Friday, March 22, 2013

GUGUR ATAU BERSALIN : yang mana lebih menyakitkan?

Salam semua,

Malam ni elly tak dapat lelapkan mata.. darah, alhamdulillah nampaknya dah kering sungguh! tapi tetiba ngilu kat belakang pinggang ni mencengkam balik setelah sekian lama ia menyepikan diri huhu.. tu yang terfikir nak berkongsi sesuatu.. ini pengalaman peribadi, ye.. takde kena mengena dengan orang lain..

Kalau nak dihitung elly telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali... dan hanya sekali pengalaman bersalin secara normal... alhamdulillah dapat anak sebijak muhammad hanif irfan! ok, itu kesah lain.. kita cerita pengalaman sakit keguguran ni.. selalunye keguguran yang elly alami berlaku dalam tempoh 4 minggu hingga 11 minggu semasa kehamilan...

Pengalaman mengandung dan keguguran yang lalu banyak memberikan inspirasi kepada elly untuk melalui kandungan baru.. apatah lagi, keguguran yang berlaku pada akhir Disember 2011 masih menghantui fikiran.. mana tidak nya, time tu elly lewat period tak sampai seminggu pun.. tup-tup pagi bersejarah tu membuktikan elly sebenarnya mengandung! itu pun dapat dikesan setelah elly mengalami keguguran.. *huwaaaaaaaa*

ye, masih ingat lagi hari tersebut! seperti biasa ke tempat kerja bersama anak buah yang duduk serumah pada waktu itu, dan telah ditakdirkan.. ketika melalui bonggol di kawasan perumahan.. elly yang duduk kat seat belakang terhentak dan of course lah terperanjat! cuma tak sempat nak melatah jek! jantung berdegup laju time tu.. memang saat-saat yang tak dapat dilupakan.. rasa macam baru je lepas kena sergah dengan hantu.. eeee nauzubillah!

dah tu.. sampai je kat ofis, perut elly mula terasa sakit.. senak! bila mengajar, tak boleh nak berdiri.. jalan pun terpaksa membongkok sedikit, seperti ada sesuatu yang tersekat kat bawah perut! kawan-kawan sekerja suspek keguguran dah benornye, tapi elly masih berkeras tak nak ke hospital.. mungkin sakit nak period lah kan? yelah, lewat datang period pun kan? maybe la senggugut.. elly tak pernah senggugut.. tapi, sebab fikir dah lambat period.. so dia nak keluar tu sakit lah! eyh.. senggugut la jugak tu kan? 

then.. petang balik kerja seperti biasa tunggu anak buah ambil di McD, Senai.. baru je punggung nak duduk kat kerusi McD.. tetiba rasa ada sesuatu nak terkeluar sangat dah macam kat hujung tanduk dah rasa.. bergegas elly berlari ke toilet meninggalkan laptop dan handbag di meja makan McD.. *nasib baik keluar toilet ada lagi kat situ.. alhamdulillah rezeki* kat dalam toilet, belum sempat mencangkung... plop! ketulan darah sebesar duit 50 sen jatuh ke lantai! 

tapi, lepas tu takde la pulak darah merembes keluar dengan banyak nye.. ada lah elly pakai pad.. cuma pinggang rasa sengal.. perut sakit memulas-mulas! tapi.. masih tak pergi ke hospital lagi.. siap bleh pergi ambil irfan lagi kat rumah pengasuh.... terbongkok-bongkok jalan pon ada hati nak merayap, kan? dahsyat sunggoh!

akibat fobia anak sulung buat D&C sakit.. elly berkeras dengan suami nak tunggu dulu.. tak tahu berapa botol air masak elly minum malam tu.. mujur ada ramai orang kat rumah.. ada anak buah, suami.. diorang lah yang melayan irfan yang baru berumur 1 tahun masa tu! maka, dapat lah elly berbaring sambil menahan kesakitan.. sob.. sob.. dan, keesokan pagi.. setelah subuh menyinsing.. (chewah) tetiba elly terasa seperti ada sesuatu nak terkeluar.. sekali lagi! mujur tandas tak jauh dari katil.. sakit kat ari-ari memang amat berbisa... kemudian, terasa sesuatu yang panas terjatuh! aik? lagi sekali? eyh.. tak.. yang tu darah semata merembes keluar dengan banyaknye.. bila bangun, penuh mangkuk tandas dengan darah.. apa yang penting, perut dah rasa lega dah time tu.. 

bila dah camtu.. baru lah ajak hubby ke klinik berdekatan rumah.. kami tak ke pakar plak time tu.. huhu hujung bulan.. maka, kami ke klinik harian biasa jek! doktor sahkan elly mengalami keguguran.. yang paling penting.. rahim dah kosong! so tak perlu cuci dah! elly dapat mc 5 hari.. maka, berehat kat rumah je lah.. hari-hari elly bercuti tu, anak buah la yang hantar dan ambil irfan kat rumah pengasuh! terima kasih atas jasa baik mereka.. eh, mereka rupanya.. hehe cerita cam sorang je kan? ok, dua orang anak buah.. actually dorang ni sepupu.. and couple lagi time tu.. tapi awal tahun 2013 ni dah kahwin dah ye.. alhamdulillah.. hehehe! itu cerita tahun 2011..

keguguran yang berlaku pada Februari 2013 plak! hah.. kalini memang dah tahu kandungan elly terancam.. tapi, entah kenapa.. kami pergi bercuti ke Lotus Desaru, Kota Tinggi.. elly memang dah sakit perut berhari-hari.. hampir setiap malam mengadu sakit belakang! ye, kalini sakit dari depan and bawak ke belakang pinggang! bukan satu malam.. bukan dua malam.. malah, perjalanan ke rumah kakak suami di Pasir Gudang sudah cukup menyakitkan pinggang belakang elly! semalaman tak dapat lelapkan mata.. pusing kiri salah.. pusing kanan salah.. semua serba tak kena!

keesokkan hari setelah bersiap-siap... kami pon bertolak ke kampung di Sungai Mas, singgah dulu katenye! hehe suami orang kampung Sungai Mas.. dekat je Desaru tu dengan rumah dia.. family day ofis dia.. takpe lah.. kita enjoy.. 

tapi, hari pula hujan.. berat hati sebenarnya nak bercuti ke Lotus Desaru.. tapi memandangkan itu adalah pertama kali elly akan bermalam di situ.. pergi lah jugak.. huhu nama je orang Johor, menantu kepada orang Sungai Mas.. baru first time nak tido kat Lotus Desaru ni? haishhh.. sedih betol! tapi.. itulah hakikatnya... thehehehee... ok.. dari Sungai Mas, kami ke Bandar Mas pulak.. rumah kak long suami! lepak dulu.. petang baru kami gerak dari rumah kak long.. sesampai di resort.. dan setelah berpenat lelah mengangkat barang, perut elly kembali senak! belakang pinggang pun sakit semula dah.. tapi time tu boleh layan lagi.. bleh lagi panjat tangga.. tolong hubby mandikan irfan.. siap boleh dukung irfan lagi! bila hubby dah turun untuk ber'barbeque' dengan kawan-kawan ofis dia tu.. elly tinggal kat bilik dengan kak ida sekeluarga.. melayan kerenah irfan bermain! eh, camne family kak ida boleh ada ni? ofis day ke family day? hehe ofis day.. tapi ajak family kak ida sekali join... dapat apartment kan besar.. apa salah.. hiks!

nak dijadikan cerita.. sejam elly rasa dah macam satu malam tunggu hubby tak naik-naik ke resort.. sakit perut bukan kepalang.. walau ada kakak-kakak ipar, segan nak mengadu *huhu sengal plak rase!* tapi, elly rasa raut muka elly ni tak boleh sembunyi sakit yang ditanggung.. atau mungkin hati terlalu gembira dapat bermalam di resort? 

ok, dipendekkan cerita.. setelah semalaman tak dapat lelapkan mata.. keesokkan paginya, bila nak buang air tu.. tup-tup ada ketulan darah kat pantiliner.. tapi, sebab tak sakit lagi seperti apa yang elly lalui di hari-hari sebelumnya.. maka, elly bedal je lah buat tak tahu.. cuma sengal je kat ari-ari.. 

