setelah hampir 2 bulan elly tak jejakkan kaki ke dapur.. eh, silap! menipu sangatlah kan tak pergi dapur? mueheheheheee... maksudnya, tak memasak ler.. iye la kan? apa lah yang boleh dilakukan oleh seorang surirumah selain memasak dan mengerjakan tugasan yang menjadi rutin harian yang takkan pernah selesai ittew? malam semalam, elly bukak fridge yang dah jarang sgt dijenguk, irfan lah yang paling rajin bukak fridge.. itu pun sebab dia nak air milo.. atau cheese.. atau sumi jelly.. atau pape la yang menarik bagi dia kt dalam fridge tuh! maklom lah sepanjang ibu tak dapat nak melasakkan diri bagi melayan segala kerenah anak bujang yang sorang ini... maka pepandai lah irfan bukak fridge sendiri.. eh, kerap plak tuh! apa lah yang menarik sangat ye fridge rumah kita ni? so, lepas ayah balik dari pasar semalam.. ibu pun bukak lah fridge.........!!!
SUBHANALLAH... tak tahu lah camne selama ni irfan boleh jumpa air kotak milo dia, kan? peerrrggghhhhhh.. suami oh, suami! sakit mata, sampai bekas makanan elly campak dalam dustbin thehehehe! puas hati beta! kalau dah tak reti nak basuh tu.. buang jek! boleh beli yang baru... geram campur tak puas hati sebab banyak makanan yang dah tak selera nak dimakan masih tersimpan rapi dalam fridge! apa lagi, tanpa berfikir panjang, elly campak semua yang ada isi yang dah tak sedap dipandang tuh masok bedebush dalam dustbin kami kekeke.. seronok je kerja membersihkan fridge hahaha.. bila sang suami nampak segala jenis loyang dan mangkuk duduk cantik dalam dustbin tu maka mengamok lah dia! kakakaka... membebel-bebel katanya ibu suka membazir... hehaha tau pula nak basuhkan, ye! bertuah hamba menjadi isteri... *yahooo yabedaaa beduuu*
maka, demi membalas jasa hubby semalam.. arini elly pon memulakan lah kerjaya elly di dapur ngehehee.. maka, ini lah lauk yang bakal menjadi santapan encik hubby untuk dinner nanti *wink..wink..* and actually, ni lauk kegemaran elly masa zaman anak dara dulu, elly adjust sket untuk isi anak tekak hanif irfan jugak hiks!
A. kisar bawang putih, bawang besar and halia
B. pastu dalam mangkuk lain, campurkan:
2 sdm cili giling MAZ (elly memang suka guna cili ni, kat pasaraya pon senang jumpa dah)
2 sdm sos ikan
1 sdm gula perang
=> sume bahan A dan bahan B ni digaul sebati.. owh actually untuk sos kimchi yang sbnr kne boh sedikit garam dgn hirisan daun bawang.. tapi sebab elly dah masak dah sayur tadi maka elly tak bubuh lg lah kedua-dua bahan ni hehe!tapi, tetap sedap... dan dimasak! maklom lah garam dan daun bawang dah ada dalam sayur yang telah dimasak sebelum elly asingkan tadi hiks! yummy dapat makan kimchi yang tak berapa nak menyerupai kimchi korea ni haha! tapi best jugak bila dah bubuh banyak2 sayur-sayur lain.. agaknye kalau bubuh daging pon sodap.. ngeeee lenkali elly nak adjust lain plak hiks!
actually, tengahari tadi elly da masak masa irfan tido.. berdesup lari ke dapur! tetapi oleh kerana encik hubby tak balik lunch sebab rumah jauh beribu batu katanya dari tempat kerja.. kami dua beranak dah merasa dah lunch tadi.. so, sebab suami baru nak balik ke rumah abes keje petang.. dinner lah ye kita jumpa!
ok, macam dah dengar bunyik enjin kete mengaum depan pintu pagar ngeh.. ngeh.. bubbye!
No comments:
Post a Comment