As’salammualaikum
w.b.t.
Hye,
uols…. Entry elly kalini nak share cara yang suami sering amalkan untuk didik
anak bujang sorang kami yang manja ittew. huhuhuu memang bleh nanges lah! Nak story
kat cni pon rasa nak nanges dlu kekeke bleh x? hiks! mmg bukan mudah nak didik
anak tanpa memukul mahupun mencubit sehingga meninggalkan kesan dan berbirat…. sometimes
elly (ya…yaa…especially me! *sambil geleng kepala lelaju*) tak tahan nyawa and
laju je tangan ni cubit peha dia or betis dia sampai lebam…huhuhuu sedih tengok
bila dia dah melalak sepuas hati sampai tertido tu! Tapi, Alhamdulillah suami
elly memang sangat penyabar dalam menangani kerenah Hanif Irfan, wa’ima ‘titik’
Hanif Irfan pun ayah tak pernah! Apatah lagi nak bagi rotan tu melekat kat
tapak kaki dia… sungguh! masih Hanif Irfan sentiasa akur dengan ayah… sangat
berdisiplin dan tak perlu risau dia akan ‘buat perangai’…… sama juga dengan Pak
Ngah Samsol nya… Huiiiii sangat sangat sangat dan sangggg…ngaattt lah bersopan
santun berbudi bahasa nya Hanif Irfan yang kami cintai itu bila berdepan dengan
Pak Ngah Samsolnye… tuturnya yang lembut, nada yang sangat ‘low volume’ bila bermain bersama… setiap kali dia meminta sesuatu… huuuu sangat
sejuk mata memandang! Bersyukur sangat kami dikurniakan anak soleh ini… *bergenang
air mata kesyukuran…*
……………tapi,
kenapa dengan ibu macam tak sama jek? Huwaaaaaaaaaa~~~!!!
However,
melalui pemerhatian dan kaji selidik yang elly lakukan terhadap kedua orang
insan berstatus ayah ini… (chewah! ini pun nak dikaji nye lahai elly… hahahahhaaa).
Actually, ayah mahupun pak ngah Hanif Irfan memang sungguh, elly tak pernah
dengar mereka meninggikan suara especially bila marah Hanif Irfan! Haiiissshhhhh….
sungguh ibu selalu terrrr... ’tinggi’kan nada ibu bila dah geram sangat tu! Tapi,
sifat penyabar kedua orang ayah ini memang nampaknya memberikan kesan dan impak
yang positif terhadap tingkahlaku Hanif Irfan yang kini semakin membesar dan
semakin tinggi semangat ‘ingin tahu’ serta ingin ‘mencuba sesuatu yang baru’! Sangat
lah budak enfagrow ni kannnn…
So,
elly nak share ‘sesuatu’ yang ayah Muhammad Hanif Irfan ni selalu remind ibu
dia ni iaitu saya! *sambil angkat tangan*. Semoga penulisan elly kali ini boleh
menjadi inspirasi pembaca sekalian dalam mendisiplinkan anak dan anak-anak anda…
tadaaaaaaaaaaaaaaa…..
1.
Cuba
fahami anak
Perkara
yang paling utama dan yang pertama sekali adalah dengan cuba memahami anak
kita. Cuba letakkan diri kita kat tempat dia. Contohnya, kita nak suruh anak
makan… *Terutamanya bagi anak yang sangat fussy macam Hanif Irfan ittew! huhuhu..*
Tips ayah… elakkan daripada memaksa, sebab paksaan ni cuma akan buat dia
menangis jek… So, sekiranya dia sibuk bermain, datang kat dia, cakap leklok dan
if boleh peluk dia kemudian beritahu dia kenapa dia perlu makan. (Kami sentiasa
ubah approach kami…pendekatan kalini kami akan beritahu dia jika mahu ke Legoland, maka perlu makan nasi bersama sayur dan lauk supaya dia boleh cepat tinggi
dan kami boleh bawa di ke Legoland! Kekekeke…). Actually, secara psikologi,
kita sebenarnya mengambil berat dan just nak tahu kenapa dia tak nak makan… Tak
perlu marah, hanya pastikan dia makan apa yang sepatutnya….