camni lah lebih kurang gambar nye.. tapi tak lah besar macam kat gambar ni.. ni gambar fokus.. huhu seram pulak ye tengok gambar? sebenarnya gumpalan darah tu sebesar biji kacang hijau jek.. lagipun, elly takde la rasa sakit yang sesakitnya tu.. masih boleh tahan lagi la coz just rasa sengal dan mencucuk di ari-ari je.. so masih boleh cam bese jek lah pagi tu.. bertahan lagi.. just bersihkan diri, ganti pantiliner baru and g breakfast dengan hubby.. sangat lah tak nak menangis time tu, kan? tak boleh terima hakikat lah tu... *pitam*

hah.. bila dah naik kereta untuk balik tu baru lah perut memulas-mulas, and sakit terasa mencucuk-cucuk kat ari-ari! time tu darah keluar mencurah-curah sampai suami terpaksa berhenti kat petronas untuk beli pad! subhanallah sakitnya tak terperi.. mungkin ditambah dengan gegaran dalam kereta? maka nya terpaksa lah kami singgah semula di rumah kak long kat Bnadar Mas dan melupakan niat untuk terus balik ke rumah kami di Kulai.. so, itulah hari-hari bersejarah yang amat pahit untuk elly telan..

so, bagi elly.. sakit bersalin pun ada ceritanya.. walaupun masa sakit bersalin irfan.. x perlu berhari-hari cam pengalaman elly sakit keguguran ni.. kul3 pagi sakit.. pas subuh.. dah lega dah dapat teran irfan.. tapi, nak kata tak sakit bersalin tu... mustahil lah kan?

cuma, ye lah.. sakit tu berbeza konteks dan istilahnya.. mungkin sakit keguguran ni lebih kepada sakit nya jiwa kita.. soul.. dan yang penting.. tak sama macam sakit lepas bersalin tu.. amat berbeza! entah lah tak tau camne nak describe.. hanya mereka yang pernah lalui je lah yang tahu!

tak pelah.. biarlah semua ni jadi sejarah hitam dalam hidup elly.. lain orang, lain ceritanya... ye tak? 

Wednesday, March 20, 2013

tempoh paling panjang bagi darah nifas

Salam semua,

Termasuk hari ini.. dah hari ke-41 elly berpantang selepas keguguran tempoh hari.. jika diikutkan.. suppose elly berpantang 30 hari jek! tapi ni dah terbabas la pulak.. kesian encik hubby huhu *kesian elly jugak.. ngeee* apa boleh buat, darah masih keluar lagi.. so, elly pon google la kenapa masih tak berhenti.. 

lagipun, dah jumpa doktor banyak kali dah.. dari yang pakar puan.. sampai la pakar O&G.. eh, pakar puan la jugak tuh! hadoooiiii sengallll... dan kesemua doktor yang consult kami bagitau ini perkara biasa... "awak kan keguguran.." hadui, lemah jiwa dan semangat... lelama kering jugak darah dalam badan ni huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~!!!! 

namun, apa yang pasti.. harini darah yang keluar dikira darah istihadah! eh, ye ke start arini? or sepuluh hari yang lepas? *pitam* and of course la kena sembahyang kan? *grin* tapi tak perlu lah nak mandi wajib before solat.. cukup sekadar membersihkan diri dan ehemmm.. ehem.. confident suci, solat lah..

letih la.. tak tau dah bape kali elly mandi wajib sepanjang tempoh berpantang ni huhu... sangat lah suka mandi, kannnnn....

tapi sebenarnya elly pun confius dah benornye betul ke kiraan tempoh berpantang elly.. sebab ikutkan masa ketulan janin keluar iaitu pada 10/2/2013.. dan beberapa hari kemudian (14/2/2013) baru nak pergi scan, doktor dapati masih ada cebisan yang tertinggal, tapi elly tak buat D&C terus! uishhh... bila ke pakar ni, sebut jek gugur.. kalau tak beratus bayaran nyer memang tak sah, kan? perghhhh melayang duit encik hubby! nasib baik bukan duit elly yang kena keluar.. daripada bat bayar charge consultation kita yang dah gugur ni, baik lah elly capai tudung gojes fareeda sehelai dua! nyata jelita... hehahahahahaaaa *ketawa evil*

ok, pada mulanya nak buat D&C, tapi sebab pusing kat semua pakar kos yang dikenakan terlalu lah mahal macam nak bersalin.. paling murah pun RM800 kami jumpa.. tapi hubby kata baik kita pergi goverment.. sebab duit dia dah melayang dekat RM500 minggu sebelumnya, kan? so, akhirnya decide tak nak D&C.. lagipun fobia dah buat D&C kat hospital kerajaan huhu! keputusan elly tak nak buat D&C lagi kalini pun setelah doktor pakar di HSI sendiri yang sahkan boleh kalau tak D&C tapi if seminggu lepas tu tak keluar bersih maka perlu D&C lah.. 

