Tuesday, December 9, 2014

Cara mendidik anak dari kecil…


As’salammualaikum w.b.t.

Hye, uols…. Entry elly kalini nak share cara yang suami sering amalkan untuk didik anak bujang sorang kami yang manja ittew. huhuhuu memang bleh nanges lah! Nak story kat cni pon rasa nak nanges dlu kekeke bleh x? hiks! mmg bukan mudah nak didik anak tanpa memukul mahupun mencubit sehingga meninggalkan kesan dan berbirat…. sometimes elly (ya…yaa…especially me! *sambil geleng kepala lelaju*) tak tahan nyawa and laju je tangan ni cubit peha dia or betis dia sampai lebam…huhuhuu sedih tengok bila dia dah melalak sepuas hati sampai tertido tu! Tapi, Alhamdulillah suami elly memang sangat penyabar dalam menangani kerenah Hanif Irfan, wa’ima ‘titik’ Hanif Irfan pun ayah tak pernah! Apatah lagi nak bagi rotan tu melekat kat tapak kaki dia… sungguh! masih Hanif Irfan sentiasa akur dengan ayah… sangat berdisiplin dan tak perlu risau dia akan ‘buat perangai’…… sama juga dengan Pak Ngah Samsol nya… Huiiiii sangat sangat sangat dan sangggg…ngaattt lah bersopan santun berbudi bahasa nya Hanif Irfan yang kami cintai itu bila berdepan dengan Pak Ngah Samsolnye… tuturnya yang lembut, nada yang sangat ‘low volume’ bila bermain bersama… setiap kali dia meminta sesuatu… huuuu sangat sejuk mata memandang! Bersyukur sangat kami dikurniakan anak soleh ini… *bergenang air mata kesyukuran…*


……………tapi, kenapa dengan ibu macam tak sama jek? Huwaaaaaaaaaa~~~!!!

However, melalui pemerhatian dan kaji selidik yang elly lakukan terhadap kedua orang insan berstatus ayah ini… (chewah! ini pun nak dikaji nye lahai elly… hahahahhaaa). Actually, ayah mahupun pak ngah Hanif Irfan memang sungguh, elly tak pernah dengar mereka meninggikan suara especially bila marah Hanif Irfan! Haiiissshhhhh…. sungguh ibu selalu terrrr... ’tinggi’kan nada ibu bila dah geram sangat tu! Tapi, sifat penyabar kedua orang ayah ini memang nampaknya memberikan kesan dan impak yang positif terhadap tingkahlaku Hanif Irfan yang kini semakin membesar dan semakin tinggi semangat ‘ingin tahu’ serta ingin ‘mencuba sesuatu yang baru’! Sangat lah budak enfagrow ni kannnn…

So, elly nak share ‘sesuatu’ yang ayah Muhammad Hanif Irfan ni selalu remind ibu dia ni iaitu saya! *sambil angkat tangan*. Semoga penulisan elly kali ini boleh menjadi inspirasi pembaca sekalian dalam mendisiplinkan anak dan anak-anak anda… tadaaaaaaaaaaaaaaa…..

1.     Cuba fahami anak
Perkara yang paling utama dan yang pertama sekali adalah dengan cuba memahami anak kita. Cuba letakkan diri kita kat tempat dia. Contohnya, kita nak suruh anak makan… *Terutamanya bagi anak yang sangat fussy macam Hanif Irfan ittew! huhuhu..* Tips ayah… elakkan daripada memaksa, sebab paksaan ni cuma akan buat dia menangis jek… So, sekiranya dia sibuk bermain, datang kat dia, cakap leklok dan if boleh peluk dia kemudian beritahu dia kenapa dia perlu makan. (Kami sentiasa ubah approach kami…pendekatan kalini kami akan beritahu dia jika mahu ke Legoland, maka perlu makan nasi bersama sayur dan lauk supaya dia boleh cepat tinggi dan kami boleh bawa di ke Legoland! Kekekeke…). Actually, secara psikologi, kita sebenarnya mengambil berat dan just nak tahu kenapa dia tak nak makan… Tak perlu marah, hanya pastikan dia makan apa yang sepatutnya…. 

Cuma, pernah juga suami hilang sabar bila Hanif Irfan bagi segunung alasan tak nak makan, so biasanya ayah Irfan ittew akan beri dia pilihan: nak makan nasi? atau nak ayah rotan? Wa'ima rotan tu memang TAK PERNAH memalitkan calar mahupun 'mencium' mana-mana bahagian tubuh badan Hanif Irfan, namun sampai ke detik ni, tetap Hanif Irfan akan takut dengan rotan! Apa yang pasti, bila segala pujukan dan hasutan kami tak berjaya untuk membuat Hanif Irfan makan... ayah dia akan cepat-cepat bangun sambil berkata, "kalau Irfan tak nak makan, ayah rotan Irfan je lah"...haaaa memang berkesan! Terus dia akan berlari ke meja makan hekekekeee... Mungkin, kami hanya keluarkan rotan daripada tempat 'persembunyiannya' pada saat genting; di mana "saat genting" kami adalah pada waktu makan.... Jadi, mungkin..... mungkin kerana itu, sebatang rotan itu dapat membantu kami mendisiplinkan Hanif Irfan yang memang sangat susah nak makan! :p