Cuma, pernah juga suami hilang sabar bila Hanif Irfan bagi segunung alasan tak nak makan, so biasanya ayah Irfan ittew akan beri dia pilihan: nak makan nasi? atau nak ayah rotan? Wa'ima rotan tu memang TAK PERNAH memalitkan calar mahupun 'mencium' mana-mana bahagian tubuh badan Hanif Irfan, namun sampai ke detik ni, tetap Hanif Irfan akan takut dengan rotan! Apa yang pasti, bila segala pujukan dan hasutan kami tak berjaya untuk membuat Hanif Irfan makan... ayah dia akan cepat-cepat bangun sambil berkata, "kalau Irfan tak nak makan, ayah rotan Irfan je lah"...haaaa memang berkesan! Terus dia akan berlari ke meja makan hekekekeee... Mungkin, kami hanya keluarkan rotan daripada tempat 'persembunyiannya' pada saat genting; di mana "saat genting" kami adalah pada waktu makan.... Jadi, mungkin..... mungkin kerana itu, sebatang rotan itu dapat membantu kami mendisiplinkan Hanif Irfan yang memang sangat susah nak makan! :p
2.
Elakkan
perkataan “Jangan”
Apapun
yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua tu ada hadnya. Actually, perkataan “jangan”
ni macam dah sinonim dengan ibu bapa. Tapi, Alhamdulillah since Hanif Irfan
dilahirkan ke dunia ni sampai lah dah 4 tahun umurnya, kurang nak dengar
jeritan “jangan” keluar dari mulut kami hiks! Contohnya ketika kita kat
shopping mall (oleh kerana elly adalah seorang shopaholic, so ni contoh terdekat
yang elly ingat hekekekee..). Mungkin apabila masuk sesebuah premis tu dengan
lajunya tangan anak kita akan mencapai sesuatu benda yang baru untuk
dibelek-belek (actually, anak ni akan follow kita…. oleh kerana elly ni suka
membelek dan compare sesuatu before decide nak beli tu, dia pun akan tiru la
aksi kita kannn…. So, do don’t blame our kids hahaha!). Tapi, bila dia mengambil, memegang dan ingin
membelek mahupun mencuba tu sungguh lah waspadanya nya tidak bersamaan dengan
hati-hatinya kita tatkala kejadian tu kannnn… so cuba jangan kata ‘jangan’
(tengokkk!!! elly pun dah tercakap ‘jangan’ dah).
Mungkin
boleh guna dimensi dan pendekatan yang berbeza. Panggil dia, peluk bahunya dan
beritahu leklok kat dia “…kasut ni kakak dah susun cantik-cantik… kesian kat
kakak tu, nanti dia kena marah dengan bos dia kalau Hanif Irfan sepah-sepahkan…”
Then dia akan cakap sebenarnya dia nak cuba kasut tu, atau nak tengok je…. (selalunya
memang camtu, anak-anak akan avoid from following parents rules). So, PERHATIKAN
masa dia ‘bermain’ dengan kasut tu then remind dia letak semula leklok kat
tempat dia ambil tadi…
3.