so, penghujung bulan Februari tu jugak dalam 20hb berapa ntah kami pergi ke pakar di Skudai pulak... tak nak ke HSI lagi dah sebab takut rahim tak bersih, nanti doktor kata "ok, sekarang awak masuk wad kita cuci ye?" eee serammmm.. tu yang ke pakar pulak ngeee.. so, masa scan ada lagi sikit jek kata doktor! tapi doktor pun cakap takpe lah tak perlu cuci.. *hooraayyyyy* wa'ima tak perlu cuci... encik hubby melayang lagi RM300 muahahahahaaa

and then, 7/3/2013 pergi lagi ke pakar yang sama... scan and doktor kata dah bersih dah rahim! tu pon sebab dah tumpah darah melambak kat rumah muehehehee maka.. tak pasti bila sebenarnya cebisan janin keluar habis dari rahim.. sebab..

Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid. 

dah tu.. cemane benornye ni ek? selama ni elly amek 10/2/2013 hari elly gugur.. tapi bila baca balik statement ni, upenye darah nifas tu start rahim kosong.. abeh cemane nak kira ni ek? *pitam*

tapi, takpelah.. mungkin sebab tu jugak lah sampai harini elly masih keluar darah lagi.. *pitam semula*

apabila gojes kembali ke dapur.. theheheheee!!! *PERASAN GOJES LA PULAK!*

salam semua,

setelah hampir 2 bulan elly tak jejakkan kaki ke dapur.. eh, silap! menipu sangatlah kan tak pergi dapur? mueheheheheee... maksudnya, tak memasak ler.. iye la kan? apa lah yang boleh dilakukan oleh seorang surirumah selain memasak dan mengerjakan tugasan yang menjadi rutin harian yang takkan pernah selesai ittew? malam semalam, elly bukak fridge yang dah jarang sgt dijenguk, irfan lah yang paling rajin bukak fridge.. itu pun sebab dia nak air milo.. atau cheese.. atau sumi jelly.. atau pape la yang menarik bagi dia kt dalam fridge tuh! maklom lah sepanjang ibu tak dapat nak melasakkan diri bagi melayan segala kerenah anak bujang yang sorang ini... maka pepandai lah irfan bukak fridge sendiri.. eh, kerap plak tuh! apa lah yang menarik sangat ye fridge rumah kita ni? so, lepas ayah balik dari pasar semalam.. ibu pun bukak lah fridge.........!!! 

SUBHANALLAH... tak tahu lah camne selama ni irfan boleh jumpa air kotak milo dia, kan? peerrrggghhhhhh.. suami oh, suami! sakit mata, sampai bekas makanan elly campak dalam dustbin thehehehe! puas hati beta! kalau dah tak reti nak basuh tu.. buang jek! boleh beli yang baru... geram campur tak puas hati sebab banyak makanan yang dah tak selera nak dimakan masih tersimpan rapi dalam fridge! apa lagi, tanpa berfikir panjang, elly campak semua yang ada isi yang dah tak sedap dipandang tuh masok bedebush dalam dustbin kami kekeke.. seronok je kerja membersihkan fridge hahaha..  bila sang suami nampak segala jenis loyang dan mangkuk duduk cantik dalam dustbin tu maka mengamok lah dia! kakakaka... membebel-bebel katanya ibu suka membazir... hehaha tau pula nak basuhkan, ye! bertuah hamba menjadi isteri... *yahooo yabedaaa beduuu*


maka, demi membalas jasa hubby semalam.. arini elly pon memulakan lah kerjaya elly di dapur ngehehee.. maka, ini lah lauk yang bakal menjadi santapan encik hubby untuk dinner nanti *wink..wink..* and actually, ni lauk kegemaran elly masa zaman anak dara dulu, elly adjust sket untuk isi anak tekak hanif irfan jugak hiks!




tadaaaaaaaaaaa... paling simple untuk dimasak oleh ibu yang baru abes pantang kekeke..sup ayam campur dgn jagung ngeh..ngeh... sama je mcm nak masak sup ayam.. pastu campak je jagung mentah yang ada dijual kat pasar tu.. potong la tiga ke, empat ke, lima ke sepuluh ke sukati la kan.. sup ayam kita akan ada rasa manis-manis jagung gitew... hehe sedap! feberet masa anak dara nih!




