Thursday, March 14, 2013

Sesungguhnya Takdir Allah Itu Indah

Sepatah kata Ustaz Azhar Idruz..... 

"Perkara wajib yg Allah perintahkan kepada hambanya memang sukar untuk dilakukan walaupun kita tahu bahawa ganjarannya adalah besar...... Oleh sebab itu sebagai hambanya, kita wajib lakukan dalam KETERPAKSAAN  kerana kewajipan itu ada kalanya sifatnya memang TERPAKSA".


Beberapa hari yang lepas, elly berbual di facebook dengan seorang kenalan lama yang merupakan kawan istimewa abg elly dulu (abg is).. pernah mengharap dia lah kakak ipar kami, kerana kelembutannya, kesabarannya, ketenangannya, kebaikkan hatinya.. namun, jodoh pertemuan di tangan Allah, bukan? walau pernah dihalang isteri abg is untuk kami terus berkawan, bagi elly.. dia tidak berdosa! lagi pula, untuk apa memutuskan silaturrahim yang telah terbina? sedang kita adalah sesama umat Islam...

Perbualan kami itu, mencetuskan perasaan berbaur sehingga ke malam tadi! sebagai seorang ibu.. elly faham keinginan wanita yang pasti inginkan anak dari perkahwinan yang dibina. namun, bercakap soal anak, ia adalah ketentuan dan rezeki daripada Allah s.w.t. Pasti ada hikmah di atas sesuatu ujian yang Allah berikan kepada hambaNYA, insyaallah..

Bagi pasangan yang dah ada anak pun, masing-masing ada ujian dan dugaannya, termasuklah kami! Ada pasangan yang menunggu terlalu lama untuk memiliki zuriat, tak kurang pula yang bunting pelamin.. indahnya takdir yang Allah tentukan, bukan?

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).  

Semoga Allah mengurniakan kami dengan sifat sabar seorang mukmin sejati dan terus tabah dalam mendapatkan hikmah yang besar dari Allah s.w.t. yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment