.. tapi dah petah bercakap.. dah tahu A,B,C,.. dah tahu numbers... cuma alif, bat, ta je blom khatam lagi! yup, elly perlu bersyukur dengan kehadiran muhammad hanif irfan!

tapi, elly tak bleh nak pujuk hati.. ely sedih! pilu! ngilu! semua ada.. bertambah hancur hati mengenang azab yang elly terpaksa harungi sepanjang berada di HSI kelmarin.. kekasaran doktor-doktor pelatih.. yang tak tahu perit jiwa elly! sengaja nak tambah luka dalam hati ni, kan? Ya, Allah! apalah dosaku sehingga menerima semua dugaan ini?

elly tau, bukan wanita yang sempurna.. elly sedar.. terlalu banyak kekurangan dalam diri.. tapi, elly tak layak ke nak jadi seperti ibu yang lain? kenapa? kenapa terlalu malang nasib elly? kenapa mesti elly berpantang lagi tanpa tangisan bayi di sisi? Ya, Allah! berat nya hati ini menanggung.. tak tahu sampai bila elly perlu tersenyum sedangkan hati elly benar-benar terluka.. kecewa! hancur! berderai! memang.. hubby cakap.. takpe, boleh cuba lagi.. ye.. boleh cuba lagi.. ye! kita boleh usahakan lagi..

tapi, takde sape yang akan faham penderitaan hati elly.. takde sape yang tau sebenarnya kosong hati elly.. terluka.. kecewa.. sengsara.. kalau lah dapat elly rakamkan apa yang elly lalui.. kalau lah...

Wednesday, February 13, 2013

Lotus Desaru Resort

Apa yang pasti ialah percutian ke Lotus Desaru Resort, Kota Tinggi memahat satu lagi kenangan pahit untuk elly... Percutian ini actually dah dirancang oleh suami bersama rakan-rakan sekerja nya beberapa bulan yang lalu. Elly tak salahkan mereka kerana merancang percutian ni pada asalnya, malah elly pon happy masa memula tau nak pergi men air kat tepi pantai..sape tak seronok, kan? Jujur, masa memula dorang planning and before kami nak bersetuju join ni elly tak tau pon yang elly ni dah pregnant.. apatah lagi nak tau yang kandungan elly terancam!lagipun, elly pasti niat memasing nak gembirakan ahli keluarga yang turut sama menyertai aktiviti ni di samping lebih mengeratkan hubungan sesama ahli pasukan.. eh, pasukan ke? muahahahaaa.. whatever! dah sampai pon kami kat Lotus Desaru ni hah..

Petang kami sampai, dekat nak maghrib dah! bayangkan la..dengan elly ni yg da sakit belakang.. nyilu perut, mana nak angkut barang lagi dengan parking penuh.. maklom Tahun Baru Cina, bukan org Cina je yg bercuti, kan? 1Malaysia la katekan... dah tu kami dapat Blok A yang takde port langsung tuk park kete just utk angkut barang.. perghhhh berasap perot... tp elly takde la mengangkut nye.. nengok je dorang kalut angkut barang thehehe.. dalam kekalutan dan hujan renyai tu, irfan.. sebok nak ikot ayah ke kereta.. elly pon.. praaapppp tarik tangan dia sampai terkehel.. sangat la keletihan bagai sampai terlupa tangan anak tu bukan besi, kan? melalak la budak tu.. kepit je tangan dia tak ble gerak.. sampai bilik, lepas mandikan, salin baju.. nak main pon tangan belah yang sakit tak ble gerak dah.. hadoi la hati.. lupa terus perut elly yang memulas dan mengeras malam tu.. hubby plak da turun bawah ke tepi pantai, join kenkawan dia barbeque... sedih, kan?

tak dinafikan.. sepanjang malam elly resah tak ble tido.. sakit perut rasa cam nak terberanak, risau hati tangan irfan terkehel.. semua ada! kejap-kejap tersedar, urut tangan irfan yang terkehel.. terjaga lagi perut mengeras. katil empuk yang tak dapat kat rumah sendiri tu tak terasa.. sebab elly rasa sepanjang malam bertarung menahan sakit perut dan risau.. sampai la ke subuh, terjaga lagi.. urut lagi tangan irfan.. sampai elly bleh tegakkan tangan dia tanpa menganggu tidur dia yang lena..