ini pulak lauk sayur nye..hehe makanan seimbang okey...yang ni tak pedas, sayur sengkuang campur dgn carrot, and sedikit daun bawang.. tumis je cam bese, kurang masin sebab ini untuk dimakan anak bujang kami yang berumur 2 tahun 3 bulan itu. okay, sekian..




eh, ada lagi.. ngeheheheeee yang ni plak ibu dgn ayah yang punya! hahahaha.. elly gaulkan je dengan sos yang kita makan dengan kimchi tu.. hehe! sedap kimchi.. tapi bila da buat sendiri ni maka takde lah elly boh cuka, kan? sama je sayur untuk irfan tadi.. pas da asingkan untuk dia, belen nye tu elly gaul dengan sos kimchi ni! eyhhhh..sos kimchi elly masak taw! ngeheheheee walopon suka makan kimchi.. tapi masak jugeks thihihihiiii nak tau camne bat sos kimchi ker? camni..
 A.   kisar bawang putih, bawang besar and halia
 B.   pastu dalam mangkuk lain, campurkan:
     2 sdm cili giling MAZ (elly memang suka guna cili ni, kat pasaraya pon senang jumpa dah)
     2 sdm sos ikan
     1 sdm gula perang
     => sume bahan A dan bahan B ni digaul sebati.. owh actually untuk sos kimchi yang sbnr kne boh sedikit garam dgn hirisan daun bawang.. tapi sebab elly dah masak dah sayur tadi maka elly tak bubuh lg lah kedua-dua bahan ni hehe!tapi, tetap sedap... dan dimasak! maklom lah garam dan daun bawang dah ada dalam sayur yang telah dimasak sebelum elly asingkan tadi hiks! yummy dapat makan kimchi yang tak berapa nak menyerupai kimchi korea ni haha! tapi best jugak bila dah bubuh banyak2 sayur-sayur lain.. agaknye kalau bubuh daging pon sodap.. ngeeee lenkali elly nak adjust lain plak hiks!



okay yang ni keropok kentang... elly buat sebijik je kentang! sebab irfan setiap hari nak "topok".. hari-hari makan kopok ikan tak elok la plak.. kan ada ajinomoto dalam keropok ikan tuh! maka, semalam elly dah rendam kentang yang elly hiris-hiris yang tak berapa nak cantik ni and rendam dengan air kapur.. pastu toskan, basuh bersih-bersih and bubuh garam jek! nak bubuh tepung serbaguna pon sodap jugak.. tapi sebab badan da gegel kat dapor so elly campak je la kentang ni dalam kuali minyak panas tadik! huhu..

actually, tengahari tadi elly da masak masa irfan tido.. berdesup lari ke dapur! tetapi oleh kerana encik hubby tak balik lunch sebab rumah jauh beribu batu katanya dari tempat kerja.. kami dua beranak dah merasa dah lunch tadi.. so, sebab suami baru nak balik ke rumah abes keje petang.. dinner lah ye kita jumpa! 

ok, macam dah dengar bunyik enjin kete mengaum depan pintu pagar ngeh.. ngeh.. bubbye!

Thursday, March 14, 2013

Sesungguhnya Takdir Allah Itu Indah

Sepatah kata Ustaz Azhar Idruz..... 

"Perkara wajib yg Allah perintahkan kepada hambanya memang sukar untuk dilakukan walaupun kita tahu bahawa ganjarannya adalah besar...... Oleh sebab itu sebagai hambanya, kita wajib lakukan dalam KETERPAKSAAN  kerana kewajipan itu ada kalanya sifatnya memang TERPAKSA".


Beberapa hari yang lepas, elly berbual di facebook dengan seorang kenalan lama yang merupakan kawan istimewa abg elly dulu (abg is).. pernah mengharap dia lah kakak ipar kami, kerana kelembutannya, kesabarannya, ketenangannya, kebaikkan hatinya.. namun, jodoh pertemuan di tangan Allah, bukan? walau pernah dihalang isteri abg is untuk kami terus berkawan, bagi elly.. dia tidak berdosa! lagi pula, untuk apa memutuskan silaturrahim yang telah terbina? sedang kita adalah sesama umat Islam...