Guna kaedah
“logical consequences” dan “distraction”
Dalam
situasi yang sama, iaitu apabila kita kat dalam shopping mall, anak-anak ni dia
jadi excited berada di tempat yang besar dan pasti ingin berlari-lari sampai
bleh hilang dari pandangan mata kasar kita then otomatik kita selalunya nak
menjerit “Jangan lari-lari!!!” haaa betul x? tapi, ayah Hanif Irfan selalunya
akan cuba panggil nama dia untuk tarik perhatian dia datang dekat semula pada
kami seperti: “Irfan, tengok ni ayah jumpa apa ni? Cepat sini! Cepat!!!” Sambil
ayah buat aksi excited (sometimes ibu pun tertipu jugak benornye hahahahaaa…)
then bila dia dah dekat dengan kita, ayah akan pegang tangan dia dan beritahu
dia, “cuba tengok kasut irfan sama tak dengan kasut ayah?” atau mungkin boleh tunjuk
la ntah pape je yang ada berdekatan dengan kita time tu. Haaa yang ini namanya
kaedah “distraction”, iaitu untuk alih perhatian dia dari terus enjoy
berlari-lari huhuhu! Zaman teknologi serba serbi semua mahal ni elakkan lah
memberi ruang dan keizinan anak-anak berjauhan ketika di tempat awam ye….
Contoh
lain “distraction approach” ni, anak suka conteng-conteng kat dinding rumah! Haaa
tak perlu marah dia… belikan buku untuk dia melukis, mewarna… Pastu kalau ada
duit lebih, belikan Play-Doh, atau Lego bagi dia bina bangunan atau macam-macam
benda yang dia boleh buat supaya dia tak ganggu kita buat kerja-kerja kat rumah…
Kemudian,
untuk kaedah “logical consequences” ni pulak, contohnya kita balik pada
kejadian kat shopping complex tadi, bila dia berlari-lari tak tentu arah tu kan…
cakap leklok, “Hanif Irfan, mari sini sekejap..” pastu, bila dia dah datang dekat
kita tu bagitau dia plak.. “Tadi masa
Hanif Irfan lari kat sana ayah nampak uncle tu macam nak culik Irfan…nasib baik
Irfan cepat-cepat lari kat ayah! Lain kali Irfan kena jalan dekat-dekat dengan
ayah dan ibu ye..” atau mungkin boleh kata “tak mau lari jejauh tau… nanti Irfan
terlanggar orang, orang marah Irfan camne? ayah dengan ibu dah jauh dah…” atau
ayat lain, “Irfan jalan kat sebelah ibu ye… kita kena jaga ibu, nanti orang
amek ibu. Nanti Irfan tak dapat jumpa ibu lagi…” haaaaa ayat ayah yang paling
power dan selalunya otomatik Irfan takkan nak lepas tangan ibu dia lagi sebab
takmo ibu dia kena culik! Jadi, agak kurang selesa lah ibu nak bershopping nyer……
hebat tak taktik suami beta? T-T
4.
Elak pukul
anak
Tips
yang ni sama macam yang elly story masa memula intro tadi tu. Mungkin Nampak susah,
tapi sebenarnya kita cuma perlu pujuk dan didik hati kita sebagai ibu bapa. Tak
guna pukul anak, esok lusa dia pasti buat lagi. Betul? Bukan lah tak boleh nak
pukul langsung… Cuma perlu ada alasan yang kukuh, dan selalunya perlu ada bukti
kenapa kita perlu hukum dia. Even nak pukul sekalipun, pukul lah dengan
perlahan jek, sekadar untuk menyedarkan anak...bukan untuk menyeksa! Seringkali
elly perhati, Hanif Irfan pernah dipukul ayahnya hanya dengan menggunakan 2
jari di tapak kaki!!! *pitam*
“Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)”
5.
Tunjukkan
sikap yang baik
Selain
memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin
baik’. Beritahu dia apa yang betul dan yang tidak betul. Selalunya, apabila
anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi, jangan cepat mengamuk! Sebaliknya
cakap leklok dan beritahu dia kenapa kita marah kat dia.
Selain
itu, tak salah apabila anak kita berkelakuan baik, kita puji dia! Bila balik kampong
atau berada di rumah orang sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan
buat dia rasa bangga dan dihargai. Pasti kemudian hari, dia akan sentiasa bersopan
santun dan berbudi bahasa bila ada kat rumah orang lain…
Rasa-rasanya,
bleh efektif tak kat anak korang? ^_^*
Oh,
ya! Jngan lupa ayah dan ibu, tunjukkan lah kemesraan, peluk lah anak kita tu! Banyak
kelebihan memeluk anak ni tau…
6.
