Thursday, December 4, 2014

Rapuhnya jiwa ku



Tak tahu kenapa…..dua bulan lepas, sebulan yang lepas dan minggu lepas juga elly rasa jiwa dan hati ni seolah2 sangat kental dan kebal! Walau apa jua dugaan…… elly redha dan pasrah menerima! Sedar dugaan yang Allah uji diselangi dengan hikmah tanpa henti yang amat menyenangkan hati….. sempat beberapa kali buat solat sunat kesyukuran atas rezeki yang Allah beri tanpa menghiraukan ujian itu! Tapi sejak semalam….. terasa seolah nak berteriak dan menangis sepuasnya!!! Ya, Allah! Apa pula yang ingin elly tangiskan?

Tiba-tiba macam tersedar adakah sebenarnya elly telah tak punya jiwa lagi? Selalu berkata di dalam hati sendiri, kuatkan lah semangatmu…cekalkan lah hatimu…terus lah bersyukur! Allah…… elly bersyukur atas kurniaanMU, Ya Allah! Tapi tak dapat nafikan jiwa ini yang terasa sangat kekosongan…. Hancur berderai….. sebagaimana hancurnya janin di dalam kandungan elly tu…luruh dan luluhnya hati ini menangis, sebagaimana derasnya darah yang mengalir membawa pergi janin kami…..ya, bukan sekali…..bukan juga dua kali….dan bukan hanya tiga kali! Ya, Allah! Kadang elly selalu bertanya pada diri……… adakah elly bukan wanita pilihanMU? Wanita yang Allah jadikan kuat rahimnya untuk menyimpan benih manusia……yang mampu melahirkan zuriat yang ramai? Wanita yang lembut zahirnya, namun hakikatnya mampu mengandungkan zuriat dan melahirkannya? Kuatnya wanita seperti itu……….


Ya, elly pernah mengandung dan melahirkan juga! elly dulu juga pernah dipilih Allah untuk menikmati saat melahirkan zuriat kami yang kini telah berusia 4 tahun! Alhamdulillah… elly bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat itu! Ya, elly bersyukur…..syukur yang paling amat dikurniakan anak yang taat dan bijak, comel, sempurna kejadiannya, sihat tubuh badan dan menjadi kesenangan semua yang bersama dengannya! Syukur Ya, Allah!

Tapi, jiwa ini terasa sangat kosong…… sangat…… sangat…. dan sangat…….!!! Rasanya kali pertama keguguran dulu jiwa ini hanya retak, kali kedua retak nya jiwa hanya menanti belah…. dan kemudian terus hancur berderai bak kaca dihempas ke lantai! Namun, elly masih ingat…. Gagah dan kuatnya semangat ni memungut sendiri jiwa yang berkecai tu, elly bubuh gam gajah! Lekatkan semula jiwa ke dalam hati ini….. dan bangun semula! Ya, elly telah bangun dari semua tu…. dulu!

Kadang teringat….. elly ada keluarga. Alhamdulillah emak dan adik-adik sangat mengambil berat! Sepupu dan saudara dekat sering memberi semangat dan kekuatan saat elly jatuh, saat elly menangis hiba melalui hari-hari berpantang tanpa bau wangian bayi……apatah lagi memeluk bayi yang baru dilahirkan………dan menyusukannya! Alhamdulillah…… mereka tak jemu memberikan ikhtiar dan kata-kata semangat untuk elly terus bangun dan kembali menjadi sebaik-baik ibu dan isteri…..untuk elly tak lagi berpaling menangisi apa yang telah pergi!

Dan elly juga ada keluarga ipar yang ramai……ye, ramai……..sangat ramai! Namun, selama 6 tahun elly bersama suami masih terasa seperti orang luar yang sangat….. sangat tak ‘warm’! seingat elly, sepanjang elly bleeding mengandung tak seorang pun antara mereka menasihati elly untuk berehat, tak seorang pun tegur suami elly @ adik mereka untuk tidak membawa elly bercuti ke Desaru dalam keadaan kandungan yang terancam! Tak seorang pun yang mengingatkan elly menjauhi minuman sejuk ketika mengandung……….. elly tak ingat! Sungguh tak ingat……tak ingat adanya pantang larang mahupun doa-doa untuk elly amalkan bagi mengekalkan kandungan kami! tak teringat adanya teguran yang melarang kami berjalan-jalan di waktu malam di tepi pantai dalam keadaan elly sedang bleeding……….. Ya, Allah! Ye, mereka ada ingatkan agar menjaga diri….. “jaga diri tu……” ye, yang itu elly ingat…….. memang sangat ingat….terima kasih atas teguran dan ingatan tu, duhai kakak ku….dan mak mertua pun selalu ingatkan, “jaga perut tu, Irfan tu lasak…..” ye, elly ingat tu mak……..elly selalu patuh nasihat mak! Sungguh! elly perlu kan nasihat, elly perlu ditegur, elly perlu diingatkan……….bukan perhatian…….bukannya dijadikan bahan gurauan abang dan kakak-kakak! Tegur lah elly, ingatkan elly apa yang perlu elly elakkan…. Sungguh elly manusia biasa yang selalu alpa dan leka! namun bila elly bersedih hiba……….. elly hanya ada keluarga sendiri dan rakan-rakan serta saudara terdekat! Masihkan elly orang asing bagi mereka? Tidak seperti keluarga sendirikah? Ya, Allah! Kenapa perlu elly tangiskan? Apa yang elly nak sebenarnya ni?


Tak pe lah elly….. syukur masih ramai insan yang mengambil berat dan menyayangi kamu…. Syukur masih ada juga ahli keluarga suamimu yang benar-benar memerhatikan salah langkahmu…syukur lah elly!!!!

Astaghfirullahal'azim..... Subhanallah... La 'ilaha 'illallahhh,  AllahuAkbar~~~!!!!!!!

 *huwaaaaarrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~*


Ye, mungkin elly rasa yang jiwa elly telah kosong……telah tiada! Tapi sebenarnya elly masih punyai hati, kerana elly masih mampu menangis! Arghhh, biarkan lah! Elly tetap bersyukur….. ya, walaupun hati dan perasaan ini amat terluka, namun elly bersyukur! Allah!

“Because when good things or bad things happen, say ALHAMDULIILAH….. because Allah always test you….. and that’s means HE remembered you!”

Ya, Allah! Please forgive me for what I’ve said, and please forgive me for what I’ve write here… and now, I want to take a minute, not to ask for anything from YOU, but simply to say Thank You, for ALL I have……



No comments:

Post a Comment