2.    Elakkan perkataan “Jangan”
Apapun yang dia lakukan, pastikan dia tahu semua tu ada hadnya. Actually, perkataan “jangan” ni macam dah sinonim dengan ibu bapa. Tapi, Alhamdulillah since Hanif Irfan dilahirkan ke dunia ni sampai lah dah 4 tahun umurnya, kurang nak dengar jeritan “jangan” keluar dari mulut kami hiks! Contohnya ketika kita kat shopping mall (oleh kerana elly adalah seorang shopaholic, so ni contoh terdekat yang elly ingat hekekekee..). Mungkin apabila masuk sesebuah premis tu dengan lajunya tangan anak kita akan mencapai sesuatu benda yang baru untuk dibelek-belek (actually, anak ni akan follow kita…. oleh kerana elly ni suka membelek dan compare sesuatu before decide nak beli tu, dia pun akan tiru la aksi kita kannn…. So, do don’t blame our kids hahaha!).  Tapi, bila dia mengambil, memegang dan ingin membelek mahupun mencuba tu sungguh lah waspadanya nya tidak bersamaan dengan hati-hatinya kita tatkala kejadian tu kannnn… so cuba jangan kata ‘jangan’ (tengokkk!!! elly pun dah tercakap ‘jangan’ dah). 

Mungkin boleh guna dimensi dan pendekatan yang berbeza. Panggil dia, peluk bahunya dan beritahu leklok kat dia “…kasut ni kakak dah susun cantik-cantik… kesian kat kakak tu, nanti dia kena marah dengan bos dia kalau Hanif Irfan sepah-sepahkan…” Then dia akan cakap sebenarnya dia nak cuba kasut tu, atau nak tengok je…. (selalunya memang camtu, anak-anak akan avoid from following parents rules). So, PERHATIKAN masa dia ‘bermain’ dengan kasut tu then remind dia letak semula leklok kat tempat dia ambil tadi…

3.    Guna kaedah “logical consequences” dan “distraction”
Dalam situasi yang sama, iaitu apabila kita kat dalam shopping mall, anak-anak ni dia jadi excited berada di tempat yang besar dan pasti ingin berlari-lari sampai bleh hilang dari pandangan mata kasar kita then otomatik kita selalunya nak menjerit “Jangan lari-lari!!!” haaa betul x? tapi, ayah Hanif Irfan selalunya akan cuba panggil nama dia untuk tarik perhatian dia datang dekat semula pada kami seperti: “Irfan, tengok ni ayah jumpa apa ni? Cepat sini! Cepat!!!” Sambil ayah buat aksi excited (sometimes ibu pun tertipu jugak benornye hahahahaaa…) then bila dia dah dekat dengan kita, ayah akan pegang tangan dia dan beritahu dia, “cuba tengok kasut irfan sama tak dengan kasut ayah?” atau mungkin boleh tunjuk la ntah pape je yang ada berdekatan dengan kita time tu. Haaa yang ini namanya kaedah “distraction”, iaitu untuk alih perhatian dia dari terus enjoy berlari-lari huhuhu! Zaman teknologi serba serbi semua mahal ni elakkan lah memberi ruang dan keizinan anak-anak berjauhan ketika di tempat awam ye…. 

Contoh lain “distraction approach” ni, anak suka conteng-conteng kat dinding rumah! Haaa tak perlu marah dia… belikan buku untuk dia melukis, mewarna… Pastu kalau ada duit lebih, belikan Play-Doh, atau Lego bagi dia bina bangunan atau macam-macam benda yang dia boleh buat supaya dia tak ganggu kita buat kerja-kerja kat rumah…

Kemudian, untuk kaedah “logical consequences” ni pulak, contohnya kita balik pada kejadian kat shopping complex tadi, bila dia berlari-lari tak tentu arah tu kan… cakap leklok, “Hanif Irfan, mari sini sekejap..” pastu, bila dia dah datang dekat kita tu bagitau dia plak..  “Tadi masa Hanif Irfan lari kat sana ayah nampak uncle tu macam nak culik Irfan…nasib baik Irfan cepat-cepat lari kat ayah! Lain kali Irfan kena jalan dekat-dekat dengan ayah dan ibu ye..” atau mungkin boleh kata “tak mau lari jejauh tau… nanti Irfan terlanggar orang, orang marah Irfan camne? ayah dengan ibu dah jauh dah…” atau ayat lain, “Irfan jalan kat sebelah ibu ye… kita kena jaga ibu, nanti orang amek ibu. Nanti Irfan tak dapat jumpa ibu lagi…” haaaaa ayat ayah yang paling power dan selalunya otomatik Irfan takkan nak lepas tangan ibu dia lagi sebab takmo ibu dia kena culik! Jadi, agak kurang selesa lah ibu nak bershopping nyer…… hebat tak taktik suami beta? T-T