Belajar
ilmu “child development” dan “parenting”
Tak
semua yang ibu bapa kita ajar tu tepat. Mungkin ada yang betul, mungkin ada
yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, rajin-rajinkan diri
kita ikuti kelas-kelas “parenting” bila ada kelapangan. Nasihat yang diberikan
adalah dari yang pakar, bukan cakap-cakap biasa jek. Lebih-lebih lagi zaman
sekarang, proses membesarkan anak sangat berbeza dan lain juga lah cabarannya. Dulu,
kita takde ipad dan gadget. Main panjat-panjat pokok je… main tepi longkang
tangkap ikan… tapi, sekarang tidak lagi! Huhuhu…
7.
Gunakan
“reward system”
Ini
bukan rasuah, ye! Hahaha…actually, ayah Hanif Irfan paling suka guna pendekatan
ni. Bila anak behave, betul-betul baik dan rajin membantu… ayah suka beri dia
ganjaran! Puji dia, peluk erat-erat… bagi anak rasa dirinya amat disayangi. Tapi,
jangan bagi gula-gula pulak! Rosak gigi dia huhuhu… contohnya, “Kalau Hanif
Irfan dapat nombor satu, nanti ayah belikan racing car”. Alhamdulillah, Hanif
Irfan dah dapat dah racing car idaman dia kuikuikui… contoh yang lain, “Hanif
Irfan kemas dulu toys tu. Kalau dah kemas, baru ayah bagi Irfan tengok pocoyo”.
Haaaaa… camtu lah! elly pun sangat suka cara ni…ngehehehheee sonang jo!
8.
Guna taktik
“Positive Discipline”
Actually,
dah nak stop dah menulis tapi tetiba teringat lagi satu kaedah yang elly sangat
gemar dan elly sendiri applied kat Hanif Irfan. Positive discipline ni
maksudnya, if anak buat salah, jangan cepat melatah and terus nak marah dia.
(Issyyyhhhh, tengok!!! Elly pun dah guna lagi perkataan ‘jangan’ lagi ni... ish. ish. ish.)
ok, re-type! If anak buat salah, tak perlu cepat melatah dan terus marah dia… (haaaaa… ok kan?). Contohnya,
bila anak tumpahkan air di meja makan, elak marah dia sebab dia akan protes dan
menangis jek! Kemudian hari, dengan sengaja dia akan buat lagi. Sebagai ganti,
ajarkan anak atau selalu elly akan cakap, “laaa…tumpahhhhhhh dah tak dapat minum
dah! Takpe, Irfan ambil kain lap ye…” atau ayah Irfan pula akan buat camni, “Tengok
ayah buat ni, pegang cawan guna dua tangan camni… Haaaa tak tumpah pun kan?”
pastu, bila dia follow apa yang kita suruh tu…ingatlah untuk puji dia yang dia
pandai. Seperkara lagi, ajar anak untuk menghormati orang yang lebih tua. Kalau
jumpa, suruh dia salam and cium tangan.
Haaaaa….
Kalau terus nak cerita pasal cara nak disiplinkan anak, rasanya 100 helai kertas
pun tak habis! Actually, banyak je buku-buku kat pasaran jual cara mendidik
anak dan sebagainya… Cuma, ini adalah antara beberapa step yang kami apply dan
jadikan panduan sampai ke hari ini. Apa yang penting, sebagai ibu bapa kita
perlu bersabar dengan kerenah anak. Sabar tu kan separuh daripada iman?
Selamat
membesarkan anak dan hayatilah proses pembesaran mereka. Ingatlah bahawa, masa kecil anak kita tidak
akan berulang buat kali kedua!
Chiao!