Dalam surah al-Nisa, ayat 19 bermaksud “Dan bergaullah
dengan mereka (suami isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai
mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah
menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Adalah menjadi tanggung jawab kepada
suami isteri untuk saling bergaul dengan baik mengikut syarak iaitu dengan
tidak melanggar batas-batas hokum dan tidak melampaui kemampuan seseorang.
Dalam keadaan tersebut di atas suami atau isteri yang tidak menunaikan
tanggungjawab bergaul dengan baik adalah berdosa dan perlu memohon maaf kepada
pasangannya dan memohon keampunan (bertaubat) kepada Allah S.W.T.
Al-kisah
nak dijadikan cerita…memang perkara biasa lah kan isteri terkecik hati dengan
perbuatan suami, suami plak kecik hati dengan tindakan isteri….haissshhhh
sedangkan lidah lagi tergigit…btol x?
Iyalah,
kat memana pun orang akan kata isteri tu derhaka jika sakiti hati suami nya. Tapi,
bagaimana pula hati isteri yang disakiti berulang kali oleh suaminya? Mentang-mentanglah
kita isteri ni sentiasa berusaha menjadi isteri yang solehah, taat pada suami
dan sebagainya….sehingga seolah hilang hak untuk diri sendiri, hilang hak untuk
dihargai malah disakiti hatinya yang sedang menderita berulang kali! (eh, emosi plak….???)
Elly sentiasa
berusaha menjadi isteri dan ibu yang baik, by realising that nobody’s perfect…tapi
serapuh mana lah iman di hati ni jika berulang kali disakiti? (chewah, meluahkan perasaan nampaknya!). Actually, hati elly bukanlah disakiti oleh suami
yang elly cintai itu….elly sememangnya sedang patah hati. Cuma, mungkin
semangat yang telah lama tiada… membawa pergi bersama jiwa yang rapuh tu
menjadikan hati elly sakit sesakitnya kerana seolah tiada siapapun yang ambil
peduli! Sedih, kan?
Elly juga
bukan tidak bersyukur dijodohkan bersama suami yang amat penyayang, beriman dan
bertimbang rasa… entahlah! Sometimes rasa macam nak TANYA berulang-ulang kali, kita
kahwin terlalu muda kah sehingga suami tidak puas lagi berhabis masa bersama
kawan-kawan sekerja? Selama 9 jam sehari bekerja daripada hari Isnin hingga ke Jumaat, yang
mana amat jarang sekali di waktu bekerja itu isteri ini dihubungi….. Tapi,
sentiasa hati dan fikiran elly yang masih mampu waras lagi ni akan berprasangka
baik, teringat jawapan suami yang perlu silent phone ketika berada di ofis, apatah
lagi waktu lunch yang singkat, dan sebagainya. Oh, tak apa lah! Seharian tak
cari elly pun tak apa….. elly pun masih lagi bernyawa! Tunggu lah ada berita
yang penting, atau anything ‘emergency’… nanti hubby elly akan wassap… T-T
Balik lewat
petang, ketika azan maghrib berkumandang… bersiap2 mandi, siapkan diri sendiri
dan anak, solat, mengaji dan makan malam… kelam kabut kami suami dan isteri,
hanya beberapa baris perbualan sahaja di situ…. Jam hampir 10 malam, duduk
sekejap di ruang tamu menonton tv sambil melayan kerenah anak yang sedang
membesar, pun kadangkala suami hanya duduk di sofa membelek phone, atau
menjawab panggilan customer, atau tidur… atau yang lebih sedih lagi,
bersiap-siap untuk keluar semula bermain badminton dengan kawan-kawan! Tidakkah
elly perlu bersyukur? Sekurang-kurangnya keluarnya suami itu bersama-sama rakan
lelaki…. “lebih baik”, katanya…. “daripada keluar dengan perempuan lain,
aktiviti bersama rakan-rakan sejenis ini lebih baik” itu katanya. Ya, itu
katanya! Perlukah elly bersyukur? Ya, perlu… Alhamdulillah!
Kemudian,
terjaga di tengah malam…jam dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi… suami masih
belum pulang daripada bermain badminton. Oh, tak apa! Mereka duduk di kedai
mamak berborak dengan rakan selepas puas bermain badminton… Oh, tak apa! Mereka
pergi berkaraoke sesama mereka sahaja, “stress kerja hari ini”, itu katanya…
Tapi malangnya jawapan seperti itu pula isteri kepada rakan suami yang
sampaikan… bukanlah suami elly sendiri yang bercerita…. Elly hanya akan tahu apa
yang suami lakukan daripada isteri rakan-rakannya…. atau daripada keluarga
suami sahaja. Sedihnya! Pendiam kah suami elly tu? (sambil
kesat air mata yang gugur)
Oh, tak apa
lah! Hubby main badminton bukan setiap hari pun…seminggu mungkin hanya sekali…atau
mungkin hanya dua kali sahaja kami ditinggal hingga tengah malam terkebil-kebil
sendirian di atas katil… Baiklah, tak apalah! Hujung minggu nanti masa untuk
anak dan isteri pula ye....