Sesudah subuh, elly dan hubby turun breakfast.. tinggal irfan yang sedang lena dengan along dan kak ida. after breakfast, kami semua turun ke waterpark.. elly join juga, walaupun badan tak selesa.. ye lah! nak terperap je dalam bilik, bukan senang hubby nak bawa bercuti.. ini lah peluang elly! whoaaa sedih je statement, kan? wakaka.. actually hubby rajin bawa berjalan, cuma tak ler selalu tido hotel or apartment ni.. kami akan ambil inisiatif lain samada tido rumah adik beradik or saudara mara.. maka, duit tu jimat la sket, shopping dapat banyak.. bijak tak? kekekekeee lagipun, since before preggy lagi elly nak main air, tapi hubby tak jugak bawak sampai la elly cenggini baru nak bawak.. pasni tah bila lagi, kan? so, I grab this chance.. *menyesal tak?*




  seronok, kan? tapi elly tak basah.. elly snap gambar je!


ok, confirm tangan dia tak sakit dah! hehaha



dah la x dpt men air, nek atas tros perot cramp and darah turun mencurah-curah! tapi xpe lah, at least ibu puas selfie... T-T






Friday, February 1, 2013

threatened miscarriage!

Setelah tiga hari berlalu... elly akui kesedihan yang tak terbendung! tetiba elly rasa mengharap sangat kehadiran zuriat kali ni!subhanallah besar dugaan Allah beri pada kami...

31/1  : elly ke HSI.. risau sbb sepanjang pagi perut cramp! tapi darah macam da x nak keluar.. da x d kat pad pon.. but ada la spotting sikit2. da macam2 fikir kat dlm kepala otak.. hati pon da x ble nak tenang.. then paksa hubby balik awal kerja harini sbb dah decide ke HSI... utk tgk apa yang berlaku sbnrnya kat elly ni..

....and then.... MIRACLE HAD HAPPEN!

doktor pakar puan di HSI plak kata elly blom gugur lagi.. thretened miscarriage! Ya, Allah! confius, risau, runsing, bersalah, berbaur perasaan! mujur elly x bat d&c lagi.. mujur x mkn pil SUSUK DARA utk bersihkan rahim.. mujur doktor hong tu x bg ubat turun darah! Ya, Allah.... 

tp yg pasti doktor pakar puan kat HSI tu d ckp.. 
1) pintu rahim x terbuka
2) urine test +ve
3) baby 7w, 6d which means ada tumbesaran berlaku pada janin
4) heartbeep x dpt dikesan, maybe baru 7w plus..

still, kena tggu in 2 weeks.. if
1) darah keluar byk sampai guna 3 pad penuh
2) bau busuk daripada bwh V kita
3) keluar ketulan macam hati ikan tuh

if antara yang doktor senaraikan ni x berlaku.. x perlu ke HSI.. tapi, kalau kami risau..doktor saran ke hospital berdekatan.. ne tau perut cramp, sakit belakang yang x tertanggung ke ape ke.. kata doktor tu lah! akan tetapi... 14/2 elly kne ke HSI semula utk check perkembangan baby, tgk ada perubahan x? 

jauh di sudut hati.. gembira x terkata! Ya, Allah! terima kasih krn beri kami harapan.. walaupun harapan ni tipis bg kami.. tapi terima kasih, Ya Allah! kerana ENGKAU telah kembalikan senyuman di hati ku ini.. dan KAU selamatkan lah anak dalam perutku ini.. sihatkan lah dia.. rupakanlah dan bentukkan dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, tetapkanlah iman di dalam hatinya, Ya Allah! sesungguhnya tiada penyembuhan yang lebih baik dari penyembuhanMU.. penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.. Allahuakbar!