Perbualan kami itu, mencetuskan perasaan berbaur sehingga ke malam tadi! sebagai seorang ibu.. elly faham keinginan wanita yang pasti inginkan anak dari perkahwinan yang dibina. namun, bercakap soal anak, ia adalah ketentuan dan rezeki daripada Allah s.w.t. Pasti ada hikmah di atas sesuatu ujian yang Allah berikan kepada hambaNYA, insyaallah..

Bagi pasangan yang dah ada anak pun, masing-masing ada ujian dan dugaannya, termasuklah kami! Ada pasangan yang menunggu terlalu lama untuk memiliki zuriat, tak kurang pula yang bunting pelamin.. indahnya takdir yang Allah tentukan, bukan?

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).  

Semoga Allah mengurniakan kami dengan sifat sabar seorang mukmin sejati dan terus tabah dalam mendapatkan hikmah yang besar dari Allah s.w.t. yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Wallahu'alam..

Thursday, March 7, 2013

tumpah darah dalam pantang

salam sayang semua...

Tiba-tiba terdetik hati kenapa setelah 25 hari berpantang, elly mengalami pertumpahan darah... sedangkan hari ini juga hari ke-9 elly period.. *period ke?* entah lah! belum sampai seminggu darah nifas berhenti, keluar darah semula hingga ke hari ini. so, elly assume darah period je.. hurm..

Menyelusuri sejarah ingatan, teringat akan peristiwa ketika elly mengalami keguguran tempoh hari. Betapa peritnya hati. Betapa pedihnya jiwa. Bukan mudah menerima kenyataan, harapan yang ditanam dari awal kelahiran...tidak menjadi...harapan itu hanya tinggal harapan.


Tetapi dalam kekalutan emosi, Elly terus mendapatkan khidmat nasihat dari Perdana Specialist Maternity Centre tentang penjagaan rapi untuk orang di dalam pantang keguguran dan feedback yang Elly terima sungguh MENAKUTKAN:



"Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."




Mangga muda... kakak-kakak ipar Elly mostly semua suka mangga muda ni. teringat pada mereka.. eh, siapa pula yang tak suka mangga muda ni ye? hurm, cuba rentap mangga muda ni. best kan.....? tapi cuba bayangkan yang direntap itu adalah janin yang keguguran dan yang tangkai dan pohon itu adalah rahim kita. sakit tak?

Mereka sering akan menasihatkan Elly untuk bersabar.. atau kata lain, "takde rezeki".. and then yang paling manis, "takpe, nanti boleh cuba lagi.." entah apa perasaan wanita yang mengalami gugur badai atau istilah lainnya keguguran berulang.. mujur Elly dah ada Irfan.. bukan Elly menolak qada' dan qadar Allah.. iye, mungkin ada hikmah nya! tapi.. tak boleh kah biarkan Elly terus menangis? kerana hanya Allah yang tahu sakit yang wanita seperti Elly tanggung.. biarkan Elly membawa diri.. biar Elly pujuk hati sendiri.. sebab mereka tak tahu apa yang sedang hati Elly tanggung! bukan sekali.. bukan dua kali!!! mereka takkan faham.. kerana mereka tidak pernah mengalami.. biarlah hanya mereka yang pernah melalui kesakitan ini yang tahu...

Dan, hari ini Elly tumpah darah.. owh ye! lupa pula sedang demam.. hehe masih lagi nak berblogging, kan? saja nak share pada yang sudi membaca entri kalini.. yup! berpantang keguguran ni memang tak boleh dibuat main-main.. ye lah! badan kita ni nak pakai sampai ke hujung nyawa, kan? bukan untuk 30 hari dalam pantang ni je.. tapi if boleh 30 tahun lagi.. malah nak lebih dari itu.. T-T

Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:
  • Tua wajahnya sebelum usia
  • Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
  • Susah untuk mengandung lagi
  • Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser (untuk tahap yang kronik)
  • Akan mudah gugur lagi
  • Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
  • Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangis. Sekejap marah.
  • Mudah letih
  • Badan senang lenguh2 seperti di lutut, tumit,pinggang, ari-ari.
Bila difikirkan semula.. baiklah kita berpantang betul-betul untuk 30 hari ni kan? tapi pantang 30 hari ni untuk keguguran yang berlaku 2 miggu - 3 bulan usia kehamilan.. kalau boleh.. 44 hari la ye berpantang! haishhh...