Ya,
memang cukup…. cukup sangat waktu yang dihabiskan bersama keluarga… Sabtu dan Ahad
itu terlalu cukup untuk digunakan bersama elly dan anak. Terlalu banyak masa bersama kami… sangat
berterima kasih! Dalam seminggu, cukuplah dua hari itu suami habiskan waktunya
untuk bersama kami. Ke hulu ke hilir kami akan mengikutnya ke rumah customer,
menanti di dalam kereta hingga masing-masing terlelap…dan terjaga…dan kemudian
kami akan terlelap semula. “Oh, ayah dah siap! Kita nak jalan-jalan!” girang
hati anak… Akhirnya, ada juga waktu untuk diluangkan bersama kami!
ALHAMDULILLAH….
Tapi sayang,
sekejap-sekejap handphone berbunyi, customer complain itu ini… customer
bertanya itu dan ini.. customer nak order barang lagi! Kemudian, berwassap pula…
Oh, tak apa! sabar lah elly, suami buat semua ni untuk kamu dan anak. Itu rezeki
kamu…. Syukur Alhamdulillah! Mewah sungguh rezeki kita, nak… takpe lah, ayah
sebok… ibu berbual dengan Irfan je la ye… “Baiklah!”
(Eh, dah macam buat novel pulak hahahahahaaaa…..)
Takpe lah ibu, ayah dah bawak Irfan pergi Legoland… ayah dah bawak kita sekeluarga jalan makan angin jauh daripada rumah kita! Syukur Alhamdulillah! Ibu dan Irfan tak perlu duduk di rumah bermain berdua sambil menunggu ayah bangun daripada tidur yang lena kerana kepenatan sepanjang hari bekerja dan bersama kawan-kawan ayah. Syukur Alhamdulillah! Kita dapat habiskan masa bersama-sama… ayah dapat melayan Irfan bermain ketika hujung minggu! Syukur Alhamdulillah… boleh lah ibu senyum lagi! ^_^*~~~~~
Takpe lah ibu, ayah dah bawak Irfan pergi Legoland… ayah dah bawak kita sekeluarga jalan makan angin jauh daripada rumah kita! Syukur Alhamdulillah! Ibu dan Irfan tak perlu duduk di rumah bermain berdua sambil menunggu ayah bangun daripada tidur yang lena kerana kepenatan sepanjang hari bekerja dan bersama kawan-kawan ayah. Syukur Alhamdulillah! Kita dapat habiskan masa bersama-sama… ayah dapat melayan Irfan bermain ketika hujung minggu! Syukur Alhamdulillah… boleh lah ibu senyum lagi! ^_^*~~~~~
*******************************************************************
Ya,
Allah! Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui… Maha Memahami... Betapa ku
perlukan seorang sahabat di sisi…sahabat yang akan bercerita segalanya
kepadaku, sahabat yang tidak lokek berkongsi segalanya denganku! Sahabat
tempatku berpaut saat jatuh… sahabat ketika suka dan dukaku! Sungguh elly
rindukan sahabat seperti itu… sungguh! elly sentiasa cemburukan hidup suami
yang tidak pernah sunyi… sentiasa dikelilingi sahabat, sentiasa bersama gelak
tawa sahabat! Tak cukup seharian di tempat kerja, hingga ke tengah malam
berbual kosong bersama sahabat handai nya! Tapi, elly?
AllahuRabbi….
elly tak menyesal berkahwin dengannya dulu, malah elly sangat sangat bersyukur menjadi isterinya! Dan, elly juga tak menyesal ke sana sini perlu
membawa dan menjaga Irfan… elly tak pernah menyesal sentiasa memikirkan Irfan untuk
melakukan apa jua aktiviti harian elly… dan elly takkan menyesal untuk
bersyukur dan menikmati dengan apa yang elly ada sekarangni. Malah, elly sangat bersyukur mendapat suami sepertinya... Cuma mungkin, elly sendiri yang merasakan bahawa kesebokkan suami dalam mencari nafkah buat kami sekeluarga merupakan satu kehilangan? ye, mungkin kerana "kesebokkannya" membuatkan elly rasa telah "kehilangan" sahabat sejati elly? Dan elly rasa bersendirian lagi......?
Tak apa! Tidak mengapa.... Tak pe lah! elly ada blog ni untuk berkongsi cerita… elly ada blog ni untuk menangis bersama…. elly masih ada sahabat untuk meluahkan segala rasa….dekat sini! Btol x?
Tak apa! Tidak mengapa.... Tak pe lah! elly ada blog ni untuk berkongsi cerita… elly ada blog ni untuk menangis bersama…. elly masih ada sahabat untuk meluahkan segala rasa….dekat sini! Btol x?
Chiao!
No comments:
Post a Comment