Monday, December 1, 2014

Birthday Blast!



Our little prince now already 4! Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bijak, inshaaAllah elok budi pekerti berkekalan akhlak mulianya.




Duhai anak ibu yang tercinta Muhammad Hanif Irfan Bin Mohd Nor Isa….ibu sentiasa mendoakan anugerah paling indah dari Allah S.W.T. buat ayah dan ibu ini agar menjadi penyenang hati semua insan di dunia dan menjadi imam bagi orang-orang yang bertaqwa, ibu sentiasa berdoa agar Hanif Irfan menjadi anak yang taat dan tidak pernah meninggalkan solat. Ya, Allah! Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami serta sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti.. Ya, Allah! KAU perkenankanlah doa ibu Hanif Irfan ini… aminnnnnnn.. *sambal kesat air mata yang menitik laju*

Tak tahu kenapa lately ni hati elly sebak dan sayu, entahlah! Nak kata tidur tak lena…… Alhamdulillah akhir-akhir ni tak datang lagi mimpi ngeri dikejar harimau mahupun dibelit ular yang besar. Semua mimpi yang menjadi igauan setiap malam tu dah takde dah…mimpi tu dah tak kunjung lagi menghantui malam elly. Tapi, Ya Allah! Sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbuku jauh di sanubari ni…dalam kegembiraan, pasti akan datang tangisan…dan dalam tangisan pasti ada keceriaan dan ketenangan… macam tu lah yang elly rasa sekarang ni.. sedih……sebak…....nyeri hati elly….. tapi elly tetap bersyukur dan bahagia setiapkali memandang wajah anak dan suami di sisi….. syukur Alhamdulillah Ya, Allah! syukur teramat sangat kerana DIA menghadiahkan insan yang amat memahami dan menjadi penyejuk hati ittew!

Ok, kenapa tetiba macam mengadu domba lak kat sini?huhuhu actually cerita kali ini sepatutnya berkenaan majlis hari jadi Irfan yang hanya disambut kat tadika dia je kekekekeee…..





Thanks sensangat buat Teacher Grace, @ Nuri Kindergarden, Bandar Putra kerana tolong kami realisasikan birthday Hanif Irfan yang bertemakan Lighting McQueen and Blue Mater….. Actually, birthday dia kalini celebrate awal sket sbb nak celebrate dgn kawan-kawan. Maklum lah, budak ni lahirnya 1 December….. tapi Irfan selalu kata Irfan lahir PUKUL SATU….. (hahahahahaaa nanges)! Ibu teran Irfan dari kul10 pagi, kul 10.45 baru Irfan nak keluar…. Haissshhhh penat betulkan 1 hari bulan… bukan pukul 1…. Mujur ibu tak cerita waktu Irfan lahir tu pukul berapa plak! Pening…..



Ok, nak cerita pasal kek dia…. Al-kisahnya, jenuh ibu mencari dan mengedit gambo kat atas kek tu as requested by him! Especially yang Mater tu hah…. punya melambak gambar Mcqueen dan Mater tapi mostly gambar Mcqueen dengan Mater yang buruk dan kaler cekelat tuh…..haaa menjajor ibu paksa pakcik google and makcik yahoo! cari Mater kaler blue! Mujur akhirnya jumpa gak gambo Mater yang kaler Blue ni hah! Kalau tidak, ada ibu kena colouring plak kan….. nasib….. kekekekeeee edit punya edit dua orang besfren tu…. Tadaaaaa jadi lah setepek boh atas kek besdei boy ni hah! Kemain dia baru 4thn dah request design kek sendiri…… siap lah nak boh cloud, road and grass bagai tu….. sangat penangan animasi anak kami ni huhuhuhuuuu…..



Walaupun birthday party dia kalini kami takde, tapi bila tgk semua gambar dia yang teacher snap buat tatapan kami ni memang amat gembira dan bahagia dia mkn kek! gheheheheee takpe lah! Yang penting anak happy… ibu dan ayah pun happy lerrrr….
Alhamdulillahhhhh……



 sukanyeeeerrrrr… Alhamdulillah!



 sampai panjat atas kerusi tuh




 semangat betul dia nak makan kek dia…





 hikhikhik….

No comments:

Post a Comment