4.    Elak pukul anak
Tips yang ni sama macam yang elly story masa memula intro tadi tu. Mungkin Nampak susah, tapi sebenarnya kita cuma perlu pujuk dan didik hati kita sebagai ibu bapa. Tak guna pukul anak, esok lusa dia pasti buat lagi. Betul? Bukan lah tak boleh nak pukul langsung… Cuma perlu ada alasan yang kukuh, dan selalunya perlu ada bukti kenapa kita perlu hukum dia. Even nak pukul sekalipun, pukul lah dengan perlahan jek, sekadar untuk menyedarkan anak...bukan untuk menyeksa! Seringkali elly perhati, Hanif Irfan pernah dipukul ayahnya hanya dengan menggunakan 2 jari di tapak kaki!!! *pitam*


“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


5.    Tunjukkan sikap yang baik
Selain memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal, cuba dekati dia ketika dia dalam ‘angin baik’. Beritahu dia apa yang betul dan yang tidak betul. Selalunya, apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi, jangan cepat mengamuk! Sebaliknya cakap leklok dan beritahu dia kenapa kita marah kat dia. 

Selain itu, tak salah apabila anak kita berkelakuan baik, kita puji dia! Bila balik kampong atau berada di rumah orang sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia rasa bangga dan dihargai. Pasti kemudian hari, dia akan sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa bila ada kat rumah orang lain… 

Rasa-rasanya, bleh efektif tak kat anak korang?   ^_^*

Oh, ya! Jngan lupa ayah dan ibu, tunjukkan lah kemesraan, peluk lah anak kita tu! Banyak kelebihan memeluk anak ni tau…

6.    Belajar ilmu “child development” dan “parenting”
Tak semua yang ibu bapa kita ajar tu tepat. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, rajin-rajinkan diri kita ikuti kelas-kelas “parenting” bila ada kelapangan. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan cakap-cakap biasa jek. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses membesarkan anak sangat berbeza dan lain juga lah cabarannya. Dulu, kita takde ipad dan gadget. Main panjat-panjat pokok je… main tepi longkang tangkap ikan… tapi, sekarang tidak lagi! Huhuhu…

7.    Gunakan “reward system”
Ini bukan rasuah, ye! Hahaha…actually, ayah Hanif Irfan paling suka guna pendekatan ni. Bila anak behave, betul-betul baik dan rajin membantu… ayah suka beri dia ganjaran! Puji dia, peluk erat-erat… bagi anak rasa dirinya amat disayangi. Tapi, jangan bagi gula-gula pulak! Rosak gigi dia huhuhu… contohnya, “Kalau Hanif Irfan dapat nombor satu, nanti ayah belikan racing car”. Alhamdulillah, Hanif Irfan dah dapat dah racing car idaman dia kuikuikui… contoh yang lain, “Hanif Irfan kemas dulu toys tu. Kalau dah kemas, baru ayah bagi Irfan tengok pocoyo”. Haaaaa… camtu lah! elly pun sangat suka cara ni…ngehehehheee sonang jo!

8.    Guna taktik “Positive Discipline”
Actually, dah nak stop dah menulis tapi tetiba teringat lagi satu kaedah yang elly sangat gemar dan elly sendiri applied kat Hanif Irfan. Positive discipline ni maksudnya, if anak buat salah, jangan cepat melatah and terus nak marah dia. (Issyyyhhhh, tengok!!! Elly pun dah guna lagi perkataan ‘jangan’ lagi ni... ish. ish. ish.) ok, re-type! If anak buat salah, tak perlu cepat melatah dan terus marah dia… (haaaaa… ok kan?). Contohnya, bila anak tumpahkan air di meja makan, elak marah dia sebab dia akan protes dan menangis jek! Kemudian hari, dengan sengaja dia akan buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak atau selalu elly akan cakap, “laaa…tumpahhhhhhh dah tak dapat minum dah! Takpe, Irfan ambil kain lap ye…” atau ayah Irfan pula akan buat camni, “Tengok ayah buat ni, pegang cawan guna dua tangan camni… Haaaa tak tumpah pun kan?” pastu, bila dia follow apa yang kita suruh tu…ingatlah untuk puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak untuk menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh dia salam and cium tangan.

Haaaaa…. Kalau terus nak cerita pasal cara nak disiplinkan anak, rasanya 100 helai kertas pun tak habis! Actually, banyak je buku-buku kat pasaran jual cara mendidik anak dan sebagainya… Cuma, ini adalah antara beberapa step yang kami apply dan jadikan panduan sampai ke hari ini. Apa yang penting, sebagai ibu bapa kita perlu bersabar dengan kerenah anak. Sabar tu kan separuh daripada iman?

Selamat membesarkan anak dan hayatilah proses pembesaran mereka.  Ingatlah bahawa, masa kecil anak kita tidak akan berulang buat kali kedua! 

Chiao!


No comments:

Post a Comment