dah seminggu elly berpantang.. tanpa tangisan bayi.. tanpa haruman bayi.. tanpa suara rengekkan bayi.. selera makan langsung takde.. tak pasti hilang selera kerana kecewa.. atau mmang tak berselera nak makan.. maklom lah.. bukan sedap pon lauk yang disediakan.. huhu.. sadis! tapi, sepanjang berpantang lepas bersalinkan irfan dulu, sedap je lauk pauk yang mak masakkan.. kalini.. entah lah! takde pon jauh beza.. setiap lauk, mesti ada kunyit, mesti ada halia.. setiap sayur, mesti ada bawang putih yang elly kena ratah habiskan.. untuk buang angin katanye.. untuk pulihkan luka dalam.. dan bermacam lagi fungsi makanan tersebut.. elly telan jek.. tapi, selang lebih kurang setengah jam.. bluweeekkkkk!!!
darah nifas nampaknya dah tak de arini.. lebam rasa tuutttt asyik kne pakai pad or pantyliners! bukan setakat seminggu ni je.. start sebulan terakhir pregnant aritu.. coz bleeding! lega rasa tak perlu pakai lagi semua mendalah tu.. tapi, perut masih kena berbengkung.. malam masih bertungku.. arghhh!!! rimas.. sedih.. sebak.. tak tahu lah besar mana dosa yang elly dah lakukan, sampai begini azab elly tanggung! eh, azab ke? hubby kata, mungkin ada hikmah gugur kalini.. mungkin Allah menjanjikan rezeki yang lebih baik buat kita.. mungkin.. perlu sentiasa bersangka baik denganAllah, kan? ye, mungkin..
elly redha.. mungkin.. tapi elly rasa bukan redha.. malah pasrah.. sebab hati dah kosong.. cuma air mata je kadang tak henti berlinangan.. betul-betul macam orang putus asa, kan? cuba ketawa bila saudara-mara call.. cuba senyum.. cuba bertenang... ely dah cuba.. tapi fikiran jadi makin keliru.. otak penat memikirkan nasib diri.. hati jadi makin tak kena.. sebak.. berat.. tak tertanggung rasa.. owh.. mungkin itu lah punca elly hilang selera makan? mungkin ke semua tu sebab elly muntah setiapkali lepas makan? meroyan ke? bentan ke? ntah la.. takde jawapan..
masa kat HSI aritu, lepas kena dera dengan doktor-doktor pelatih.. hampir 2 jam tggu hubby datang jemput.. ada seorang makcik, bawak anak dia dengan kerusi roda.. gaya memang dah nak meneran sangat dah.. pucat muka! terus nurse ambil and bawak ke bilik bersalin. nurse yang kat kaunter tanya makcik tu.. "ayah nye mana?" makcik tu diam.. nurse tanya lagi.. "anak luar nikah, ye?" meminta makcik berterus-terang.. simpati dengan makcik tu..
elly duduk kat kerusi menunggu.. pasang telinga jek! setiap butir perbualan makcik dengan nurse elly dengar.. sebak hati! terfikir.. elly ni, dah kahwin.. mengandung, gembira.. gembira sekejap je! Allah ambil semula kegembiraan elly.. bakal zuriat kami.. tapi, anak makcik tu.. tak bersuami.. tak perlu rawatan doktor.. cuma bayar seringgit jek.. nak bersalin dah! sekejap je lagi dapat peluk baby.. kalau lah bayi dalam perut dia tu ada dalam perut elly waktu itu.. mesti elly pun sedang bertarung melahirkan seorang lagi umat Muhammad S.A.W... bukan bertarung menahan sakit diseksa doktor-doktor pelatih yang sikit pun takde rasa simpati untuk berlembut pada elly.. sikit pun tak hirau tangisan elly.. yang doktor tu tau.. "sabar ye, puan.. maaf ye, puan.. sikit lagi ye, puan" sedih, kan?
bila makcik tu duduk kat kerusi sebelah elly, nak je mulut ni berbunyi "makcik, kalau taknak jaga cucu tu.. bagi kat saya jelah ye" tapi mulut ni kaku.. hanya mampu balas senyuman makcik tu.. sepatah makcik tanya, sepatah elly jawab.. air mata tak henti berlinangan.. elly sedih sangat.. tunggu hubby tak muncul-muncul.. sebak hati tak lepas-lepas sebab tak dapat bgtau dia apa yang berlaku tadi.. macam-macam perasaan dalam hati.. kalaulah elly kuat, dan bersuara pada makcik tu waktu tu.. apa akan jadi? apa akan jadi kalau makcik tu benar-benar serah bayi tu pada elly? apa akan jadi? kalau.. hurm..
comel nye baby.. wangi nye baby... mesti elly happy sangat! dapat peluk baby.. dapat tidur dengan lena.. dapat cium harum bau dia.. makan pon mesti berselera macam masa dalam pantang bersalinkan irfan dulu.. tapi sayang.. semua tu cuma imaginasi elly je.. semua tu cuma kalau je.. semua tu takkan berlaku.. yang pasti, elly pn sedang berpantang.. dan pening kepala sekarang ni! urgh! rasa macam nak muntah lagi..
No comments:
Post a Comment